Rabu, 3 Ogos 2011

Kuah Kacang Pistachio



Bahan:
150g kacang pistachio,dikisar kasar
50g serai,dititik
150g bawang merah,dikisar
20g cili kering,dikisar
250g gula melaka
125ml minyak masak
500g air
100g asam jawa
35g stok ayam
20g garam

Cara:
1.Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar hingga pecah minyaknya.
2.Kemudian masukkan kacang kisar dan gaul sebati.
3.Masukkan 250ml air dan biarkan kuahnya mendidih.Apabila mendidih,masukkan serai,
   gula melaka,& lebihan air.Kacau rata & biarkan mendidih.
4.Perasakan dg asam jawa,garam serta stok ayam secukupnya.
5.Apabila kuahnya mendidih & pekat,angkat & hidangkan.

Tiada ulasan: