Selasa, 9 Ogos 2011

Biskut Tiramisu/Lady Finger


Bahan:
4 biji kuning telur
30g gula kastor
3 biji putih telur
80g gula kastor
125g tepung kek

Cara:
1.Pukul kuning telur bersama 30g gula di dalam mangkuk adunan sehingga kembang
   selama 8-10 minit.Ketepikan.
2.Di dalam mangkuk yg lain,pukul putih telur bersama 80g gula sehingga kembang &
   menjadi meringue selama 15 minit.
3.Selepas itu,satukan adunan kuning telur bersama putih telur tadi.Kacau perlahan-
   lahan sambil masukkan tepung kek.Kacau sebati.
4.Masukkan adunan tadi ke dalambag piping dan paipkan adunan tadi sepanjang 10cm
   & sebesar jari kelengkeng.
5.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 10-15 minit.Sejukkan.
  

Tiada ulasan: