Ahad, 22 Januari 2012

Solok Lada

Selamat berhujung minggu  semua...ada apa-apa  rancangan k petang ni?..hehehe...Oklah,memandangkan dah berapa hari menghentam kek je..so petang ni Rahel tukar selera pulak kepada menu yg pedas-pedas..nampaknya skarang tengah demam mkn pedas-pedas kan? Dah berapa hari ni Rahel  nampak korang  punya menu yang guna sambal belacan..memang menyelerakan betul..terliur-liur gue tengok tau..



Baeklah  kawan-kawan...menu  kudapan petang ni ialah  Solok Lada,tapi yang ni pun Rahel buat ikut selera  Rahel...sebab lain  orang lain seleranya..tapi yang pasti ianya memang enak di makan panas-panas bersama sos cili atau pun sambal belacan..dan minumannya pulak ialah secangkir nescafe panas...bukan selalu gak minum nescafe,tapi skali-skala tu memang ada keinginan gak  menghirup nescafe yang hangat.Okla,kita teruskan pulak kepada resepinya yang simple dan mudah disediakan...

Solok Lada
Resepi:Rahel


Bahan:
1/2 cawan isi ikan tenggiri yang sudah dicincang halus
1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 susu kecil minyak bijan
2 1/2 sudu makan tepung jagung
sedikit lada putih
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam

12 tangkai lada hijau,belah dan buangkan bijinya

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.
2.Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam lada hijau.
3.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.
4.Hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan.





Selamat menikmati Solok Lada dan Nescafe Panas...

12 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Salam rahel.Kalau kami org kelantan solok lada kena le makan dgn nasi kerabu baru le menjadi.Belum pernah cuba dgn nescafe....

JUICY CAFE berkata...

As-salam sis..nampak menarik sis, i x pernah buat menu nih..

Melly Octaviana berkata...

Malam Rahel.. Mau dong solok lada nya, belum pernah coba makan ini.

rahel berkata...

wsalam Puan Ross....skali skala kena gandingkaan ngan minuman panas...best tau..

rahel berkata...

Wsalam Sis,menu org Kelantan ni...cuba la..

rahel berkata...

Malam juga Melly,silahkan ambil berapa tangkai solok lada...kalau mau coba..silahkan..enak kok..

JR® (22) berkata...

sedapnya solok lada..biasa makan yang mentah je,makan dengan nasi kerabu. wah..ni menu baru ni,boleh try goreng pula lepas ni. makan ngan sos n sambal belacan... ;)

Gee® berkata...

Wah! menu menarik nih... tak pernah lagi makan... nk cubalah

rahel berkata...

Gee..memang menarik...mkn panas2 cicah sos cili/sambal belacan..perghhh..mantaps..

rahel berkata...

JR,tak pernah lg rasa yg mentah punya...
kompem u suka cara goreng n mkn ngan sos cili/sambal belacan..

JUICY CAFE berkata...

insyaallah nti i nk cuba sis..tq sis..

rahel berkata...

ok...