Jumaat, 30 September 2011

Ayam Goreng Dalam Mayonis

Selamat petang semua..semoga sentiasa ceria.Baru ada masa masukkan entri.Siap sudahkah buat kuih untuk minum petang? O ya,hari ni Rahel masak ayam goreng dalam mayonis..resepinya biasa2 saja tp sesuai sangat dengan tekak Rahel.Pada yang tercari-cari resepi ayam yang mudah,bolehlah mencuba resepi ni ya...



AYAM GORENG DALAM MAYONIS
Resepi by:Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
600gm daging ayam~dibersihkan,kemudian potong sesuai selera
3 biji limau kasturi~diambil jusnya
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*gaul bahan2 di atas dan perap 15 minit
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Adunan Tepung:(disatukan)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum

1 biji telur~dipukul sedikit menggunakan garpu

Bahan Sauce:(disatukan)
4 sudu makan penuh mayonis
4 sudu makan penuh cili sos
2 sudu makan madu
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2.Celup potongan ayam ke dalam telur,kemudian sadur dengan adunan tepung.
3.Goreng ayam sehingga masak.Setelah ayam masak angkat & toskan.
4.Bahan sauce dipanaskan dalam kuali,kacau sehingga menggelegak 2-3 minit.
5.Masukkan ayam goreng tadi.Kaup balik hingga rata.Sedia dihidang.



Enjoiii...

Putri Ayu

Selamat malam semua...buat apa tuu?..adoii ngantuknya mata ni.Ingatkan ni malam nak rehat awal..tau2nya masih mengintai lagi kat sini.Oklah kawan,entri kali ni rahel nak share resepi putri ayu dan Rahel tau banyak yang punya resepi putri ayu yang best2 lg sedap,tapi takpe la kan...kita tambahkan lagi satu resepinya kat sini.Rahel buat apam ni untuk minum petang tadi,punyalah sedap.



Putri Ayu  kali ni Rahel buat ikut resepi emak jugak,tapi kena ubah sikit kepada putri coklat,sedap rasanya gandingan rasa coklat dan kelapa parut segar yang wangiii.Nak dijadikan cerita..sebenarnya kelapa parut pun dari hasil tangan sendiri..dengan gagahnya beli kelapa 1 biji,sendiri kupas tempurung dan parut kelapa ikut cara orang dulu2 untuk dapatkan rasa yang fresh pada kuih & cara ini memang lebih sesuai tapi penat sikitlah.Ok,takpa punya,yg penting sedap.Bah..jomlah kita tengok2 apa bahan yang perlu diletak dalam adunan putri ayu..

PUTRI AYU

Bahan:
125g kelapa parut putih
1 sdb tepung jagung
*gaul bahan di atas hingga rata.
*tekankan ke dasar acuan putri ayu.

130g tepung gandum}
20g serbuk koko}
1/2 st baking powder},ayakkan bersama
1 st ovalet
2 biji telur B
120g gula kastor
125ml air kelapa
1/2 st esen vanila

Cara:
1.Pukul telur,gula,ovalet hingga kembang selama 7 minit.
2.Masukkan air kelapa berselang seli dengan tepung.
3.Tambahkan esen vanila.Gaul rata.
4.Masukkan adunan ke dalam acuan hingga paras penuh.
5.Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

*Oleskan acuan dengan sedikit minyak agar putri ayu mudah
   dikeluarkan dari acuan.


Enjoiii

Khamis, 29 September 2011

Pancake Coklat

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Pagi-pagi lagi udah bangun siapkan sarapan...kek yang simpel tp sesuai sangat dengan tekak saya ni...cicah ngan ganache jak...emm.


Oh ya,resepinya Rahel buat sesuai dengan yang emak ajarkan waktu masih kecik2 dulu..kata emak anak perempuan mesti belajar masak..tak boleh kata tidak..dan kalau udah besar nanti kena gantikan emak kat dapur pulak..dan inilah hasilnya kerna dengar cakap emak..dah pandai buat pancake sendiri tapi org tua2 taklah panggil pancake..panggil lempeng..hehehe...dan kena cicah dengan susu pekat manis je time tu,tapi kali ni kena cicah ngan madu pulak...memang bestlah...terima kasih Mak..Jomlah layan dulu pancake coklat sodap...


Pancake Coklat

Bahan:
200g tepung kek,guna tpg gandum pun boleh}
10g serbuk koko}
1/2 sdb serbuk penaik},ayakkan
30g gula kastor
210ml susu cair/air
30g marjerin,dicairkan
100g putih telur (4 biji putih telur B)
1/2 st garam

Cara:
1.Masukkan susu cair dan marjerin cair ke dalam bahan yang di
   ayak tadi sedikit2 sambil digaul rata.Ketepikan.
2.Pukul putih telur & garam selama 1 minit,tambahkan gula sedikit
   demi sedikit sambil dipukul lagi selama 4 minit.
3.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi.Gaul
   rata.
4.Panaskan kuali leper anti lekat.Tuangkan 4 sdb adunan ke dlm
   kuali.Biarkan hingga masak kemudian terbalikkan utk masak
   bahagian sebelah lg.Biar sekejap hingga masak.Angkat.
5.Buat seperti ini sehingga semua adunan habis di pakai.
6.Hidang bersama ganache @ madu atau sos pilihan memasing.

*Kuali tak perlu disapu minyak/marjerin,ketika hendak memasak
  pancake.

Ganache
1 cawan dark coklat cincang
1 1/2 cawan UHTwhipping cream

Panaskan UHT whipping cream sehingga naik wap.
Tuang ke dalam serpihan coklat.Kacau hingga coklat larut.
Tuang atas pancake coklat.

Enjoi.

Vanila Swiss Roll

Selamat bertemu kembali,kali ni nak share satu resepi kek yang mudah,terasa terpanggil pulak untuk mencuba,memandangkan udah ramai rakan2 FB yang bertanya mengenai kek gulung ni & ini je yang baru Rahel buat untuk kudap2an...resepinya paling mudah & bahan2 pun tak banyak..rasa pun sedap sangat..oklah kawan2..jika berminat ngan vanila kek ni boleh jenguk resepi di bawah sana.




Vanila Swiss Roll

Bahan:
4 biji telur
75g gula kastor
1 st ovalet
60g tepung superfine/tepung kek}
1/2 st baking powder},ayakkan
10g susu tepung
1/2 st esen vanila
75g mentega,dicairkan

Cara:
1.Pukul telur,gula dan ovalet sehingga kembang.
2.Tambahkan tepung superfine dan susu tepung sambil diayak
   & digaul rata.Masukkan esen vanila.Gaul rata.
3.Masukkan mentega cair sedikit2 sambil digaul perlahan hingga rata.
4.Tuang ke dalam loyang 26x26x3cm yang telah digris dan dilapik dg
   kertas pembakar.
5.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C.
6.Biarkan sejuk baru beri krim dan gulung kemas.

Bahan Inti:
125g krim keju
40g gula kastor

Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kastor sehingga berkrim dan lembut.
2.Sapukan pada permukaan kek,kemudian gulung dengan kemas.




Enjoiii...

Selasa, 27 September 2011

Kek Span Traditional

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Satu lagi kek kesukaan Rahel ni..teksture yang lembut dan gebu memang ada pada ''Kek Span Tradisional'' ni..rasa lemak pun ada jugak..rasa-rasanya tak boleh makan banyak-banyak bab cepat muak dengan rasa lemaknya..tapi tak taulah kalau korang pulak yang merasa..lain orang lain citarasanya kan..





Walaupun udah banyak kali dibuat tapi baru kali jak serius sikit ambik gambarnya untuk ditayangkan dalam blog masakan.Oh ya..Rahel letak jak sini resepinya ye..mengantuk dah ni..





Kek Span Tradisional
Sumber:Buku Resepi/Alex Goh

Bahan:
4 biji telur
120g gula kastor
1/4 st esen vanila
110g tepung kek/tepung superfine
70g mentega cair/minyak masak

Cara:

1.Pukul telur,gula,esen vanila sehingga kembang.

2.Masukkan tepung dan gaul rata.

3.Masukkan mentega cair/minyak masak.Gaul rata.

4.Tuang ke dlm acuan 8" inci yang digris dasarnya dg marjerin dan dilapik dg baking paper.

5.Bakar selama 45 minit pada suhu 170'C.

6.Setelah kek masak,keluarkan dr ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit.Kemudian terbalikkan semula.

7.Biarkan kek sejuk sepenuhnya.


Selamat mencuba.

Ahad, 25 September 2011

Roti Gulung Serunding Ayam

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali,semoga kawan2 semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Petang ni masuk dapur lg tengok-tengok kalau ada yang boleh dibuat untuk hidangan minum petang.Oh ya,nak crita bab meroti ni..sebenarnya Rahel bukannya pandai pun,tapi kena cuba nasib gak,lagi pun Rahel dah ada beli buku resepi Kompilasi Hidangan Roti ..so bolehlah cuba kan? Kesian buku resepi tu,asyik tidor je...


Untuk doh roti ni..Rahel guna resepi asas roti span,kalau ada yang sudah memiliki buku tu..boleh tengok kembali ye..untuk pembetulan jika ada yang tersilap cakap di sini,dan resepi ni boleh dipelbagaikan ikut kreativiti memasing dan untuk kali ni Rahel buat pulak cara gulung dan salut dengan serunding ayam dan susu pekat manis,rasanya memang berbeza..sedap.Oklah..pada kawan-kawan yang belum sempat beli buku resepinya tu saya sertakan resepinya di sini untuk jadi rujukan nanti...

ROTI GULUNG SERUNDING AYAM
(Asas Roti Span)
Resepi:Kompilasi Hidangan Roti

Bahan A:
500g tepung roti
190ml air
80g gula kastor
1 sdm yis kering

Bahan B:
400g tepung roti
120g gula kastor
2 sdm susu tepung
1 st garam halus
1 st bread improver
1 st yis kering
3-4 sdm air
2 biji telur

Bahan C:
30g lemak sayur (shortening)

Bahan D:
1 biji telur
1/2 st susu pekat manis
sedikit pewarna kuning telur

Cara membuat:

1.Campurkan bahan A ke dalam mesin pengadun.Pukul selama 3 minit hingga doh menjadi lembut.

2.Masukkan doh ke dalam mangkuk,tutup dengan tuala lembab atau plastik yang dilenser sedikit marjerin.Biarkan doh naik 2x ganda selama 1-2 jam.

3.Kemudian masukkan bahan B ke dalam mesin pengadun.Putar seketika kemudian masukkan bahan C dan doh A tadi.Putar lg dengan kelajuan sederhana sehingga doh kenyal dan elastik.

4.Tutup dengan plastik dan letak di tempat hangat.Biarkan doh mengembang 2x ganda.

5.Timbang setiap bagian doh seberat 40g.Susun di dalam dulang yang dilenser minyak sayur.Biarkan ia mengembang.

6.Gliskan bebola doh ini dengan bahan D.Bakar pada suhu 190'C atau hingga kekuningan.Sejukkan.

*sebelum membakar,ketuhar hendaklah dipanaskan pada suhu yg sesuai  selama 15 minit.

*tambah 2-3 sdm air lagi jika doh terlalu kering.

*saya tidak menggunakan cara no.5 kerana doh saya canai nipis kemudian letak di atas dulang pembakar.

*setelah roti masak,biarkan sejuk baru sapu dengan susu pekat manis dan taburkan serunding ayam di permukaan roti,kemudian gulunglah roti dan potong.


Enjoiii.

Khamis, 22 September 2011

Salad Nasi

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Berkenan betul dengan salad nasi ni dan pertama kali buat,memang sesuai bagi yang mengamalkan diet,boleh simpan resepi ni untuk jadi rujukan nanti.




Sesekali tu teringin jugak menerai resepi kawan masak-masak.Salad nasi yang satu ni Rahel ambil resepinya dari buku resepi,1 petang memikirkan pasal hidangan untuk makan malam punya akhirnya memilih untuk mencuba salad nasi..apakah rasanya? Mungkin ada yang sudah beli buku resepi yang memuatkan banyak resepi nasi tu,termasuklah resepi salad nasi ni dan terima kasih banyak2 kepada tuan punya resepi yaitu Sa'adiah Mohamad,semoga makin bertambah rezekinya...oklah kawan2,ni aja resepinya.

SALAD NASI 
Resepi:Sa'adiah Mohamad

Bahan:
250g nasi putih
200g ikan tuna dalam tin~i guna ikan tenggiri grill
1 biji cili benggala merah,kuning & hijau,dipotong kiub (sy sapu cili dg garam dan sedikit minyak kemudian grill)
1 sdm jus lemon
3 sudu makan olive oil (takda dlm resepi asal)
20g daun pasrli
sedikit serbuk lada sulah~i skip
garam secukup rasa
hirisan timun & tomato~i skip

Cara:
1.Gaulkan semua bahan hingga rata.(sy tambahkan 3 sudu makan olive oil)

2.Hidangkan dengan timun dan tomato. (tak letak pun)




Enjoiii..

Isnin, 19 September 2011

Pandan Cheesecake

Selamat malam semua..korang tengah buat ape tu? ada k yang lepak kat blog gue ni? hehehe..saja tanya korang..kalau ada..bagus jugak..sekurang-kurangnya ada teman lepak sambil nak letak entry tertangguh ni,sebenarnya kek ni dah kena buat semalam tapi baru berkesempatan pulak malam ni nak kongsi-kongsi resepinya..apa macam..ok tak kek ni? sebenarnya..ni gue buat setengah adunan je dari resepi asal..korang kena fahamlah..gue sorang je yang perabih..jadi tak boleh nak nak habiskan kalau buat betul2 ikut sukatan dalam resepi asal..so oklah..kita teruskan pulak tengok-tengok gambar dan resepi sambil scroll ke bawah...


Ini dia resepinya..harap korang suka ek..tapi memang sedap tau pandan cheesecake ni..tak rugi mencuba,tapi memang puas hati dengan hasilnya..gue pun suka sangat..dan semestinya akan dibuat lagi suatu hari nanti..so layan dulu resepinya...jeng..jeng..jengggg..

Pandan Cheesecake
Sumber:Buku resepi/Kevin Chai


Bahan Base:
160g biskut digestive,dihancurkan
80g mentega cair

Bahan Lapisan Keju:
450g cream cheese
100g gula kaster
3 biji telur
150ml santan
60g jus pandan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen pandan

Topping:
60g keju cheddar parut

Cara:
1.Untuk base,gaul semua bahan hingga rata,kemudian mampatkan ke dalam loyang
   bulat 7''.
2.Untuk Lapisan Keju,pukul cream cheese and gula sehingga lembut.Tambahkan
   telur satu persatu sambil pukul rata setiap kali menambah telur.
3.Tuangkan santan,jus pandan,tepung jagung dan esen pandan,gaul sebati.Tuang ke
   dalam tin yang berisi biskut tadi.
4.Bakar dlam ketuhar selama 40 minit pada suhu 170'C.Keluarkan kek dari ketuhar
   dan taburkan keju cheddar paru di permukaan atas. biarkan sejuk sepenuhnya baru
   simpan dalam peti sejuk untuk didinginkan. 

Jumaat, 9 September 2011

Kuih Makmur

Salamat bertemu kembali di blog masakan Rahel..semoga sahabat semua sentiasa sihat dan ceria selalu bersama orang yang disayangi.Ini dia kuih makmur yang sangat sedap dan cair di mulut..sebenarnya kuih ni dah siap berapa hari yang lalu tapi tak ada masa lagi mo tayang time tu sebab lagi sebok banget,nah kebetulan ni hari Rahel ada senang so hantarla laporannya...jom layan..
Sebelumnya Rahel mohon maaf kerana nda' dapat bagi sukatan bahan-bahan yang digunakan untuk buat kuih makmur ni.Kuih makmur ni adalah hasil air tangan ibu mertua jadi time tu nda' sempat mo sukat bab mak mertua main campak2 jak bahan2 tu,inilah cara orang tua buat kuih kan..hehehe..tapi rasanya memang sedap betul dan sangat lembut...nda' muak kita makan...oklah kawan2 next time Rahel bagi sukatannya ya...


Kuih Makmur
Sumber:Rahel

Bahan:
minyak sapi
kacang tanah,sangai dan kisar halus
kuning telur
susu tepung
tepung gandum,sangai dan ayak

gula aising untuk salut kuih makmur

Cara:
1.Satukan semua bahan dan uli rata sehingga boleh dibentuk.
2.Buat bulat2 kecil dan susun dalam dulang pembakar.
3.Bakar kuih makmur selama 20-25 minit pada suhu 140'C.
4.Setelah masak,keluarkan dari oven dan salut dengan aising.

Selamat mencuba.

Khamis, 8 September 2011

Kelupis

Sudah berapa hari berlalu disiapkan and makan kuih kelupis ni tapi baru hari ni ada masa mo letak resepinya.Kuih kelupis ni memang hidangan wajip orang Sabah di hari raya..boleh dihidang bersama kari ayam/daging,rendang,sambal dan banyak lagi la lauk yang sesuai dengannya..tapi ada satu yang mungkin susah didapati di lain2 negeri yaitu daun "nyirik" untuk bungkus nasi pulut,klu di Sabah memang banyak daun "nyirik" dijual dipasar..tapi agaknya boleh la di gantikan dengan daun pisang tapi lebih elok guna daun nyirik jak..dan untuk kali ini Rahel hidang kelupis dengan kari Ayam Masak Cili.. jemput la makan kelupis..layannnn..
Kelupis
Sumber:Rahel

Bahan:
1 kg beras pulut,dicuci n rendam selama 3-4  jam kemudian toskan
550ml santan pekat
5 helai daun pandan,simpul
1 sdm garam,boleh ditambah atau secukup rasa
daun ngirik secukupnya untuk membungkus,dibilas bersih,kemudian kering
kan dengan tuala.

Cara:
1.Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.

2.Kukus beras pulut bersama daun pandan hingga 1/2 masak.Angkat dan gaul dengan santan,garam.

3.Kukus kembali sehingga masak sepenuhnya.Angkat dan biarkan suam baru
bungkus dengan daun nyirik.

4.Kukus kembali kelupis selama 1 1/2 jam-2 jam.Siap.

pesan:
sebaiknya gunakan santan segar untuk nasi pulut.
maaflah kerana Rahel nda' siapkan cara2 untuk membungkus nasi pulut tu kerana mo cepat2.

Ayam Masak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
500g ayam,dipotong kecil
10 biji bawang merah*
1/4 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
3 biji buah keras*
1 helai daun bay/daun salam
1 genggam cili api*
7 tangkai cili kering,direndam dan buangkan biji*
1 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji puah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam serbuk
2 sudu makan kicap ABC
1 sudu kecil pati ayam serbuk
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
700ml air

Cara:
1.Kisar bahan bertanda hingga benar-benar hancur.
2.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar dan bahan yang lain kecuali ayam hingga
   pecah minyak.
3.Masukkan air,biarkan mendidih.Kemudian masukkan potongan ayam.
4.Kacau perlahan hingga kuah pekat.Angkat dan sedia dihidang bersama Kelupis.


Selamat menikmati Kelupis dan Ayam masak cili.