Sabtu, 10 Disember 2011

Peach Muffin

Selamat malam kepada kawan-kawan yang singgah menjenguk  dapur Rahel malam ni...harap anda semua belum mengantuk lagi...boleh lepak lama-lama dalam blog sambil cuci mata..jangan leleh liur pulak.Seperti biasa..kalau tuan tanah lepak tengah malam kat blog..ada la tu yang nak ditayangkan lagi..


Peach muffin ni Rahel buat petang tadi untk kudapan time minum petang,skarang pun ada lagi stok muffin ni,tak dapat nak abiskan..ada siapa2 yang boleh tolong perabih? becakap pasal peach muffin ni memang sedap rasanya lembut je walaupun dah sejuk,itu yang buatkan Rahel suka sangat...dan ni pun kira untuk bekal jugak,sebab skarang Rahel n dia punya darling out station,tapi rahsia tau tak nak bagitau kat mana,so skarang nginap d hotel,boleh sambung hidang muffin dan minum teh panas sambil dating.Utk akhir cerita malam ni resepinya Rahel sertakan kat dapur My Resipi.com silahkan tinjau-tinjau resepinya..

9 ulasan:

Kak Sam berkata...

Selamat berehat yea. lama dah tak memuffin kan diri

rahel berkata...

hehe..Kak Sam..awalnya sampai..thanks..jangan jadi muffin dah la..

ady berkata...

as-salam rahel
muffin tu npk gebu dan lembut.. sangat cantik muffin tu...

Amie berkata...

Selamat pagi Rahel,
lembut warna muffin tu, nampak gebu lagi tu.
Inilah seronoknya ye Rahel, masing-masing ada kepakaran dalam bidang masakan, banyaklah sudah koleksi kek, muffin dsb yang berkaitan dengan tepung, telur, mentega Rahel ye...semuanya cantik belaka!

liza berkata...

salam rahel...bestnya mapin tu...terliur tgk..bak mai 3 ketui...hihihihi

CT Delima berkata...

AS'salam Rahel

Salam hujung minggu. Wahhh..berdating berdua dengan darling ya... ni yang jeles lagi ni..hehehe. Okey2 gi lah dating k.ct tak mahu kacau lah ya...hahaha

Ni ada kelapangan dihari sabtu, jadi dapatlah singgah blog dik Rahel sebentar. Petang nanti sampai esok dah mula bz sbb IBU mertua mahu singgah kesini lagi...huhuhu.

K.ct pingin nak rasa muffin peach tu Rahel, tapi jauh sangat nak ambil. apa kata Rehel makan tuk k.ct jer eh :)

Wani berkata...

wahh muffin.. comelnya ... bila la nak memuffin balik... anyway.. asyik nak sorok2 je dating neh ..hihi

AZLITA AZIZ berkata...

lambat akak singgah mesti dah habis kan..??

nampak sangat gebu muffin tu.. dan semestinya sedap!
masuk list dulu.. entah bila lah dapat buat..hihi

rahel berkata...

Wani..cuba la rajinkan diri tu buat muffin..skali skala apa salahnya...hehhe..main paksa sudah ni..


Thanks Ady...yup memang lembut dan gebus jer..


Terima kasih Kak Amie...kita suka masak apa saja kuih kegemaran kita...


Lisa...alaahh..jauh la..cam na ni?..


Wsalam Kak CT Delima...thanks sudi singgah..takpe Rahel tolong kasi abis ni muffin..

Kalau mak mertua datang..tolong Kak CT masak lauk yg sedap2 ek..nanti mak mertua tambah cayang...hehe..


Iyo Kak Azlita...selamat sudah muffin ni masuk dalam perut..hihihi..alah Kak Az kan rajin n pandai masak..so bila2 pun bole buat..sonang jer..