Isnin, 7 November 2011

Nasi Pandan

Salam manis buat semua..apa khabar hari ni? semoga semua sihat dan ceria.Masih lagi mood raya ni..so hidang sikit menu ala-ala raya lagi,tapi resepi yg akan Rahel share ni simple sahaja dan boleh dimasak pada bila-bila masa je.Kali ni Rahel nak share pulak resepi nasi pandan yang wangi ni..digandingkan dengan sambal tumis ikan tongkol...ummm mantap betulll..berselera.



Oklah kawan-kawan..jika teringin merasa keharuman dan sedapnya nasi pandan ni,bolehla mencuba resepi ni ek,mana tahu berkenan di hati..& sesuai dengan selera..

Nasi Pandan
Resepi:Rahel

Bahan:
300g beras basmati,cuci-rendam 15 minit-toskan
10 lembar daun pandan,potong2
300ml air
500ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
1 genggam kismis

Cara:

1.Letakkan beras basmati dalam rice cooker.

2.Blender daun pandan dengan 300ml air.Tapiskan jus pandan ini.

3.Satukan jus pandan dengan santan pekat & garam.Panaskan di dalam periuk kecil hingga mendidih.Angkat dan tuangkan ke dalam rice cooker  yang berisi beras basmati tadi.Masukkan kismis.

4.Masaklah seperti memasak nasi biasa dalam rice cooker sehingga masak.

5.Setelah nasi masak,gemburkan nasi.



 

Yang ni adalah pelengkap hidangan nasi pandan,tapi kawan-kawan boleh hidang jugak bersama lauk pilihan memasing...sesuai dengan selera.

Sambal Tumis Ikan Tongkol
Resepi:Rahel

Bahan:
400g ikan tongkol,dibersihkan-potong kpd beberapa bahagian.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu makan tepung ubi*
1 sudu kecil garam*
2 tangkai cili merah}
11 biji cili padi}
5 biji bawang merah}
3 biji bawang putih},blender bahan ini dengan sedikit air
1/2 bawang besar,dihiris
1 biji limau nipis,diambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.Lumur ikan bersama bahan bertanda*.Goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan.

2.Tumis bahan yang diblender dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak.Perasakan dengan jus limau,garam & gula.Kacau rata.

3.Masukkan hirisan bawang besar dan ikan goreng tadi.Gaul rata.

4.Angkat dan letak dalam pinggan.Siap dihidang bersama nasi pandan.

8 ulasan:

ucubakery berkata...

selamat aidiladha rahel...
seumur hidup ucu x pernah masak sambal tumis ikan tongkol..(serius ni) tp makan selalu...
cantik warna sambal rehal...

Azlita Aziz berkata...

Cantiknya Rahel nasi tu..
Berasnya panjang-panjang..
Dan nampak berderai aje.. suka akak tengok!

Nuwairani berkata...

erm...dah macam nasi lemak beras basmathi la pula kan? tapi mesti kurang2 rasa lemaknya tu sebab guna beras basmathi. saya pon pernah buat macam ni dulu. lagi kuat aroma pandannya...wangi...

rahel berkata...

Ucu Faridah
ehehe..pasni bolehla buatsambal tumis sendiri ek..takyah beli2 lagi..huhu.

Selamat Hari raya Aidiladha jugak untuk Ucu Faridah sekeluarga.



Kak Azlita
iye k? emm beras basmati punya pasal la..hehe..mekaseh kak.


Nuwairani
betul..mcm nasi lemak dah ni..dan memang wangi sangat..suka sangat makan..tak cukup.

Wani Sukarno berkata...

selamat hari raya :)... wah hari raya kedua ni dah ada satu resepi gandingan yang sedap .. bau wangi dah sampai ke rumah ni... ray korban ni tentu banyak dapat daging ek.. ;p

rahel berkata...

Wani
pertama kali tak dapat daging pada hari raya korban..tu la masak nasi pandan and sambal ikan tongkol je..hehe..tahan nafas je..

EJHarraz berkata...

sedapnya nasi pandan..cantik panjang2..kenakan pulak dgn sambal tumis ikan tongkol...sungguh menggamit selera

rahel berkata...

Iza Akma
yup...memang padan betul nasi pandan dihidang ngan sambal ikan tongkol..tak muak..