Rabu, 5 Oktober 2011

Apam Yogurt Strawberry

Selamat bertemu kembali,jom cerita pasal entri hari ni,sebenarnya kan ini hidangan sarapan pagi tadi,saja buat buat untuk menghabiskan stok yogurt perisa strawberry yang dalam pt sejuk,Rahel buat apam yogurt perisa strawberry dan bagi aising sikit.Buat untuk minum petang pun sedap.


Oklah,tak mo cerita panjang lagi..mo rehat dulu..cam mengantuk pulak.Pada kawan2 yang nakkan resepi apam yogurt ni..boleh je ambik resepinya...siapkan pen dulu..salin resepi...

Apam Yogurt Strawberry
Resepi:Rahel

Bahan:
250g tepung gandum}
2 st serbuk penaik},ayakkan
180g gula kastor
200g yogurt strawberry
2 st ovalet
3 biji telur B
1/2 st esen vanila
sedikit pewarna merah jambu

Krim:
100g krimwell
2-3 sdb madu
1/2 st esen vanila

Cara:
1.Putar gula,ovalet,telur selama 10 minit.
2.Masukkan tepung berselang seli dengan yogurt sambil digaul hingga
   rata.
3.Titikkan sedikit pewarna merah jambu,gaul rata.
4.Sudukan ke dlm acuan hingga 3/4 penuh.
5.Kukus apam selama 15 minit dengan api sederhana kuat.
6.Krim:pukul bahan krim sehingga lembut,masukkan dlm bag piping yg
   sudah diletak nozel berbentuk bintang.Paipkan krim ke atas apam.


10 ulasan:

Nurul berkata...

K Rahel...
Gebu sungguh apam nya...

cik cek berkata...

Rahel....
Wow! apam gebu kaler light pink lagi...kak cek nak rasa.... :)

Noor Hafirdaus berkata...

mesti try....

Yana Shaiful berkata...

Gebunya apam tuu..nak try lah..yana xpenah bt lg apam yogurt ni..:=)

rahel berkata...

Nurul,
gebu dan sedap...rasa strawberry...hehe.

rahel berkata...

Kak Cek,
jomlah ambil sebiji apam tu...ada lg ni...

rahel berkata...

Noor Hafirdaus,
cuba jangan tak cuba..rugi klu tak cuba.

rahel berkata...

Yana Shaiful,
apam gebu harus ditry..mesti sedap punya dan dijamin puas hati..hehe.

nuwairani ismail berkata...

gebunya apam tu!!!

rahel berkata...

Nuwairani,
geebu...gebu..gebuu..