Selasa, 2 Ogos 2011

Chicken Puff

Selamat malam semua..tengah buat ape? Adoii..mata udah mengantuk sangat tapi masi lagi duk  kat sini..nak letak entry yang  tertangguh lagi...patut petang tadi dah letak,tp tuan tanah sebok sikit,kali  ni Rahel try pulak resepi  puff dari buku resepi ''puff pastry'' memang  elok je kejadiannya...tapi ada gak bahan2 yng Rahel tak de,so buatlah dengan apa yang ada dalam simpanan..

Bercakap  pasal doh pastry ni memang kena buat awal2 so boleh letak dalam peti sejuk sebelum diguna,senang kerja dan jimat time..tapi perlu hati-hati sangat time mencanai doh sbab mengandungi marjerin pastry,senang meleleh bila cuaca panas,kira berpeluh jugak la time nak cantekkan doh pastry..tapi kena sabarla baru bole dapat hasilnya yang memuaskan.Oklah,jom kita tengok pulak resepinya...




CHICKEN PUFF
Sumber:Buku resepi PUFF PASTRY


Bahan:

Inti:
1 sdm marjerin
1 bwg besar,dicincang
50g tepung gandum
500ml susu cair
1 bahagian dada ayam (direbus masak,potong dadu kecil)
1 st garam
1/2 st serbuk lada putih
1 st serbuk pala
2 sdm gula pasir
100g kacang peas
1 batang seledri,hiris halus
100g keju cheddar parut (tak letak)

Bahan sapuan:
1 biji telur

Bahan taburan:
keju cheddar parut secukupnya (tak letak)

Cara:
1.Sediakan loyang nipis yg sudah disapu marjerin.Panaskan ketuhar
   dg suhu 200.C

2.Inti:panaskan marjerin.Tumis bwg besar hingga wangi.Masukkan
   tepung gandum,gaul rata.Masukkan susu cair,masak hingga menjadi
   bubur.Masukkan potongan ayam,garam,serbuk lada putih,serbuk
   pala,gula,gaul rata.Masak hingga pekat.Tambahkan kacang pea,
   seledri & keju parut,gaul rata,angkat.

3.Nipiskan aduan hingga 0.5cm,bentuk menjadi segi empat dg panjang
   8cm.Letakkan 1 sdm inti di tengahnya,lipat menjadi bentuk segitiga,
   lekatkan dg telur bahagian tepi pastry.Diamkan selama 30 minit,sapu
   dg telur.Taburkan dg keju cheddar parut( tak letak).

4.Bakar selama 35 pada suhu 180'C hingga warna keperangan dan masak,
   angkat dan hidang hangat.

  
Selamat mencuba..

Tiada ulasan: