Selasa, 31 Januari 2012

Kek Ais Krim Oreo

Selamat tengah hari kepada semua..apa khabar? dah siap makan k? Hari ni gue awal-awal dah siap makan tengah hari sebab teringat akan kek ais krim yang ada oreonya+coklat.




Selesai je makan tengah hari tadi kami rehat skejap..pastu keluarkan kek ais krim dari peti sejuk..pastu posing skejap..pastu potong dan makan..enak banget..mesti korang dah terliur-liur tengok ni kek kan?..hehehe..sabar je la tengok-tengok gambar ek...nanti korang boleh buat jugak macam ni atau yang lebih sedap dari ini.




Ok la,ni saja tayang awal2 kat sini..biar korang cepat-cepat pegi beli ais krim dan siapkan bahan2 yang lain tuk buat kek ais krim nanti,tapi gue mau keluar jalan-jalan dulu ke Giant la..ada barang lagi yang saya mau beli.


Sponge Cake


Bahan (A):
4 biji telur (gue guna telur gred B)
120g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan (B):
110g tepung (gue guna tepung gandum,diayak)

Bahan (C):
70g mentega cair (gue guna minyak masak je)


Cara:
1.Pukul bahan (A) hingga ringan dan gebu.

2.Masukkan bahan (B) dan sebatikan dengan rata.

3.Masukkan (C) dan gaulkan.Warnakan adunan.Bahagi kepada 2 bahagian.

4.1 bahagian adunan di bakar dalam loyang bulat 8" inci (yg ni utk base ais krim) selama 20 minit pada suhu 175'C.

5.1 bahagian lagi dibakar dalam loyang empat segi 8"x8" (yg ni untuk alas tepi) selama 20 minit pada suhu 175'C.

*Setelah kek masak,segera keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya.
*Kek ni sangat lembut dan gebu,jadi tak perlu bagi baking powder dlm adunan.


Bahan Kek Ais Krim
Sumber:Rahel

1.5 liter ice cream vanilla (pilihan)
50g coklat masakan,disagat
16 keping biskut oreo yg sudah dibuang krimnya,potong kecil2

Sponge Cake
acuan spring foam 8",lapik dasarnya dengan kertas plastik

Cara:

1.Ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang bulat 8",letak dalam acuan spring foam 8".

2.Kemudian ambil kek yang dibakar tadi dalam loyang empat segi 8"x8" dan potong ikut ketinggian tepi loyang,alas tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.

3.Satukan ice cream vanila dan potongan biskut oreo,kaup balikkan,kemudian tuang ke dalam acuan yang berisi kek tadi,isi sampai penuh,taburkan coklat sagat di permukaan atas.Bungkus kemas dengan kling wrap,kemudian simpan dalam peti sejuk beku selama 6 jam atau sebaik-baiknya simpan semalaman baru hidang.




Isnin, 30 Januari 2012

Petite Torte

Selamat petang semua..dan apa khabar? dah siap minum petang k? singgah skejap kat dapur Rahel..bole tengok-tengok ''petite torte"..hehehe..ni saja Rahel tayang petang-petang,biar korang ngeces...tengoklah bentuk dia yg seakan-akan menyerupai macaron..




Ha,kalau korang nak tau..petite torte ni memang sangat sedap dan soft sangat2,yang ni pun baru pertama kali buat & hasilnya tersangatlah memuaskan,sesuai dihidang time dating sama laling atau time menyambut harijadi.Bayangkanlah kalau petite torte ni ada kat depan korang skarang...apa korang nak buat?...



Oh ya,sebenarnya dalam resepi hanya guna satu kaler je..tapi yang ni Rahel ada kasi itu pewarna merah sikit..so  nampak lebih menarik  gitu..dan kalau korang nak buat berapa kaler pun terserahlah..terpulang pada selera masing-masing..tiada paksaan..& intinya pun Rahel ganti dengan cream cheese+blueberry filling+gula kastor.



Ok la..banyak cakap sudah ni..tapi sebelum tu..korang kena tau dulu siapa yang reka resepi kek yang menggiurkan ni,memang tak asing lagi bagi yg gemar membeli atau membelek-belek buku resepi  kek..korang boleh agak k  siapa orangnya?...hmm...


Petite Torte
Sumber:Alex Goh Baking Class (Fruity Cakes)

Bahan-bahan (A):
3 biji kuning telur
20g gula

Bahan (B):
10g jus lemon
1/2 biji parutan kulit lemon
20g minyak sayuran

Bahan (C):
3 biji putih telur
70g gula

Bahan (D):
100g tepung biasa

INTI
150g krim putar berhias atas,diputarkan
150g inti pai beri biru

Cara:
1.Pukul (A) hingga ringan dan gebu.Tambah (B) ke dalam adunan dan pukul lagi hingga sebati.

2.Putarkan putih telur di (C) hingga kembang.Kemudian masukkan gula dan putar lagi hingga kental.

3.Gaulkan meringue dengan adunan dari langkah (1) hingga sebati.Sekarang masukkan (D) dan gaul hingga sempurna.

4.Masukkan adunan ke dalam beg paiping yang dipasang dengan muncung biasa dan paipkan sebesar 5 sm diameter ke atas kertas minyak.Bakar pada suhu 190'c selama 12minit atau menjadi kuning keemasan.

5.Sebatikan semua bahan ramuan untuk inti dengan rata.

6.Setelah kek telah disejukkan,potongkan kek dengan pisau bulat berukuran 5 cm & tangkupkan inti di antara 2 keping kek.Paipkan sedikit coklat cair secara selang-seli di permukaan atas.




Resepi disediakan dalam dua bahasa.Resepi dalam bahasa orang puteh menyusul kemudian di Blog I Love Cake.

Selamat menikmati Petite Torte

Sabtu, 28 Januari 2012

Mini Chocolate Eclair

Salam petang semua &  selamat berhujung  minggu..apa khabar  tuan-tuan & puan2? Sudah  menjadi rutin  harian..mesti  mau hidangkan  kudapan yang enak  buat minum petang..so kali  ni Rahel try  pulak resepi Kak Fida yang  banyak  menggiurkan iteww.Kalau  korang nak tau..ni  pertama kali  Rahel buat kudapan  yang satu ni...hehe skali lagi gue ketinggalan kereta.Sebelum kita lanjut ke perkenalan resepi,nak komen sikit tentangcoklat eclair ni..memang sedap..lembut..gebu..dan tak muak kita makan..


Oklah,jom tinjau-tinjau resepinya kat bawah tu...pasni korang pulak yang kena buat...

Mini Chocolate Eclair

Bahan:
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan air
1/4 cawan mentega (1/4 buku)
1 sudu kecil gula halus
1/2 cawan tepung gandum-diayak
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila

Inti Custard:
550ml susu segar
90g gula pasir
60g tepung custard
1 sudu besar marjerin

Chocolate Glazed:
100g dark chocolate
30g mentega

Cara:
1.Masak susu,air,mentega dan gula hingga mendidih.

2.Kecilkan api dapur dan masukkan tepung gandum dan kacau hingga adunan sebati.Matikan api dan terus kacau adunan lagi hingga 1-2 minit.Biarkan adunan suam.

3.Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil dikacau adunan hingga lembut.

4.Masukkan adunan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya selebar 1/2 inci''. Picit keluar adunan memanjang 1 1/4 inci'' dan berjarak di atas dulang pembakar.

5.Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit atau hingga keemasan mengikut kepanasan oven masing-masing.Angkat puff dan sejukkan di atas redai.

6.Isi puff dengan inti custard dan hias dengan coklat cair.Tabur kekacang atau manik2 berwarna untuk mencantikkan lagi chocolate eclair jika suka.

7.Untuk Inti Custard:masak 3 bahan pertama hingga pekat dan masukkan mentega & kacau hingga sebati.Sejukkan custard dan isikan ke dalam piping bag dan picitkan secukup inti ke dalam puff.

8.Untuk Chocolate Glazed:Campurkan kedua  bahan dan masak cara double-boil hingga cair.Ambil sekeping-sekeping puff berinti dan celupkan permukaannya dengan coklat cair atau boleh disiramkan saja coklat cair ke atas puff dan hias ikut kreativiti masing2.
 
9.Simpan mini chocolate eclair di dalam peti sejuk untuk didinginkan.


Selamat mencuba.


Jumaat, 27 Januari 2012

Caramel Cheese Cake

Selamat pagi semua..apa khabar? korang dah siap bersarapan k? jangan hairan kalau nampak cheese cake pagi-pagi kat dapur Rahel..itu tandanya tuan tanah gemar makan cheese cake..cerrr..ok la,sebenarnya Rahel nak cite sikit time buat kek,punyalah haru biru..mana tidak..punyalah semangat padi nak baking tengah malam..mula-mula tak periksa bahan-bahan yang ada dalam simpanan,baca resepi satu persatu sambil pecahkan telur ke mangkuk,skali sampai ke bahan-bahan untuk meringue..alamak!..takde gula kastor,ingatkan ada 1 balang lagi..adoii..pastu cream of tartar lagi buat hal,dah tamat tempoh 7 bulan baru prasan..apa macam sudah ni?


Walau macam mana pun kerja-kerja membaik pulih harus diteruskan,kena cari jalam tuk selamatkan bahan-bahan yang sudah ada dalam mangkuk pengadun.Dengan tenangnya gue cari itu brown sugar untuk gantikan gula kastor,mana kala cream of tartar tu gue ganti dengan secubit garam..fuhhh memang pas kata orang Indonesia..hehehe..Korang nak tau? Caramel Cheese Cake ni tersangatlah sedap,lembut dan halus sangat texture dia..time makan kan dalam hati cakap..waaa inilah kek yang gue cari selama ini,akhirnya ketemu juga..dan korang pun mesti cuba tau..rugi kalau tak cuba,sebab kek ni mengalahkan kelembutan Cotton Cheese Cake,memang sesuai dihidang time dating dengan laling.

Ok la tu..terlebig cakap sudah..nah kali ni Rahel ada sertakan dua cara-cara dalam resepi ni,pertama 99% ikut resepi/cara-cara dari tuan punya resepi ada DI SINI dan yang ke dua nanti Rahel tulis kat bawah tu..tapi cara yang ni memang Rahel guna selali kalau melibatkan kek yang menggunakan meringue utntuk menjaga kejadian yang tidak diingini,so korang boleh pilih cara mana yang korang rasa selesa nanti.


Caramel Cheese Cake
Sumber:Season Cake/Daniel Choong


Bahan:
1).110g gula pasir (Rahel guna 5 sudu besar gula pasir)

2).6 biji kuning telur
    200g susu sejat (Rahel guna susu penuh krim)
    70g air
    1 sudu teh esen vanila

3).4 biji putih telur
    50g gula kastor (Rahel guna brown sugar)
    1/4 sudu teh cream of tartar (Rahel guna secubit garam)

4).500g cream cheese (Rahel guna brand Philadelpia)
     150g gula pasir
     65g mentega
     4 biji kuning telur

Cara:
1.Letakkan bahan no.1 dalam loyang bulat 9'',kemudian panaskan hingga menjadi
   karamel.Ketepikan,biar sejuk sepenuhnya.

2.Dalam mangkuk,satukan bahan no.2 dan kacau perlahan hingga rata,kemudian
   tapis ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.Ketepikan.

3.Putar cream cheese,150g gula dan mentega sehingga berkrim,kemudian masukkan
   kuning telur satu persatu sambil diputar rata setiap kali menambah telur.Ketepikan.

4.Dalam mangkuk yang bersih dan pemutar yang bersih tanpa minyak,putar bahan
   no.3 sehingga gebu,kalau mangkuk diterbalikkan adunan meringue tak jatuh.

5.Masukkan meringue ke dalam adunan kuning telur,kaup balik hingga rata.
   Kemudian tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang yang berisi karamel
   tadi.
  
6.Bakar secara steam-bake pada suhu 170'C selama 1 1/2 jam.Cucuk kek dengan
   lidi untuk memastikan kek sudah masak.Kalau lidi keluar dengan bersih,bermak
   na kek sudah masak.Biarkan kek dalam ketuhar dengan pintu yang terbuka sela-
   ma 1 jam.Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya dan telang-
   kupkan ke dalam pinggan.




Enjoiiii..

Suhun Goreng

Selamat malam semua..dah tidur k? hehe..kalau belum tidur singgah  sekejap temankan Rahel lepak kat blog.Malam ni lepak skejap bab ada kerja-kerja tertangguh yang perlu disiapkan.Korang biasa tak buat Suhun goreng? Rahel suka makan suhun yang digoreng atau pun yang diletak dalam sup..memang sedap rasa dia..haluss sangat..


Suhun Goreng
Sumber:Rahel

Bahan :

1 paket kecil suhun,direndam hingga lembut,toskan air
1/2 lobak merah,disagat
sedikit sayur kubis,dihiris
sedikit bunga kubis,dipoton kecik
1 tangkai cili hijau,dihiris
sedikit kicap pekat
sedikit kicap cair
1 sudu kecik gula pasir
Garam secukupnya

2 ulas bawang putih,dihiris
1 ulas bawang merah,dihiris

sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang sehingga naik bau.

2.Masukkan bahan sayuran,perasa,kicap dan kacau sebentar hingga setengah masak.

3.Tambahkan Suhun,kacau hingga sebentar hingga masak.

Saya hidang bersama dada ayam goreng tepung.



Terima kasih sudi membaca.

Khamis, 26 Januari 2012

Steamed Coconut Blossoms

Salam petang semua..lagi buat apa? Sudah siap minum petang k? jemput singgah kejap minum petang..kat sini ada apam yg enak..sebelumnya dah pernah buat jugak ikut resepi ni,tapi yg tu Rahel bakar..so memang lari dari tajuk la kan,tapi kali ni betul-betul kukus punya..dan boleh nampak betapa gebunya kalau dikukus..



Walaupun dalam resepi asal mengesyorkan kita untuk mengguna tepung hongkong,tp yang ni Rahel guna tepung gandum je..sebab itu je  bahan yang ada dan intinya pulak Rahel bagi serunding ayam..dan memang serasi gak apam ni digandingkan dengan serunding ayam..sama-sama ringan gitu..dan satu lagi..dalam adunan Rahel guna santan pekat..emm memang wangi je..


Oklah,skarang Rahel nak teruskan pulak letak resepinya,tapi memang ada yang diubah suai sesuai dengan selera..tapi kalau kawan-kawan nak guna resepi asal pun takpe..pilih je mana yang sesuai ek..

Steamed Coconut Blossoms


Bahan (A):
3 biji telur sejuk dari peti sejuk
210g gula kastor
275g tepung gandum,diayak
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ovalet
150ml santan pekat

Bahan:
pewarna (pilihan)
serunding ayam secukupnya untuk inti (pilihan)

Cara:

1.Satukan semua bahan ( A) dalam mangkuk,putar dengan kelajuan sedang selama 6-8 minit.

2.Warnakan adunan.Masukkan 1  sudu besar dalam acuan,beri inti,kemudian isi lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.

3.Kukus dengan api perlahan selama 15 minit.



Selamat menikmati Steamed Coconut Blossom

Selasa, 24 Januari 2012

Epal Goreng

Selamat petang semua...mesti korang tengah fikir nak buat ape tuk minum ptg kan? Ikut je cara Rahel..buat kudapan yang simple untuk hidangan petang..kali ni Rahel buat epal goreng pulak..memang sedap dan sesuai kepada yang kurang suka manis2.Kalau makan epal macam tu je..akan terasa manis atau pun masam manis kan? tapi kalau digoreng akan kurang la manisnya,tapi korang boleh buatkan jugak sos lemon atau pun coklat cair sebagai bahan untuk cicah epal goreng..so terasa la manisnya.






Epal Goreng
Resepi:Google

Bahan:
2 buah epal
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan serbuk roti
1 biji telur + secubit garam,pukul ringan macam nak buat dadar

minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Cuci bersih epal,buangkan empulur dan biji di tengah-tengah.Potong nipis 1/2cm,kemudian gaul dengan tepung jagung.

2.Panaskan minyak untuk menggoreng.Celup epal ke dalam telur,kemudian golekkan di dalam serbuk roti.Goreng sehingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.SOS LEMON:1 cawan air,1 sudu besar jus lemon,2 sudu besar gula pasir,1 1/2 sudu teh tepung jagung,1/2 sudu teh esen vanila.Satukan bahan sos dan panaskan di atas api kecil sambil dikacau hingga pekat.Siap untuk dihidang bersama epal goreng.

Pesan:
*Boleh letak 1/4 sudu teh serbuk kayu manis dalam sos lemon,jika suka.




 

 Selamat mencuba.

Isnin, 23 Januari 2012

Apam Snow White

Selamat pagi semua...dan selamat bercuti...dah siap  sarapan k belum? Kalau ada yg belum sarapan...jom singgah bersarapan dgn Rahel...kat sini ada Apam Snow White.Apam yg satu ni  memang dah glamour  di kalangan kawan  masak-masak & sebenarnya Rahel pun dah banyak kali buat  sebab  memang suka sangat  dgn rasa & teksturnya..kadang Rahel mkn begitu saja tanpa kelapa parut..tapi kalau ada kelapa parut lg lah sedap lemak rasanya..


Macam biasa...Rahel guna resepi yang  ada kat MyR tu...dan tak  pernah tukar lagi sebab yang  ni pun dah ok  banget kejadiannya...my family  pun  suka sangat kalau  hidang apam snow white ni,tapi kali ni Rahel guna nasi beras perang pulak dalam adunan tu sebab kebetulan ada masak nasi beras  perang..so itu yg kepikiran nak try guna nasi beras perang..dan tetap sama juga kejadiannya...enak banget..


Oklah,nak letak pulak resepinya sebagai rujukan Rahel nantinya kalau nak buat apam lagi..tapi saya pendekkan sikit cara-cara dia..dan terima kasih banyak kepada penyumbang resepi Apam Snow White yang enak ni..ijinkan gue share resepinya kat sini ye..


Apam Snow White
Sumber:Myresipi


Bahan:
3 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*
2 cawan gula pasir*
1 paket mauripan*
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara:
1.Masukkan semua bahan bertanda* ke dalam mangkuk,gaul rata.
2.Kisar nasi dan air hingga benar-benar hancur
3.Satukan bahan no.1 dengan bahan yang dikisar,gaul sebati.
4.Biarkan adunan mesra selama 1 jam.
5.Selepas 1 jam,isikan ke dalam acuan apam yang dioles dengan sedikit minyak.
6.Kukus selama 15 minit.




Selamat menikmati Apam Snow White.

Ahad, 22 Januari 2012

Solok Lada

Selamat berhujung minggu  semua...ada apa-apa  rancangan k petang ni?..hehehe...Oklah,memandangkan dah berapa hari menghentam kek je..so petang ni Rahel tukar selera pulak kepada menu yg pedas-pedas..nampaknya skarang tengah demam mkn pedas-pedas kan? Dah berapa hari ni Rahel  nampak korang  punya menu yang guna sambal belacan..memang menyelerakan betul..terliur-liur gue tengok tau..



Baeklah  kawan-kawan...menu  kudapan petang ni ialah  Solok Lada,tapi yang ni pun Rahel buat ikut selera  Rahel...sebab lain  orang lain seleranya..tapi yang pasti ianya memang enak di makan panas-panas bersama sos cili atau pun sambal belacan..dan minumannya pulak ialah secangkir nescafe panas...bukan selalu gak minum nescafe,tapi skali-skala tu memang ada keinginan gak  menghirup nescafe yang hangat.Okla,kita teruskan pulak kepada resepinya yang simple dan mudah disediakan...

Solok Lada
Resepi:Rahel


Bahan:
1/2 cawan isi ikan tenggiri yang sudah dicincang halus
1/2 cawan kelapa parut putih
1/2 susu kecil minyak bijan
2 1/2 sudu makan tepung jagung
sedikit lada putih
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam

12 tangkai lada hijau,belah dan buangkan bijinya

Cara:
1.Satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.
2.Ambil sedikit adunan dan sumbatkan ke dalam lada hijau.
3.Goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.
4.Hidangkan bersama sos cili atau sambal belacan.





Selamat menikmati Solok Lada dan Nescafe Panas...

Jumaat, 20 Januari 2012

Krim Mentega

Selamat bersiaran dan selamat bertemu kembali...apa khabar semuanya? sihat k? Aduhaiii...seharian tak mondar-mandir kat blog..sebok sikit,tapi sempat jugak nak siapkan krim mentega buat kasi cantek ini  kek.Sebenarnya Rahel dah ketinggalan kereta la..korang semua dah buat kek yang berkaler-kaler ni kan?













Oklah,skarang Rahel letak pulak resepi Krim Mentega..

Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.



Resepi Rainbow Cake...menyusul .SINI

Khamis, 19 Januari 2012

Puding Pisang Lapis Kek

Salam manis kepada semua...hari ni cuaca kat sini agak panas..so memang sesuailah pekena puding pisang yang dilapis ngan kek span coklat...aduhai...segar banget rasanya...nyam nyam nyam...dah habis berapa potong...korang jangan terliur pulak.




Chocolate Sponge Cake
Resepi:Alex Goh

Bahan A:
4 biji kuning telur
20g gula

Bahan B:
4 biji putih telur

Bahan C:
100g gula

Bahan D:
95g tepung
15g serbuk koko

Bahan E:
70g mentega cair

Cara:
1.Pukul (A) hingga ringan dan gebu.
2.Putar (B) hingga kembang.Masukkan (C) dan pukul lagi hingga kental.
3.Campurkan meringue dengan (A) sehingga sebati.
4.Masukkan (D) yang telah diayak dan kaup balikkan dengan rata.
5.Masukkan (E) dan kaupkan dengan sempurna.
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat 8".Bakar pada suhu 190'C selama
   15 minit.Keluarkan kek dengan segera setelah masak.


*griskan acuan spring foam 8" dan lapik dengan kertas plastik.
*hiris nipis kek dan letakkan 1 lapisan dalam acuan spring foam 8".


Puding Pisang
Sumber:Rahel

Bahan:
1 paket serbuk agar-agar (10g)
3 cawan susu rendah lemak/santan
3 buah pisang berangan,dilenyek halus
5 sudu besar gula pasir

Cara:
1.Masak susu rendah lemak,serbuk agar-agar,esen vanila,gula hingga mendidih.
2.Masukkan pisang yang sudah halus,masak lagi sehingga mendidih.
3.Angkat dan biarkan suam-suam kuku selama 1 jam.Kemudian tuangkan adunan
  Puding pisang ke dalam acuan yang berisi kek tadi.
4.Biarkan sejuk sepenuhnya baru letak dalam peti sejuk selam 2 jam.Hidang.





Rabu, 18 Januari 2012

Kek Gulung Marble

Selamat menjelang tengah hari...apa  khabar  semua?  Hari ni  line  mengong banget..dah 3 hari  talian TMwifi buat hal...jadinya gue susah  banget  mo merempit ke blog korang semua...pastu nak balas  komen-komen dari kawan-kawan  pun sangat susah.

Oklah,ni saja Rahel tayang Kek Gulung Marble,sebab  dah  abis dibedal  semua tadi.Kalau  masih ada...takut nak  tayang,sebabnya  nanti ada pulak  yang  mintak...hihihi,memang ayat org kedekut punya.Kalau  korang nak tau,kek  gulung mcm ni memangcerewet  sikit  pada  pendapat Rahel la..sebab  masih  belajar lagi  menggulung kek,tersilap sikit je kulitnya dah terkoyak..pastu klu tak hati2 time menggulung pun bole pecah kek tu..tapi kalau makan..punya la sedap.

