Rabu, 28 September 2011

Nasi Lemak

Salam sejahtera kepada semua.Semoga tetap ceria selalu.Sebenarnya ni n3 yang tertunda..udah berhari-hari dalam simpanan..kena perap dulu..hehe..biasa la klu tuan tanah sebok jalan sana-sini mengintai dapur kawan2..sampai dapur sendiripun dah lupa kemas.Nasi lemak kali ni ikut cita rasa sendiri je,tiada yang istimewa sangat..semuanya serba bersederhana ikut apa yang ada di dapur.


Nasi ayam yang ada di dapur skarang ni berbeza sikit ngan kawan-kawan punya nasi lemak,bab yang ni Rahel hidang bersama ayam msk serai dan juga acar timun dan yang telur rebus tu biasa la kan...Rahel memang suka sangat makan nasi lemak dg lauk yang agak likat kuahnya gitu...dan acar timun tu sebagai pelengkap untuk kurangkan rasa muak.


Ada juga tengok-tengok nasi lemak kat dapur kawan-kawan,semuanya mengancam dan itulah yang menjadi tarikan.....kalau ikutkan hati semuanya nak di cuba tapi apakan daya..tak de yg tolong licinkan..saya juga yang kena habiskan semua tu..kadang ada kawan2 juga yg datang tolong licinkan...time tu senang hati bab pinggan mangkuk udah mengkilat..hihihi...bah,oklah kwn2 banyak crita pulak ni..lupa sudah letak resepi nasi lemak hehe..Resepi sesuai dengan tajuk cerita..ok..layan dulu...


NASI LEMAK
Resepi:Rahel

Bahan untuk Nasi Lemak:
210g beras wangi,cuci bersih,toskan
325ml santan sederhana pekat
1/4 st garam
1 helai daun pandan,disimpul

Cara:
1.Masukkan beras,santan,garam,daun pandan ke dlm periuk.
2.Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.Kacau skali-skala.
3.Bila air sudah kering,tutup periuk,biarkan nasi masak sepenuhnya.

AYAM MASAK SERAI

Bahan:
360g ayam,bersihkan dan potong
5 batang serai,ambil yg putih saja,hiris halus*
1 inci halia,hiris halus*
7 biji bawang merah,hiris*
7 biji bawang putih,hiris*
7 biji cili padi,jika suka pedas*
1 keping asam keping
2 sk serbuk cili*
1/2 sk serbuk lada putih*
1 sk serbuk ketumbar*
2 1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
4 sdm minyak untuk menumis

Cara:
1.Kisar bahan bertanda dengan sedikit air sehingga hancur.
2.Panaskan minyak dlm kuali.Tumis bahan kisar hingga wangi.
3.Masukkan potongan ayam,asam keping dan air.Kacau rata.
4.Masak sampai mendidih,perasakan dg garam dan gula.
5.Teruskan masak ayam dan sentiasa kacau hingga kuahnya agak
   likat.Angkat.

ACAR TIMUN

Bahan:
1 batang timun,potong halus
150g betik setengah matang,potong halus
1 batang carrot,potong halus
1/2 inci halia,mayang halus
2 cili merah,mayang halus
1/4 st garam,boleh tambah
5 sdm cuka,boleh tambah
3 sdm gula pasir,boleh tambah

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

*Hidanglah nasi lemak macam dalam gambar ni.


Selamat menikmati Nasi Lemak Ayam Serai.

2 ulasan:

izahdaut berkata...

wahhh sedapnya nasi lemak lauk ayam gitu. hubby saya suke la sangat ni

rahel berkata...

memang sedap nasi lemak ni tambah ngan lauk ayam serai...suke2.