Khamis, 8 September 2011

Kelupis

Sudah berapa hari berlalu disiapkan and makan kuih kelupis ni tapi baru hari ni ada masa mo letak resepinya.Kuih kelupis ni memang hidangan wajip orang Sabah di hari raya..boleh dihidang bersama kari ayam/daging,rendang,sambal dan banyak lagi la lauk yang sesuai dengannya..tapi ada satu yang mungkin susah didapati di lain2 negeri yaitu daun "nyirik" untuk bungkus nasi pulut,klu di Sabah memang banyak daun "nyirik" dijual dipasar..tapi agaknya boleh la di gantikan dengan daun pisang tapi lebih elok guna daun nyirik jak..dan untuk kali ini Rahel hidang kelupis dengan kari Ayam Masak Cili.. jemput la makan kelupis..layannnn..
Kelupis
Sumber:Rahel

Bahan:
1 kg beras pulut,dicuci n rendam selama 3-4  jam kemudian toskan
550ml santan pekat
5 helai daun pandan,simpul
1 sdm garam,boleh ditambah atau secukup rasa
daun ngirik secukupnya untuk membungkus,dibilas bersih,kemudian kering
kan dengan tuala.

Cara:
1.Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.

2.Kukus beras pulut bersama daun pandan hingga 1/2 masak.Angkat dan gaul dengan santan,garam.

3.Kukus kembali sehingga masak sepenuhnya.Angkat dan biarkan suam baru
bungkus dengan daun nyirik.

4.Kukus kembali kelupis selama 1 1/2 jam-2 jam.Siap.

pesan:
sebaiknya gunakan santan segar untuk nasi pulut.
maaflah kerana Rahel nda' siapkan cara2 untuk membungkus nasi pulut tu kerana mo cepat2.

Ayam Masak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
500g ayam,dipotong kecil
10 biji bawang merah*
1/4 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 helai daun bay/daun salam
1 genggam cili api*
7 tangkai cili kering,direndam dan buangkan biji*
1 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji puah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu makan kicap ABC
1 sudu kecil pati ayam serbuk
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
700ml air

Cara:
1.Kisar bahan bertanda hingga benar-benar hancur.
2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar dan bahan yang lain kecuali ayam hingga
   pecah minyak.
3.Masukkan air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan potongan ayam.
4.Kacau perlahan hingga kuah pekat.Angkat dan sedia dihidang bersama Kelupis.


Selamat menikmati Kelupis dan Ayam masak cili.

2 ulasan:

Nuwairani berkata...

belom perna makan lagi kelupis.kalau di kinabatangan, ada bugis, jadi makan buras jak.... lama suda tak makan buras...

rahel berkata...

Bah..nda' siok la tu kalau Nani blm pernah rasa kelupis...len kali try la buat ye...sedap tau..ni tahun Rahel nda' buat buras bab tangan tak sampai...kesukaan Rahel gak tu..