KEK GULUNG MARBLE

Egg Yolk Batter:
2 egg yolks
50ml milk
1/2 tsp vanila
20g caster sugar
60g self-raising flour

Egg White Foam:
2 egg white
1/4 tsp cream of tartar
40g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,combine egg yolks,milk,vanila essence and
   sugar in a mixing bowl.Fold in sifted flour until forms batter.

2.To make egg white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture
   forms solf peak.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy
   and stiff peaks form.

3.Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.

4.Pour batter into ungreased 6-in (16 cm) tube pan.Bake in preheated oven
   at 170'C for 30 minutes or until cooked.

5.Remove from oven,invert cake onto table until completely cooled.






Kalau korang nak buat Kek Gulung Marble ni,Rahel guna resepi vanilla chiffon cake yang dulu pernah Rahel tayang kat SINI,cuma Rahel nak pesan sikit,gunakan 2 lapis kertas minyak utk melapik dulang pembakar tanpa digriskan,kemudian guna api bawah sahaja time bakar kek...itu aje...

Selamat menikmati Kek Gulung Marble..

Selasa, 17 Januari 2012

Gulungan Pisang Keju

Salam pagi semua dan apa khabarnya pagi ini?  Harap korang sihat k?  Pagi ini Rahel dapat juga buat sedikit hidangan untuk peneman minum panas.Kebetulan ada lagi pisang berangan so kita buatlah Gulungan Pisang Keju.Simple sahaja cara penyediaannya.






Gulungan pisang keju ni memang senang je nak buat,bahan-bahannya pun simple ja..alah.. macam kalu kita buat risole sausage tu..senang kan? kalau makan time panas2 lagi la best tau..tambahan pulak dengan secangkir indocafe mix.perghh..mantap banget.Oklah,jom kita tengok pulak resepinya.

Gulungan Pisang Keju
Resepi:Rahel

Bahan:
6 keping roti
3 buah pisang raja,dibelah dua
2 sudu makan marjerin
50g keju cheddar,disagat halus
100g serbuk roti
1 biji putih telur

minyak untuk menggoreng

Cara:

1.Panaskan marjerin dalam non-stick pan.Kemudian goreng pisang hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

2.Canai roti hingga nips.Ambil sekeping pisang,letak di atas roti,tabur sedikit keju parut,kemudian gulung kemas dan lekatkan tepinya dengan putih telur.

3.Sapu seluruh permukaan gulungan roti dengan putih telur,kemudian golekkan dalam serbuk roti.Buat seperti ini hingga habis.

4.Goreng gulungan pisang dalam minyak panas sehingga keperangan.Angkat & toskan.Sedia dihidang.



Selamat menikmati gulungan pisang keju.

Sabtu, 14 Januari 2012

Banana Smoothie

Salam petang semua...dan selamat berhujung minggu..apa khabar? sihat k? Hari ni tuan tanah rehat aje kat umah..pun takde baking-baking hari ni,just buat sikit minuman untuk penyejuk tekak,lama juga tak menikmati banana smoothie ni.Oklah,saje nak sapa korang semua..harap2 korang enjoi dihujung minggu ni...



Banana Smoothie
Resepi:Rahel


Bahan:
1 buah pisang montel
300ml susu rendah lemak
1/2 sudu besar chocolate cips

Cara:
1.Satukan semua bahan dan blend hingga halus.
2.Hidangkan dalam gelas.


Enjoiii....

Jumaat, 13 Januari 2012

Sesame Donut

Selamat bersiaran  di tengah hari..apa  khabar semuanya?  harap semuanya sihat.Nape donut lagi? hehe..semalam dah plan  nak buat tapi macam yang dicakap tu stok minyak  masak takde,so  selepas  menikmati  donat  kek coklat semalam,gue pun terus pecut laju ke kedai beli sebotol minyak masak,senang nak goreng donut
nanti.

Haa untk pengetahuan korang semua,donut bijan ni sangat sedap tau,klu tak suka dengan bijan tu...boleh abaikan je...pastu korang letaklah apa2 topping kegemaran korang ek..& rasailah kelembutannya bak sutera...ececece..tapi memang betul tau,ikhlas dari hati cakap ni...teksture donut macam kat Big Apple & Dunkin Donut,tak caye? silahkan buat sendiri baru tau..time tu mesti korang akan ingat apa yg Rahel cakap ni..yang ni bukan promosi tau tapi nak berkongsi resepi yang terbaek ja.



Tapi kan,,,Rahel nak cakap sikit bab menguli doh donut ni,klu guna tangan & guna mesin pengadun memang tak sama kjadiannya,sebabnya Rahel pun dah cuba kedua2  cara tersebut & buat perbandingan,klu uli doh  guna tangan memang gebu juga & tetap lembut donut tu,tp klu uli doh guna mesin pengadun lagilah cantek kejadiannya..doh sangat kalis elastick...bahan-bahan dalam adunan tu betul2 sebati/bersatu hinggakan time kita makan pun tak nampak ketulan2 dalam donut tu.

Untuk Kali ni  saja Rahel share resepi donut yg lembut & gebu ni sebab ramai yang tercari-cari  resepi  donut yg lembut  macam kat Big Apple & Dunkin Donut & rasanya resepi ni sudah dekat2 dengannya..hanya topping ja yang kena dipelbagaikan & Rahel pun tidak guna mesin  pengadun yang mahal untuk adun doh,tapi guna pengadun yang ada pada mixer biasa ja..ingat tak? kalau kita beli mixer mesti ada 2 besi utk menguli kan,so itulah yang Rahel guna,memang berbaloi hasilnya tau.Oklah,kita teruskan pulak letak resepinya...

Sesame Donut
Resepi by:Wendy Kor & Clement Lim
Sumber:Buku Resepi ''DONUT''

Bahan A:
tepung roti...................................300g
tepung kek...................................200g---> (Rahel guna tepung gandum,ayak)
serbuk penaik................................10g
yis segera.......................................10g
gula kastor.....................................90g
garam..............................................7g
tepung susu...................................25g
bijan putih.....................................30g

Bahan B:
telur..............................................60g
air dingin.....................................250g

Bahan C:
lemak sayuran...............................50g

HIASAN
bijan putih...................................200g

Cara:

1.Pukul bahan (A) pada kelajuan perlahan selama 1 minit,tambahkan bahan (B) dan pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga doh kasar terbentuk.Masukkan (C) dan teruskan memutar selama 10-15 minit hingga licin dan anjal.(Rahel putar selama 10 minit ja)

2.Rehatkan doh selama 40  minit sehingga doh menjadi dua kali ganda daripada saiz asal.Kemudian bulatkan doh.Rehatkan lagi selama 15 minit.Tekan doh hingga leper kemudian tekap guna acuan donut.

3.Susun dalam tray yang sudah dilapik baking paper.Biarkan selama 20 minit kemudian sapu dengan air kemudian taburkan bijan.


3.Panaskan kuali bersama minyak secukupnya .Goreng donat hingga keperangan di kedua-dua bahagian.(Rahel goreng donat dengan api perlahan).

Kita punya donut terlebih perap so nampak kedut sikit selepas digoreng.So hati2 kalau buat perap donut ya.


Terima kasih sudi singgah selalu.

Khamis, 12 Januari 2012

Donat Kek Coklat

Selamat  bertemu kembali...apa khabar  semua? harap  kawan-kawan  semuanya sihat. Masih  ingat tak  akan  buku  resepi  yang  memuatkan  bermacam-macam resepi donat? Rahel pun dah  lama beli buku  resepinya dan ada beberapa resepi donat kat situ yg Rahel dah cuba, memang sedap-sedap  semua hasilnya,tapi kan..kali ni Rahel nak cakap pulak pasal salah satu resepi donat dlm buku tu..dari dulu Rahel tak pandang walaupun rupanya cantik,tambah2 lagi dengan kaler coklat yang menggiurkan,pada Rahel..mungkin donut tu  keras kejung sebab tak  gunakan yist dlm  adunan,rupanya yist tu telah  digantikan  Double action Bkg Powder..korang bole bayangkan kan?



 

Hari ni..terjawab sudah  persoalannya..cerrr..macam dalam  peperiksaan la pulak.Pagi tadi duduk on line sambil  belek-belek  buku  resepi DONUT yang direka oleh Wendy Kor & Clement Lim  banyak  sangat yg berkenan  di hati...mula-mula ingat nak buat donat bijan..skalinya penuh semangat ke dapur cari bahan-bahan,rupa2nya gue tak ada stok minyak masak sudah..hihihi...apa macam sudah ni?



Rahel tetap jugak  nak teruskan buat kuih donut dan  kembali  ke buku resepi lagi.tengok-tengok ada donat kek coklat yang cantek..bila baca bahan-bahan dan cara-cara dalam buku resepi tu..memang mudah dan senang disediakan,so kesimpulannya..try buat donut kek coklat yang penuh persoalan ni...

Time siapkan adunan memang tersangat la mudah..macm buat kek pun ada..mcm buat biskut samprit pun ada jugak...time bakar dalam ketuhar pun masih tertanya-tanya..apakah kejadiannya donut dalam ketuhar tu..tambahan pulak dengan masa memanggang yang sekejap...dalm buku  cakap 8-9 minit, boleh masak ke donut tu? Tingggg..bunyi menandakan sudah cukup masa memanggang..pastu angkat keluar oven dan sentuh sikit permukaan donut..alamak!!!..

Korang jangan pandang pada rupa donut ni yg  nampak macam  samprit tau..tapi dalamnya tu memang sangat lembut..sangat ringan dan gebu...gue makan sampai berketul-ketul  pun tak muak..sedap  sangat hidang ngan  secangkir hot chocolate.Baiklah tuan-tuan  dan puan-puan...banyak sudah yang gue  cerita pasal donut ni,kita lanjutkan pulak dengan resepinya...jeng jeng jenggg...

Donat Kek Coklat
Resepi by:Wendy Kor & Clement Lim
Sumber:Buku Resepi "DONUT"

Bahan A:
mentega.................................70g
gula kastor.............................90g
tepung susu..............................4g

Bahan B:
telur.....................................2 biji
esen vanila...............1/2 sudu teh

Bahan C:
tepung kek...........................180g
serbuk koko...........................20g
serbuk penaik 2 kali kembang 10g

Cara-Cara:
1.Pukul (A) pada kelajuan tinggi selama 5-10 minit sehingga kembang.

2.Masukkan telur perlahan-lahan dan adun hingga sebati.Tambahkan esen
   vanila.

3.Masukkan (C)  yang telah diayak dan kacau sebati.

4.Griskan dulang pembakar atau gunakan pelapik silicon.Paipkan adunan
   menggunakan muncung aising no#854 menjadi bentuk donat.

5.Bakar pada suhu 180'C selama 8-9 minit.

6.Taburkan donat dengan serbuk aising sebagai hiasan.




Selamat menikmati Donat Kek Coklat...

Rabu, 11 Januari 2012

Chocolate Loaf Cheesecake

Selamat bersiaran di petang hari...dan selamat menikmati hidangan petang yang menggiurkan..cerrr..cerrr...saje cakap macam tu..biar korang semua ngencessss.Hari ni Rahel tayang pulak kek yang ala-ala butter cake gitu..adunan berganding dengan cream cheese dan juga butter..teksture yang gebu dan lembut walaupun nampak merekah..tapi sedap banget dihidangkan bersama minuman panas atau pun minuman yang dingin..kali ni takde letak cream topping atau inti,just ikut betul-betul resepi  yang dalam buku tu..pemilik resepinya pulak ialah Kevin Chai..



Hmm..petang-petang macam ni tentu banyak yang sebok hidangkan juadah ptg,jd resepinya nanti menyusul ek..sebab kejap lagi tuan tanah mau menyibukkan diri kat dapur..kena selongkar bahan-bahan masakan untuk makan malam punya,jadi jumpa lagi nanti yaa...


Tengok-tengok la dulu picture ni ek..jika sudi singgah kat SINI untuk tengok resepi kek.

Selasa, 10 Januari 2012

Bolu Kukus Pelangi

Selamat bersiaran kembali...dan apa khabar semua?  hari ni cuaca tak menentu je,skejap panas skejap  mendung...skejap lagi  gerimis...pelangi je yang tak kelihatan dari pagi hingga ke petang..jadi sebagai gantinya Rahel buatlah bolu pelangi..hehe.



Resepi bolu pelangi  ni Rahel search kat google tadi...terjumpa  pulak resepi yang senang kat SINI.Hasilnya memang  memuaskan,tapi dalam sukatan gula tu Rahel kurangkan kepada 170g sebab takut manis sangat.Time masukkan tepung dan air soda..Rahel teruskan memukul adunan biar pekat gitu,pastu isikan adunan penuh ke dalam acuan dan air kukusan  mestilah betul-betul  mendidih baru kukus bolu,jangan lupa kukus bolu dengan api kuat  agar bolu pelanginya  mekar tersenyum.

Bolu kukus pelangi

Ingredients:

* 2 eggs
* 200 g caster sugar
* 2 tsp TBM/ Ovalett/ SP (emulsfier)
* 275 g plain flour
* pinch of salt
* 200 ml soda water (lemonade)
* Pandan paste, strawberry flavored paste ( or using food colouring is fine)

Method:

In a large bowl, beat eggs, sugar, eand mulsifier  with electric beater,  until white and fluffy.

Mix the flour & salt, into the eggs mixture little bit at a time,whisk it gently.

Pour in the soda water, whisk again.

Divide the batter among 3 bowl, add the pink colour and green colour each bowl and leave the rest without any colour.

Preheat the steamer, cover the lid with a towel/ cloth.

Put the cupcake paper on the mould. ( I used cut baking paper)

Spoon pink, green and white on the covered mould, steam for 10- 15 minute




Enjoiiii

Ahad, 8 Januari 2012

Cotton Cheese Cake

Selamat malam semua...singgah sekejap  kat dapur,boleh  dapat sepotong kek..Tak tau  nak cakap pa lagi  pasal kek kapas ni..hehe...sedap,lembut,wangi dan? Kalau dapat kek keju kapas mesti skejap je dah abis..buat satu adunan rasa tak cukup pulak..k tuan  tanah yang memang  semula jadi kuat makan kek...hehe..

Emm..Rahel boleh agak da..mesti ada yang nak cuba cotton cheese cake ni,jadi jangan ke mana-mana..sebelum singgah ke SINI untuk ambik resepi...layannn..
Cuci mata dulu...