Selasa, 1 November 2011

Sayur Campur

Selamat petang semua..dah siap minum petang k? apa menu petang ni? Jangan hairan klu nampak sayur dalam pinggan petang2 ni,patutnya yang ada dalam pinggan ialah kuih kan? hehe..sebenarnya ni hidangan tadi tengah hari,baru nak letak,menu yang mudah dan simple..masakpun sonang je,dalam hidup Rahel memang suka ngan sayur-sayuran..klu takde sayur..rasa macam kering  dan haus je..jadinya slalu masak sayur yang simple aja macam ni..


K la kawan-kawan..skarang Rahel letak pulak resepinya kat sini ek..bab kejap lagi nak keluar minum petang..jom layan sekejap..

Sayur Campur
Resepi:Rahel

Bahan:
100g kacang peas,buang uratnya*
80g jagung muda*
130g brokoli,potong kecil2*
100g udang segar,bersihkan*
1 tangkai cili merah,dihiris nipis
1 pokok daun bawang,potong2
3 biji bawang putih,dicincang
1/2 inci halia,dicincang
1/4 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 1/2 sudu makan sos tiram
1/4 sudu kecil gula pasir
1/2 cawan air

Cara:
1.Celur semua bahan bertanda ke dalam air mendidih.Angkat dan masukkan
   ke dalam mangkuk yang berisi air sejuk (air dr peti sejuk).
2.Tumis bawang dan halia hingga layu,masukkan cili merah dan air.Biarkan
   mendidih.
3.Tambahkan lada hitam,pati ayam,sos tiram,gula.Kacau sekejap.
4.Masukkan daun bawang & bahan yang dicelur tadi.Kacau rata.Angkat.


Selamat mencuba..

8 ulasan:

Wani berkata...

bestnya sayur macam ni.. nak. ..nak.. nak...

nuwairani ismail berkata...

brokoli paling kita suka!

kzai berkata...

salam rahel..msk ape tu?..wah sedap2 nya lauk..terpukau mata dan berkeroncong perut tgk ni semua

Ucu Faridah berkata...

masakan yg x de kolestrol..sgt sesuai utk ucu ni..

rahel berkata...

Wani

Nak sayur ek?..boleh2...kena masak sendiri..hihi..

rahel berkata...

Nuwairani
memang tdk dinafikan lagi..ramai yg suka makan sayur brokoli ni..termasuk la tuan tanah..

rahel berkata...

Kzai
mekasih sudi singgah,kalau perut berkeroncong..makananya kena masak yg spesial2 la tu..hihi..

Rahel dah tengok dapur KZai..semuanya menggiurkan..

rahel berkata...

Ucu Faridah
Memang menu sihat la kiranya ni...suke2..