Jumaat, 27 Januari 2012

Suhun Goreng

Selamat malam semua..dah tidur k? hehe..kalau belum tidur singgah  sekejap temankan Rahel lepak kat blog.Malam ni lepak skejap bab ada kerja-kerja tertangguh yang perlu disiapkan.Korang biasa tak buat Suhun goreng? Rahel suka makan suhun yang digoreng atau pun yang diletak dalam sup..memang sedap rasa dia..haluss sangat..


Oklah,mata dah mengantuk sangat ni...kita teruskan dulu letak resepinya,mana la tau ada yang berkenan dengan suhun goreng ni..layan jer..


Suhun Goreng
Sumber:Rahel

Bahan (A),disatukan:
250g suhun,dicelur kemudian toskan
1 sk serbuk pati ayam
2 sk sos tiram
1 sk garam
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk minyak bijan

Bahan (B),disatukan:
250g dada ayam,dihiris nipis
1 sk minyak bijan
1 sk sos tiram
2 sk sos soya cair
secubit garam

Bahan (C),disatukan:
1 batang lobak merah,disagat
5 batang kacang buncis,dihiris nipis
5 tangkai daun sup,dipotong halus
1 tangkai cili merah,dihiris halus

Bahan (D):
3 ulas bawang putih,dicincang
2 ulas bawang merah,dicincang

sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan (D) sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan (B) dan kacau sebentar hingga setengah masak.
3.Tambahkan bahan (C) dan teruskan kacau hingga sayur setengah masak.
4.Kemudian masukkan pula bahan (A) dan teruskan kacau hingga masak.


*rasa garamnya..nanti terlebih masin atau kurang rasa.



Selamat menikmati Suhun Goreng..

8 ulasan:

izahdaut berkata...

wah pagi2 ternampak suhun goreng. kalau buat pedas2 jadi sambal, menu orang jawa. memang sedap n berselera..

Kak Sam berkata...

Sedapnya. lama dah tak makan.

ady berkata...

AS-SALAM RAHEL

wahh!!! kat sini ada mee Suhun Goreng..npk menarik dan menyelerakan..

Melly Octaviana berkata...

Pagi Rahel.. memang enak nih soon goreng, melly juga suka buat.. lembut di makan nya. masih ada kah buar makan pagi.. ;)

rahel berkata...

betul tu kak..klu dah buat pedas2 dah dekat ngan sambal goreng jawa..

rahel berkata...

Kak Sam,jom pakat buat suhun goreng..mkn ramai2 best tau..

rahel berkata...

Wsalam Ady,
memang enak dan menggamit selera..

rahel berkata...

malam Melly...pagi tadi memang ada..tapi udah keburu abis..gimana tuh?