Selasa, 2 Ogos 2011

Adunan Puff Pastry Pyhllo

Bahan:
500g tepung gandum protein tinggi
1 biji telur
1/2 st garam
200ml air
50g marjerin

Lemak Lipat:
200g lemak lipat/korsvet

Cara:
1.Campur tepung gandum,telur,garam,air.Gaul rata.Masukkan marjerin,
   kacau & lumatkan hingga kenyal.Angkat.Rehatkan selama 15 minit.

2.Nipiskan adunan hingga setebal 1 cm dan bentuk menjadi segi empat
   panjang.

3.Beri tanda pada ketiga bahagian adunan.Hias hirisan lemak lipat pada
   2/3 adunan.Satu pertiga adunan yg tidak terkena lemak dilipat ke arah
   yg berlemak & tutup dg bagian yg berlemak sehingga adunan saling
   menutupi.Ini disebut lipatan satu-tiga.

4.Simpan adunan dlm peti sejuk,diamkan selama 10 minit.
   Kemudian keluarkan dan canai menjadi lipatan satu-tiga kembali,dan
   rehatkan selama 10 minit.Lakukan hal ini hingga tiga kali.

5.Setelah 3x dilipat,nipiskan kembali adunan & lipat menjadi lipatan
   satu-dua.Ertinya,setelah dinipiskan,lipat adunan menjadi satu.Diam-
   kan selama 30 minit atau gulung.

6.Setelah 30 minit rehat,adunan siap untuk dibentuk.Pipihkan adunan
   terlebih dahulu dan potong menurut selera.

Tiada ulasan: