Jumaat, 21 Oktober 2011

Ayam Goreng Sos Plum

Salam manis buat semua..semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni saya mahu share satu resepi yang paling mudah tapi sedap,sering masak lauk yang satu ni,tapi tak pernah lagi letak gambar dan resepi dalam blog mungkin kerana resepinya yang tersangat mudah yang membuatkan Rahel merasa tak perlu nak letak time tu,tapi hari ni Rahel terpanggil pulak untuk share kat sini.Bolehlah dijadikan satu rujukan suatu hari nanti..mana la tau time2 tu dah takda idea mau masak apa kan..



Oklah ni aja resepi yang mahu dikongsikan,semestinya suka banget...layannn..

Ayam Goreng Sos Plum


Bahan:
400g ayam,dibersihkan & potong kecil
minyak untuk menggoreng
1/2 sudu teh garam*
1 sudu teh kicap cair*
1 biji telur*
1 sudu makan tepung jagung*
1 sudu makan tepung gandum*

Untuk Sos Plum
3 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap cair
120ml air

Cara:
1.Satukan potongan ayam bersama bahan bertanda*.Gaul rata.Perapkan selama 30 minit.

2.Goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat,toskan.

3.Panaskan bahan untuk sos dalam kuali sehingga agak pekat seperti karamel.Masukkan Ayam goreng,gaul rata.Angkat. Sedia untuk dihidang.





Selamat menjamu selera..

12 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam Berziarah...Wahhhh..nampak menarik dan sedapnya lauk ni....

cik cek berkata...

Lapo dah ni perut kak cek...dtg nak makan ni..he he..:D

Mas berkata...

bestnya tengok ayam sos plum tu....
pekat melekat..
sedappppp tu..

Yana Shaiful berkata...

Malesnya nk masak ari ni..bleh mintak sepiring x hihii

Wani Sukarno berkata...

wahh..berkilat betul ayam neh .. menyilau mata.. hihi... mesti sedap rasa masam manis ...

Nurul berkata...

wahh, K Rahel... nampak sedappp sgt ayam tu.. nurul x pernah lg beli sos plum... hehe ;)

Liza berkata...

mmg sodap bangat ni..i likeeee

Nuwairani berkata...

menu kak rahel ni selalunya menyelerakan aje...

rahel berkata...

Sue @ Nenie
selamat datang ke dapur Rahel,mekasih krn sudi jengah dapur n tinggalkan jejak...bole tertarik nampak lauk hehe..


Kak Cik Cek
dah lapo? ehe..jomlah kita makan sesame..


Mas
best ayam goreng sos plum ni...boleh rata mcm tu jew..sodap.


Yana Shaifu
Nape malas masak? on diet k? bole mintak sikit je..


Wani
jaga2...kena silau..itu tandanya nak masak ayam sos pulm gak..hehe.


Nurul
sodap ayam masak sos plum ni,bole cuba nanti klu dah beli sos plum..


Liza
sama la kita klu cam tu...hihihi...


Nuwairani
jaga2..bila akak tayang menu yg menyelerakan..boleh off diet nanti..huhuhu..

Kak Sam berkata...

hehehe sosnya dah ada kat dapur, bila le akan digunakan

rahel berkata...

Kak Sam
senang kerja kalau bahan utama sudah ada..hehe..

Khalifah Osman berkata...

alhamdulillah...
menjadi juga menu ni
terima kasih kongsi menu ni kak ;)