Sabtu, 25 Februari 2012

Telur Goreng Berempah Kari

Selamat tengah hari semua dan selamat berhujung minggu,walau pun korang sebok keluar jalan-jalan..kena ingat jugak tuk makan tengah hari kan? Hari ni gue masak yang simple-simple aje,macam menu orang bujang,tapi skali-skala simple pun takpe kan,yang penting kualitinya...



Telur Goreng Berempah Kari
Sumber:Rahel


Bahan:
4 biji telur,direbus-dibuang kulitnya
1 sudu makan rempah kari daging,dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah}
2 ulas bawang putih}
1/4 sudu kecil lada putih biji}
1 sm halia}
2 buah keras},ditumbuk hingga halus
1 1/4 cawan santan sederhana pekat
sedikit serbuk pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Batter:(satukan)
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu makan tepung gandum
secubit garam
40ml air

Cara:
1.Panasakan minyak dalam kuali,celup telur rebus tadi ke dalam batter.Goreng telur
   selama 1 minit.Angkat dan toskan.
2.Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi,masukkan rempah kari dan daun kari,
   kacau sebentar hingga wangi.
3.Masukkan santan dan bahan lainnya.Kacau rata.Angkat dan sajikan.


Pesan:Kelar sikit putih telur yang dah siap kupas tadi,kemudian celup ke dalam
           batter dan goreng agar tidak meletop ketika digoreng.




Selamat menajmu selera...

8 ulasan:

Kak Sam berkata...

Wooo simple tapi nampak sangat sedap

EmbunRosaliza berkata...

Satu kelaianan bila telur masak berempah kari mcm ni, mesti ada rasa ala2 kari kan sbb guna santan, akk suka ni lauk mcm ni, kalo akk menu simple telur mata je heheh

Wani berkata...

rahell.. best suka sangat dgn telur ni .. cepat je habis satu rakit kalo bab telur hihi ...lama x pekena kari telur mcm ni

Melly Octaviana berkata...

semalam juga makan telur tapi cuma telur mata lembu di kasih kecap..hehe
kalo berempah kari gini pasti lebih enak,. kapan kapan mau buat juga ahh.. thanks for sharing Rahel sayang.. ;)

rahel berkata...

Iyo Kak Sam,sedap kuahnya tu.

rahel berkata...

Iyo Ros,memang dah rasa kari...

rahel berkata...

Wani..
skali-skala goreng telur perasa kari memang sedap..

rahel berkata...

Melly..
memang enak klu telur mata lembu dikasi kicap..nyam nyam..
silahkan dicoba kalau ada masa yah.