Sabtu, 22 Oktober 2011

Bihun Goreng

Selamat pagi semua..dah siap sarapan k? Pagi ni Rahel buat sarapan yang ringkas je..takde masak yang spesial la..hehehe..buat bihun goreng je sikit bab teringin sangat makan bihun goreng yang letak cili banyak-banyak..
Oklah kawan-kawan,ni aja resepi bihun goreng yang simple ni,Rahel share kat sini pulak..jom layan dulu...


Bihun Goreng
Resepi:Rahel

Bahan:
250g bihun,dicelur dan toskan
3 biji bawang putih,cincang
2 biji bawang merah,cincang
5 helai daun bawang,potong2
1 batang carrot,disagat
2 sudu makan sos tiram*
1/2 sudu makan sos ikan*
1/2 sudu makan minyak bijan*
1 sudu makan kicap masin*
1/2 sudu kecil garam*
1 sudu kecil serbuk lada sulah*

Cara:
1.Gaulkan bihun yg telah di toskan tadi bersama dengan bahan bertanda.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang hingga layu.
3.Masukkan carrot,kacau sebentar.Kemudian masukkan bihun & daun bawang.
4.Kacau sehingga masak.Angkat.Siap untuk dihidangkan bersama telur mata lembu.
Selamat menikmati.

4 ulasan:

Kak Sam berkata...

Nampak suci bersih je telur tu

Wani berkata...

wahh baru je pagi tadi buat breakfast hihi.. telur pon comel bulat jer ..;p

nuwairani ismail berkata...

macam kak sam cakap la..nampak suci bersih je telur tu...hihih...

rahel berkata...

Kak Sam
iye k...bersih suci..hehehe..secret2...


Wani
breakfast ape pagi tadi? sonang jew nak comelkan telur tu.


Nuwairani
Memang suci betul nampak telur ni..hihihi.