Rabu, 15 Februari 2012

Pizza Danish

Selamat pagi semua..apa khabar? dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel layan pizza danish pulak.Sebenarnya dah lama simpan buku yang resepi Hidangan Berkeju ni,kadang ada tengok-tengok gak tapi dulu tak prasan sangat yang resepi pizza danish pun ada dalam buku tu.Semalam bila duduk belek-belek buku resepi tetiba ternampak pulak akan resepi pizza danish,bila tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya mudah,terus tertarik pulak nak mencuba..time tu tengah bayangkan pizza yang berlapis-lapis pastrynya macam pastry puff,so dengan pantasnya gue kasi keluar semua bahan-bahan dan siapkan dohnya,bila selesai buat dohnya terus simpan dalam peti sejuk.Pagi-pagi lagi dah keluarkan doh dari peti sejuk,pastu kasi inti dan topping mozzarella,kemudian bakar...tingggg dah siap.





Ok la,pada sesiapa yang teringin mencuba Pizza Danish ni,gue sertakan resepinya kat sini sebagai rujukan.Layan skejap Pizza Danish.

Pizza Danish
Sumber:Buku Resepi Hidangan Berkeju/Chef Noraini Zakaria


Bahan A:
500g tepung roti
50g
50g marjerin
25g susu tepung
5g garam
5g pemantap roti (bread improver)
11g yis Mauripan
1 biji telur
470ml air
250g pastry marjerin

Bahan:
10 batang sosej ayam (Rahel guna udang segar)
200g sayur campuran
200g keju mozzarella
100g mayonis

Cara membuat:
1.Satukan bahan A (kecuali pastry marjerin dan air) dalam mangkuk adunan.
   Gaul hingga sebati.Tuangkan air dan uli hingga menjadi doh yang lembut
   dan kenyal.

2.Canai doh senipis 1/2 sm.Letakkan pastry marjerin dan balut.Canai hingga
   sebati.

3.Lipat kali pertama kemudian simpan dalam peti sejuk.Apabila doh sudah
   sejuk,canaikan dan lipat doh untuk kali kedua.
   Simpan semula dalam peti sejuk.

4.Keluarkan doh dan ratakan.Potong empat segi mengikut saiz dikehendaki.
   Sosej dibelah dua dan letakkan menyilang atas doh.Biarkan doh mengem-
   bang selama 30 minit.

5.Setelah doh kembang,letakkan sayur campuran atas sosej dan taburkan keju
   Mozzarella.

6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 20 minit.

Setelah masak,paipkan moyonis
 


Selamat menikmati Pizza Danish. 

15 ulasan:

mala berkata...

Ishk! Lama dah tak buat pizza. Dapat seketul pun jadi la :-)

Sally Rashid berkata...

rahel..tiba2 i rasa lapar..

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rahel...bagusssnya idea ni tapi kalau dapat kat saya mesti saya guna pastry puff segera brand kawan tu...cuma toppingnya saja ikut pilihan...Thanks share idea yang bagusssss ni....

cik cek berkata...

Kak cek sarapan dah tadi...eh2 dah nak lunch kan...boleh ke makan pizza tuk lunch tengahari ni...boleh je kan Rahel...:)

Qasey Honey berkata...

asslm kak...
kak mintak sekeping piza tu bleh x...lapo la tgk piza akak yng sedap ni...

Melly Octaviana berkata...

Rahel... malas buat nya mau minta aja.. hehe
belum pernah buat pastry puff,selalu beli yg ready made.. hehe

Kama Azura bt Sakimin berkata...

Kak baru berangan nak buat pizza...tapi yang cepat dimasak sedap dimakan...maklumlah penyakit M dah melanda

rahel berkata...

Apa mcm nak bagi..yang ni pun buat berapa ketul je..hihi..

rahel berkata...

Sally,klu rasa lapar maknanya kena masak awal..hehe.

rahel berkata...

Sue,ok gak klu guna pastry puff segera..lagi senang..tak byk kerja..

rahel berkata...

Bole je Kak Cek..ikut selera..

rahel berkata...

Minta bole,tapi tergantung pada tuannya..apa dikasi atau nggak...hehe..

rahel berkata...

Kak,jangan asyik berangan je..baek cepat2 buat pizza tu...takut kempunan..

Amie berkata...

Sedap makan panas-panas ni Rahel, tapi Kak Amie tak cukup sepotonmg ... dah 3 potong pizza danish tu... he he hehh

rahel berkata...

Hehehe..panas2 memang sedap...