Sabtu, 3 Disember 2011

Telur Kukus & Cendawan

Selamat petang kepada semua..apa khabar? dah siap buat kuih untuk minum petang? Petang  ni Rahel  buat kek coklat jer utk  hidangan petang,tapi tak letak dah pic & resepi kek coklat tu bab sebelumnya dah pernah share juga kat blog.Petang ni nak letak entri yang tertunda jer..faham2lah skarang ni line tenet betul2 lembap,so nak online pun malas dibuatnya.



Oklah teman-teman..ni aje resepi untuk telur kukus yang sodap ni,silahkan dilihat resepinya kat bawah tu..senang je dan mudah banget disediakan..jomm..


Telur Kukus & Cendawan
Resepi:Rahel

Bahan untuk telur kukus:
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil minyak bijan
150ml air

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas,kacau perlahan hingga rata.

2.Kukus telur selama 8-10 minit dengan api kuat.Angkat dan ketepikan.

Bahan untuk Cendawan:
70g cendawan butang,dihiris nipis
80g carrot,dihiris nipis
3 ulas bawang putih,dicincang
1 cm halia,cincang
5 lembar daun bawang,dipotong
1 sudu kecil minyak bijan*
1 sudu makan sos tiram*
1/2 sudu makan sos soya cair*
1 sudu kecil serbuk pati ayam*
1/2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa*

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan halia hingga layu.

2.Tuangkan air dan biarkan mendidih,kemudian masukkan carrot,cendawan.

3.Perasakan dengan bahan bertanda*,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan mendidih hingga aga pekat.Masukkan daun bawang,kacau dan angkat.

4.Tuang ke dalam telur kukus tadi.Sedia dihidang.


Selamat mencuba..

12 ulasan:

Acik Erna berkata...

Rajinnya Rahel..dah siap buat minum petang sekali..

JaSSNaNi berkata...

amboiii sedapnya.. makanan sihat ni.. tak pernah try wat lagi.. nak simpan resepi ni lenkali nak test wat juga.. :)

Amie berkata...

selamat malam Rahel,
wah! menu sihat...dan semstinya sangat lazat! boleh cuba ni.... masuk list dulu.

Azlita Aziz berkata...

waaa... nampak macam sedap ni rahel..
boleh di cuba ni.. menarik!

rahel berkata...

Acik Erna..Rahel cepat2 siapkan kek coklat utk minum petang bab tunggu hubby balek umah..trus mkn kek sambil dating..hehe..


Jassnani...memang jarang orang buat telur kukus ni,kebanyakannya menu ni dibuat oleh org cina dan Rahel pun belajar dari kawan2 yang berbangsa cina..sedap dan ringkas je..


Selamat malam Kak Amie...jom amalkan pemakanan sihat..hehe..boleh je..ambek je resepinya..


Kak Azlita...yup menarik dan sedap..cuba jangan tak cuba..

ucubakery berkata...

ucu tertinggal bas...lama tunggu tak datang bas ni (hihihi..) last2 pagi tadi baru sampai ke dapur rahel...ada lagi ke telor kukus tu..penat oo tunggu bas....

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Menarikla nampak resepi ni....ada kesempatan teringin juga nak dicuba, roll kat bawah tu pun cantikla...

rahel berkata...

hehehe..Kak Ucu...memang betul2 ketinggalan bas..telur kukus punya pinggan pun dah licin..


Thanks Wattie..
silahkan dicuba..semestinya sodap..

Yana Shaiful berkata...

Menarik resepi ni..nnt nk cubalah..xpnh rs telur yg dikukus..tambah pulak cendawan tu..mmg sedap :=)

Wani Sukarno berkata...

jalan-jalan petang ... takut nanti terjam dek line busy heheh... wahh bestnya telur kukus ... tambah ada lagi cendawan tu yang sedap

cik cek berkata...

Waaaa...memang tetinggal keteapi sungguh ni...tayar keteapi pancit...bestnya menu telur kukus ni...menu sihat ni...:)

rahel berkata...

betul Yana..memang sedap telur kukus n sayur cendawan ni..cuba la..


Wani..memang fening je pala klu trafik jam..yup telur kukus memang sedap..


Hehehe..Kak Cek naik ketapi dr mana?..memang betul tu kan..ni menu sihat la kiranya.