Selasa, 28 Februari 2012

Pasta Sayuran

Selamat bersiaran di tengah hari.Korang dah siap masak k? Hari ni Rahel buat pasta je untuk makan tengah hari punya.Skali-skala tukar menu memang siok rasanya..tak banyak kerjaan kalau buat pasta spageti jer,lagi pun ni Rahel letak sayur2an aje..saja tak letak seafood atau daging..dah slalu makan yang macam tu...



Pasta Sayuran
Sumber:Rahel


Bahan:
100g spageti,direbus-toskan
50g carrot,potong dadu
7 buah kacang buncis,potong kecil
1/2 capsicum kuning-potong dadu
2 kelopak kubis panjang,hiris nipis
3 tangkai daun sup,potong halus
3 ulas bawang putih-dicincang
1 cawan air


Bahan perasa: (disatukan)
1 sudu kecil sos LP
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung,bancuh dengan sedikit air
sedikit garam


Cara:
1.Panaskan sedikit olive oil,tumis bawang hingga kekuningan.Masukkan air dan
   biarkan mendidih.
2.Tambahkan bahan perasa,kacau rata.
3.Masukkan carrot,capsicum,kacang buncis,kubis panjang dan daun sup,biar
   masak sebentar.
4.Tutup api,masukkan spageti,gaul rata.Angkat dan tabur sedikit serbuk mint.
   Hidang.



Selamat menikmati pasta sayuran.

16 ulasan:

Kak Sam berkata...

Wow bestnya kalau dapat makan tengahari ni

Sally Rashid berkata...

peberet anak2 i ni. kalau masak pasta, kena masak banyak. sampai petang tak yah masak nasi dah..

Ucu Faridah berkata...

nyeh..nyeh..kiranya ucu dtg awal kan...tpi dah kenyang..tolong tapawkan boleh...

EmbunRosaliza berkata...

selamat petang rahel, suka sangat bila rahel guna komen mcm ni, senang sikit nak komen heheh. Sedapnya pasta tu, nampak pun menarik

dZana berkata...

aslmkum rahel.. byk dah akk ketinggalan.. sedap pasta camni

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Salam Rahel..akak nak ucap thanks for sharing resipi kek balls hari tu akak dah buat..tapi tak cantik macam Rahel buat anyway I LIKE

Paty's Kitchen - Cook with passion. berkata...

Salam Rahel..akak nak ucap thanks for sharing resipi kek balls hari tu akak dah buat..tapi tak cantik macam Rahel buat anyway I LIKE

nuwairani ismail berkata...

adoi kak! bikin lapar tengok ni malam2....

Melly Octaviana berkata...

Rahel..lapar nih malam malam liat pasta sayuran yang enak..nyam..nyam

rahel berkata...

Iyo Kak Sam...kira makan nasi la jugak ni..

rahel berkata...

Sally,
klu bab pasta ni memang ramai yang gemarkan..termasuk i and hubby...

rahel berkata...

Kak Ucu..
boleh je..tapau guna bekas kecik..hihi..

rahel berkata...

EmbunRosaliza...
hehehe..gue tau itu yg u nanti2kan..makanya gue tukar kotak komen tu..

rahel berkata...

Wsalam Kak Dzana...
takpe kak,Rahel faham...
jemput makan..

rahel berkata...

Wsalam Kak Paty's
Terima kasih kembali kerana sudi mencuba..harap kena dengan selera akak yer..hehe..

rahel berkata...

Iyo Nuwairani,pandang2 je la kan..hehe..