Jumaat, 30 September 2011

Ayam Goreng Dalam Mayonis

Selamat petang semua..semoga sentiasa ceria.Baru ada masa masukkan entri.Siap sudahkah buat kuih untuk minum petang? O ya,hari ni Rahel masak ayam goreng dalam mayonis..resepinya biasa2 saja tp sesuai sangat dengan tekak Rahel.Pada yang tercari-cari resepi ayam yang mudah,bolehlah mencuba resepi ni ya...



AYAM GORENG DALAM MAYONIS
Resepi by:Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
600gm daging ayam~dibersihkan,kemudian potong sesuai selera
3 biji limau kasturi~diambil jusnya
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*gaul bahan2 di atas dan perap 15 minit
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Adunan Tepung:(disatukan)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur~dipukul sedikit menggunakan garpu

Bahan Sauce:(disatukan)
4 sudu makan penuh mayonis
4 sudu makan penuh cili sos
2 sudu makan madu
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2.Celup potongan ayam ke dalam telur,kemudian sadur dengan adunan tepung.
3.Goreng ayam sehingga masak.Setelah ayam masak angkat & toskan.
4.Bahan sauce dipanaskan dalam kuali,kacau sehingga menggelegak 2-3 minit.
5.Masukkan ayam goreng tadi.Kaup balik hingga rata.Sedia dihidang.



Enjoiii...

6 ulasan:

Diana @ Melley Mey berkata...

rahel... terliur tgk ayam goreng mayo tu tau... nampak sgt menyelerakan... sedaapnya tu...

izahdaut berkata...

rasanya pernah juge mencube ayam mayonis ni resepi LOVE .. nanti leh la try resepi rahel lak. tq tq

rahel berkata...

Diana,klu dah terliur tu maknanya mau mintak sikit la kan? hehee..

rahel berkata...

Izah,boleh je di try...dan jgn lupa anto laporan ek...

Ummiakid @ lily berkata...

boleh cuba ni...pasti anak saya suka sebab dia suka mayonis... :)

rahel berkata...

Ummiakid...cuba la...mak budak pun pasti suka...hehehe