Selasa, 27 September 2011

Kek Span Traditional

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Satu lagi kek kesukaan Rahel ni..teksture yang lembut dan gebu memang ada pada ''Kek Span Tradisional'' ni..rasa lemak pun ada jugak..rasa-rasanya tak boleh makan banyak-banyak bab cepat muak dengan rasa lemaknya..tapi tak taulah kalau korang pulak yang merasa..lain orang lain citarasanya kan..

Walaupun udah banyak kali dibuat tapi baru kali jak serius sikit ambik gambarnya untuk ditayangkan dalam blog masakan.Oh ya..Rahel letak jak sini resepinya ye..mengantuk dah ni..

Chef Alex Goh (dr google)













Kek Span Tradisional
Sumber:Buku Resepi/Alex Goh

Bahan:
4 biji telur
120g gula kastor
1/4 st esen vanila
110g tepung kek/tepung superfine
70g mentega cair/minyak masak

Cara:
1.Pukul telur,gula,esen vanila sehingga kembang.

2.Masukkan tepung dan gaul rata.

3.Masukkan mentega cair/minyak masak.Gaul rata.

4.Tuang ke dlm acuan 8" inci yang digris dasarnya dg marjerin dan dilapik
   dg baking paper.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 170'C.

6.Setelah kek masak,keluarkan dr ketuhar dan terus telangkupkan selama
   5 minit.Kemudian terbalikkan semula.

7.Biarkan kek sejuk sepenuhnya.
Selamat mencuba.

8 ulasan:

E-na Lovely Kitchen berkata...

suka mkn kek sponge, lembut jer...

Rabiatun Adawyah berkata...

sedap sponge cake...sukerrr..

izahdaut berkata...

uishh sedap bunyi nyer tu. nak tengok texture yg dipotong. tapi tak de lak. ehhe..

nuwairani ismail berkata...

hihih...pasnii kak rahel letak yg dipotong pulak. mesti gebu je tu...

rahel berkata...

E-na,betul tu..memang lembut jer..hehe..

rahel berkata...

Izah,bunyi pun sedap..apalg klu mkn..mmm lg sedap dan yang part2 memotong tu takde pulak..dah lupa..hihihi.

rahel berkata...

Rabiatun,sama la kita..suka ngn kek span..sedap.

rahel berkata...

Nuwairani,akak tak letak pulak yg uda kena potong,faham2lah..time tu kesiokan sudah mkn,jd terlepas sudah..