Rabu, 3 Ogos 2011

Stew Ayam Ubi Keledek

Selamat bertemu kembali di blog masakan Rahel..semoga teman2 semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Petang ni saya ada masak sikit lauk utk makan malam punya,menunya ringkas tapi sangat sedap...saya letak resepinya di sini untuk jadi rujukan saya nantinya klu kepingin lagi makan stew ayam yang ada ubi keledek....hehehe...silahkan dicuba yah..skali cuba mesti mo lagi dan lagi.

 

 
 

Stew Ayam Ubi Keledek
Diolah oleh:Rahel


Bahan:
150g isi ayam cincang
350g ayam,bersihkan dan potong
500g ubi keledek,dikupas dan potong dadu
2 batang serai,dikisar*
5 biji cili padi,dikisar*
3 ulas bawang putih,dikisar*
3 biji bawang merah,dikisar*
1 labu bawang besar,hiris kasar
1/2 sdm biji ketumbar,sangai dan tumbuk halus*
1/2 sdk ladaputih biji,ditumbuk halus*
2 kuntum bunga lawang*
1 batang klit ayu manis*
3 kuntum bunga cengkih*
1 inci halia,dikisar*
1 sdm serbuk cili*
1/2 sdm serbuk kunyit*
1 keping asam keping
1 inci belacan,dikisar*
1500ml air
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Panaskan sikit minyak dan tumis bahan bertanda hingga pecah minyak.
2.Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.Masukkan ayam,ubi keledek,
   asam keping,bawang besar.Biarkan mendidih,kemudian kecilkan api.
   Renihkan selama 40 minit.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Angkat.



Selamat menikmati Stew Ayam Ubi Keledek.

Tiada ulasan: