Sabtu, 27 Ogos 2011

Kek Pisang Karamel

Selamat petang kepada sahabat Rahel yang setia melawat blog Rahel.Semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu,sudah siap buat kuihkah? Hari ni Rahel buat kek pisang yang ada puding karamelnya...nampak macam sedap sangat ni...lepas dinner nanti baru kena hidang kek pisang karamel ni..kasi posing dulu dalam blog..saja mo kasi berliur-liur kamu orang....sorry ek...kalau mo merasa kek pisang karamel  ni senang sahaja buatnya.





Kek Pisang Karamel
Sumber:Sedap


Bahan Karamel:
2 1/2 sdb gula pasir
2 1/2 sdb air panas

Cara:
1.Hanguskan gula pasir hingga perang.Masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau hingga gula larut.
Angkat dan tuang ke dalam loyang 7".Ketepikan.

Bahan Puding:
100g pisang ranum di blender dengan 200ml susu cair.
3 biji telur
1/4 st garam
40g gula pasir
1 st serbuk ky manis
1 st esen vanila
1 sdb tepung jagung

Cara:

1.Pukul telur & garam sebentar.Tambahkan gula pasir,pisang blend,serbuk ky manis,esen vanila,tepung jagung.Kacau perlahan hingga rata.

2.Kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi.Ketepikan.

Kek Pisang:
4 biji telur B
100g gula kastor
1 st emulsifier
100g tepung superfine}
1 st serbuk kayu manis},ayakkan
100ml susu cair
100g pisang,potong kecil-kecil

Cara:

1.Pukul telur,gula,emulsifier sehingga kembang dan kental selama 8-10 minit.

2.Masukkan tepung superfine berselang-seli dengan susu cair.Tambahkan esen vanila dan kacau rata.

3.Ambil 3 sdb adunan dan gaul dg potongan2 pisang.Ketepikan.

4.Tuangkan adonan no.2 ke dalam loyang yang berisi karamel tadi (adunan ini akan terapung di atas permukaan adunan puding tadi).

5.Kemudian masukkan campuran pisang tadi dan ratakan.

6.Bakar secara steam-bake pada suhu 170'C selama 1 jam guna api atas dan bawah.Setelah masak,keluarkan dr oven & biarkan sejuk.Kemudian lorekkan tepinya dengan pisau plastik.Telangkupkan ke pinggan.Siap untuk hidang.

Pesan:
Isikan dulang pembakar dengan air sehingga 3/4 penuh.Kemudian masukkan ke dlm ketuhar & letak di rak paling bawah.
Kemudian panaskan ketuhar pd suhu 170'C selama 15 minit.
Letakkan loyang yg berisi adunan kek pisang karamel tadi ke dalam dulang pembakar yg berisi air.
Kemudian bakarlah kek selama 1 jam.



Enjoi.

Rabu, 24 Ogos 2011

Ikan Susu Panggang

Selamat malam kepada sahabat Rahel yang setia bertamu ke blog masakan Rahel...Malam ni Rahel mo hantar laporan lagi...ikan susu yang terpanggang dalam ketuhar..sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah kalau lagi malas mo bakar guna barah api.Yang panggang dlm ketuhar lagi bagus...terhindar dari asap dan habuk,tak payah penat-penat berkipas depan barah api..terhidu asap jak banyak...dan yang ni tetap ok rasanya...dan pasti semua pun suka sangat...jom panggang ikan


 
Ikan Susu Panggang
Sumber:Rahel


Bahan:
1 ekor ikan susu

Bahan perap:
1 sk garam
1 sk serbuk jintan manis
1 1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk kunyit
3 sdb minyak masak

Cara:
1.Bersihkan ikan,kemudian belahkan ikan macam dalam gambar di atas.
Lumur seluruh permukaan ikan dengan bahan perap.Biarkan selama 30 minit.

2.Alas dulang pembakar dengan kertas foil/kertas pembakar.Sapu dengan sedikit marjerin.
Letak ikan dalam dulang yang telah digris tadi.

3.Panaskan ketuhar 160'C selama 15 minit.
Panggang ikan selama 1 jam pada suhu 160'C.
Hidang bersama lada limau.
Siap untuk hidang.


Selamat menikmati hidangan Ikan Susu Panggang

Selasa, 23 Ogos 2011

Almond London

Selamat bertemu kembali di blog masakan Rahel...semoga sahabat-sahabat Rahel semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Sebenarnya tangan sudah lenguh ni buat biskut sorang-sorang tapi kena tengok blog jugak untuk hantar laporan..nasib baik line internet ok jak..biasanya meragam jak dan menggeramkan.Oklah kawan-kawan,Rahel letak dulu resepi n gambar biskut almond london yang udah siap ni...apa macam,cantikkah?.


Almond London
Sumber:Rasa


Bahan Doh Biskut:
250g mentega
100g gula aising,ayakkan
350g tepung biskut}
100g tepung gandum}
1/2 st soda bikarbonat},ayakkan
2 kuning telur
1 st esen vanila
300g badam untuk inti,bakar  selama 15 minit pada suhu 140'.

Cara:
1.Pukul mentega bersama gula aising selama 5 minit.

2.Masukkan kuning telur,esen vanila dan pukul lagi selama 2 minit.

3.Masukkan tepung,putar perlahan selama 1 minit untuk membentuk doh.

4.Ambil sedikit doh (8g),intikan dengan kacang badam.Buat bentuk lonjong.

5.Susun biskut dalam dulang pembakar yang dilapik dengan baking paper.
Panaskan ketuhar 140'C selama 10 minit.Bakar biskut selama 30 minit.
Setelah masak,biarkan sejuk baru salut dengan coklat cair.

Hiasan Atas:
500g coklat masakan
100g badam nib,panggang sekejap dalam oven.

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.Perlahankan api.

2.Potong2 coklat masakan & letak dalam mangkuk tahan panas.Cairkan secara double-boiler.

3.Celupkan biskut tadi ke dalam coklat cair,kemudian masukkan ke dalam kertas cawan.
Hias atasnya dengan sedikit badam nib.
Biarkan sejuk/keras baru simpan dalam bekas kedap udara.


Ahad, 21 Ogos 2011

Udang Goreng Bersos Oren

Selamat tengah hari semua..dah siap buat hidangan untuk lunch? Untuk hidangan tengah hari Rahel buat udang goreng bersos oren jer..ni salah satu hidangan yang paling Rahel suka..sedap udang goreng ni dicicah dengan sos oren,kalau letak cili tumbuk dalam sos oren pun memang sedap..dan lebih mantap rasanya.

Oklah kawan-kawan..tak mau cerita banyak lagi..baek pegi makan udang goreng kenyang perut.Kali ni kita guna jer bahan-bahan yg ada dalam resepi kat bawah tu..silahkan ditengok-tengok ek..mana tau berkenan di hati..


Udang Goreng Bersos Oren
Resepi:Rahel

Bahan:
300g udang basah,buang kulit dan ususnya
1/2 cawan tepung jagung
1/4 st serbuk penaik
1 biji putih telur
30ml air sejuk dr peti sejuk
1/4 st garam
3 sdb tepung jagung utk gaul bersama udang

Sos Oren,(disatukan dan gaul rata):
5 sudu besar jus sunquick
1/2 sudu makan gula pasir
2 sudu kecil tepung jagung,bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air
Cara:
1.Satukan udang dengan garam,3 sdb tepung jagung.Ketepikan.

2.Pukul putih telur hingga berbuih dan kembang.Masukkan serbuk
penaik,tepung jagung,air sejuk.Kacau rata untuk dijadikan bater.

3.Panaskan minyak dalam kuali.Celupkan udang yg bersalut tepung tadi ke
dalam bater.Goreng dg api sedang hingga kekuningan.Angkat.Toskan.
Kemudian susun dalam pinggan.

4.Untuk Sauce:Panaskan bahan sauce dgn api perlahan hingga mendidih
dan benar-benar pekat.Tuang ke atas udang goreng tadi.Siap dihidang.



selamat menjamu selera...

Ayam Tandoori

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali,kawan2 semua apa khabar? sihat? Kali Rahel nak share lagi satu resepi ayam tandoori yang paling sedap dan senang nak dapat bahan2nya.Lepas ni,bolehlah merasa ayam tandoori buatan sendiri kan..


Ayam Tandoori
Resepi:Sajian Sedap


Bahan:
3 ketul (415g) peha ayam bahagian isi,buangkan kulitnya
1/2 st garam
1 st air perahan lemon
minyak untuk sapuan


Bahan Kisar:
2 st serbuk bawang putih
1/2 st serbuk halia
1/4 st serbuk cengkih
1/4 st serbuk pala
1 st serbuk ketumbar
1/4 st jintan
1/4 st biji halba
1/4 st bunga pala
1 st serbuk lada hitam
1/4 st serbuk buah pelaga
2 st serbuk paprika
6 titik pewarna merah tua
50ml yoghurt

Bahan pelengkap:
1 labu bawang besar,hiris bulat
1 biji lemon,hiris bulat

Cara:
1.Lumurkan ayam dengan bahan kisar,garam,dan perahan lemon.
Cucuk2kan dengan garfu.Simpan dan perapkan selama 1 jam
di dalam peti sejuk.

2.Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas alum
inium yang telah disapu minyak.

3.Bakar selama 35 minit dengan suhu ketuhar 180'C sambil dibalik
balikkan dan disapu dengan minyak sehingga masak.

4.Hidangkan bersama pelengkapnya.


Selamat menikmati Ayam Tandoori

Sabtu, 20 Ogos 2011

Puding Pisang Karamel

Hmmm selamat menjamu mata...sedapnya puding pisang ni..



Puding Pisang Karamel
Sumber:Internet


Bahan Karamel:
1 1/2 sdb gula pasir
2 sdb air panas

Bahan Puding:
3 biji telur gred A
100g pisang ranum
200ml susu cair
30g gula pasir
1/2 st serbuk kayu manis
1/4 st garam
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung kastard/tepung jagung
1/2 st esen vanila

Cara masak karamel:
1.Hanguskan gula pasir dlm loyang,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sehingga gula larut.Ketepikan.

Cara membuat puding:
1.Blend pisang bersama susu cair.

2.Pukul sikit telur dan garam.Masukkan gula pasir,pisang blend,serbuk ky manis,esen vanila & tepung.Kacau perlahan hingga gula larut.Tapiskan ke dalam loyang yg berisi karamel tadi. 

3.Bakar secara steam-bake dalam ketuhar pada suhu 160'C selama 1 jam.
Setelah masak,biarkan sejuk kemudian lorekkan tepinya dg spatula & telangkupkan ke pinggan.Siap untuk dinikmati.

Pesan:
*isikan air dalam dulang pembakar hingga 80%,masukkan dalam ketuhar (letak di rak bawah).Kemudian panaskan ketuhar pd suhu 160'C selama 15 minit & masukkan loyang yg berisi adunan puding karamel di dalam dulang yg berisi air tadi,kemudian bakarlah puding.


Enjoiii...

Tat Coklat Nenas

Selamat bertemu kembali di blog masakan Rahel...semoga kawan-kawan semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Hmm hari ni dapat siapkan lagi satu biskut/tat yang sedap untuk kudapan.Bercerita pasal tat coklat nenas ni...memang jadi kesukaan saya dan harus dibuat time menyambut perayaan..selalunya buat tat nenas gulung yang biasa jak tapi kali ni buat kelainan sikit,yaitu letak emulco coklat...biar jadi kecoklatan gitu...yah jadilah tat coklat nenas.




Tat Coklat Nenas
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
60g mentega
190g marjerin
30g gula halus
1 biji kuning telur
1 st serbuk vanila
350g tepung gandum,ayak
50g tepung jagung
1 st emulco coklat

inti nenas secukupnya
kuning telur secukupnya,untuk sapu

Cara:
1.Pukul mentega,marjerin dan gula sehingga rata.
2.Masukkan telur,emulco coklat dan serbuk vanila.Putar rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.Uli rata hingga menjadi doh.
4.Masukkan adunan tat ke dalam acuan nestar dan pamkan adunan.
5.Letakkan jem nenas di atas/ujung adunan dan gulungkan.
6.Susun di atas dulang pembakar yg dilapik baking paper.Sapukan sedikit kuning telur ke permukaan tat nenas.
7.Panaskan 0ven 150"C.Bakar tat nanas selama 25-30 minit atau sehingga masak (tergantung oven masing-masing).

Rabu, 17 Ogos 2011

Kuih Siput

Selamat bertemu kembali di blog masakan Rahel...semoga kawan-kawan semua sentiasa sihat dan ceria selalu bersama orang yang disayang.Hari ni mo share lagi satu resepi cemilan yang enak & lemak rasanya..kuih siput yang tengah glamour buat masa ini.Tak lupa juga mo berterima kasih kepada rakan fb Mesra Selera kerana sudi berkongsi resipi kuih siput yang sedap ni...saya suka banget...dan saya letak resepinya di sini untuk jadi rujukan saya & juga sahabat2 yang sudi melawat blog masakan saya.Bercakap pasal kuih siput yang satu ni memang lemak rasanya dan rangup..tak rugi mencubanya.




Kuih Siput
Sumber:Mesra Selera,Fb


Bahan:
600g tepung gandum
220g marjerin,dicairkan
6++ tangkai daun kari utk campur dlm miyak goreng masa menggoreng
2 tangkai daun kari,kisar
2 sdb serbuk kari
15g jintan halus,kisar
15g jintan kasar,kisar
15g udang,goreng,kisar
2 ulas bawang putih,kisar
1 biji telur
150ml++ air
garam secukup rasa (1 sk)

Cara:
1.Marjerin yang dicairkan hendaklah betul-betul disejukkan.

2.Gaul tepung bersama serbuk kari,marjerin cair.Ketepikan.

3.i.kisar jintan halus,jintan kasar bersama daun kari
ii.kisar udang goreng dan bawang putih

4.Dalam satu bekas,campur rata bahan i&ii.Gaul rata bersama garam.

5.Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan minyak,gaul rata.

6.Masukkan telur ke dalam adunan & sebatikan (sambil tu cuitlah sikit tepung untuk test skali lagi sama ada doh cukup masin ke belum).

7.Masukkan air sedikit-sedikit dan uli sampai betul-betul sebati,jangan tuang air terus.Kalau dah tak melekat tandanya ok la tu.

8.Gentel kuih siput sampai habis.

9.Goreng siput step by step & semasa goreng lurutkan daun kari ke dalam minyak.

Pesan:
saya guna air 160ml untuk doh
saya guna 240g marjerin




Enjoiii....

Isnin, 15 Ogos 2011

Bihun Soto Ayam

Salam manis dan selamat bersiaran di tengah hari.Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat k? Kali ni  kita hidang bihun soto ayam pulak..sedap dihirup kuahnya panas-panas..tambah sambal cili yang kaw-kaw lagi la power...jom singgah skejap..layan bihun soto ayam..zazzzz...


Bihun Soto Ayam
Sumber:Rahel


Bahan:
400g bihun,dicelur
500g ayam bahagian dada
4 liter air
1 sk serbuk pala
1 1/2 sdm serbuk ketumbar
1 1/2 sdm serbuk jintan putih
1 sdm serbuk jintan manis
1 st serbuk lada putih

3 biji bawang merah,mayang halus
1 rempah sup bunjut

Rempah tumis:
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
100ml minyak untuk menumis

Bahan kisar:
3 batang serai,ambil yg putih saja
5 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
3 inci halia

Bahan Sampingan:
daun sup secukupnya
bawang putih goreng secukupnya
bergedil kentang
sambal kicap cili padi
isi ayam siat-siat
telur rebus
limau kasturi

Cara membuat kuah soto:
1.Panaskan minyak dlm periuk.Tumis bawang merah yg dimayang tadi hingga layu.Masukkan rempah tumis dan bahan kisar.Kacau hingga naik bau & garing.

2.Masukkan serbuk ketumbar,jintan putih & jintan manis,lada putih,serbuk pala.Kacau hingga rata.

3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian masukkan ayam,rempah sup bunjut & garam.Kacau skali-skala dan biarkan hingga mendidih selama 25 minit.

4.Keluarkan ayam yang telah empuk.Goreng sekejap dlm minyak panas barulah disiat-siat.
(Jika perlu tapis kuah ayam tadi)

Sambal kicap cili padi:
21 biji cili padi
2 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sdm kicap manis ABC
1 sdm perahan limau kasturi
5 sdm air panas
sedikit garam

Cara:
1.Goreng bawang putih,cili padi & cili merah sehingga meletup.Angkat dan toskan.Tumbuk hingga halus.

2.Masukkan perahan limau,kicap,air,garam.Gaul rata.

Cara Menghidang Bihun Soto Ayam:
1.Letak bihun dlm mangkuk,kemudian beri ayam,daun sup,bwg goreng,telur rebus,bergedil,sambal cili dan kuah soto ayam.


Bergedil Kentang

Bahan:
500g kentang,dikupas,potong & goreng hingga perang,lenyek hingga halus
1 sdm bawang goreng,tumbuk halus
3 tangkai daun sup,hiris halus
1 biji telur gred A,pisahkan kuning & putihnya

Bahan dihaluskan:
3 ulas bawang putih
1/2 st lada putih biji
1/2 sk garam

Cara:
1.Campur bahan halus dan kuning telur,kacau rata.

2.Campur kentang halus,daun sup,bawang goreng halus.Masukkan bahan yg dihaluskan,kacau rata.

3.Ambil adunan 1 sdm,bulatkan lalu leperkan.Celup ke dalam putih telur & goreng sehingga kecoklatan.

Selamat menikmati Bihun Soto Ayam.

Rabu, 10 Ogos 2011

Apam Durian

Selamat pagi kepada semua teman2 yang setia melawat blog masakan Rahel.Semoga senantiasa sihat,ceria dan bahagia bersama orang yang disayang.Pagi ni mo share lagi satu resepi apam yang enak banget...harum baunya...kebetulan my abang ada dapat buah durian dari kawan2 jadi pagi ni tertunai sudah hasrat mo merasa apam durian...jadi jom la tengok2 di bawah apa2 yang perlu disiapkan kalau mo buat adunan apam durian yang sedap,lembut,gebu,mekar..


Apam Durian
Sumber:Internet

Bahan:
120g isi durian,lenyek halus
2 biji telur gred A
2 st ovalet
160g gula pasir
200g tepung gandum
100ml air minuman bersoda
sedikit pewarna kuning

Cara:

1.Putar telur,ovalet,gula pasir sehingga kembang/kaku (jika mangkuk diterbalikkan adunan tidak terjatuh).

2.Masukkan isi durian,air bersoda.Putar lagi selama 1 minit hingga rata.

3.Masukkan tepung dan putar lagi 1 minit hingga rata.Warnakan adunan.

4.Sudukan ke dlm acuan lompang/mufin yg dialas dg kertas cawan (isi penuh).

5.Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.

*panaskan air kukusan hingga mendidih baru kukus apam.


Selamat mencuba.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Crunchy Oat Delight

Sedap biskut oat delight ni cuma makan masa sikitlah nak buat,kesabaran perlu ada.Nampak banyak yang minat juga biskut yang satu ni,jadi kita boleh buat juga untuk jualan biskut raya,confirm laris.Yang mana tengah mencari resepi yang sesuai untuk berjualan bolehlah cuba resepi ini.


Crunchy Oat Delight
Sumber:Home-made Biscuits/Zubaidah Bt Chepa

Bahan A:
120g mentega
1 sdb shortening
80g gula kaster
1/2 st kopi emulco
1/4 st soda bikarbonat

Bahan B:
30g oats-bakar & kisar
30g kokocrunch-kisar halus

Bahan C:
130g tepung gandum
30g tepung jagung
1 sdb tepung beras

Hiasan:
coklat masakan
papercup
putih telur
oats


Cara:
1.Sebatikan bahan A.
2.Masukkan pula bahan B & C dan uli sebati sehingga menjadi doh.
3.Ambil sedikit adunan & bulat2kan bentuk lonjong.Buat hingga habis.
4.Celupkan ke dlm putih telur dan golek ke dlm oats.
5.Panaskan ketuhar.Bakar pada suhu 140'C selama 30 minit atau sampai masak.
6.Setelah biskut sejuk,celupkan hujung biskut ke dlm coklat yg dicairkan dan masukkan biskut
   dalam papercup.


Selamat mencuba.

Khamis, 4 Ogos 2011

Chocolate Strawberry Twill

Sejak terbeli buku resepi aneka biskut memang tak senang duduk selagi tak mencuba resepi-resepi yang menarik dalam buku tersebut.Walaupun belum mahir sangat membuat biskut yang satu ni tapi daku mencuba nasib juga dan hasilnya memang berbaloi.Sedap sangat.Harap kamupun sudi mencuba resepi ini.Bolehlah tambah koleksi biskut raya nanti.

 
 
 
Chocolate Strawberry Twill

Bahan A:
180g mentega
90g gula aising
1 st coklat emulco
1 biji kuning telur

Bahan B:
20g tepung jagung
20g serbuk koko
20g tepung susu
200g tepung gandum

Hiasan:
kepingan badam,cincang
coklat strawberi secukupnya
2 putih telur

Cara:
1.Putar bahan A hingga sebati,masukkan semua bahan B dan gaul sebati.
2.Ambil sedikit adunan dan bulat2kan setiap satu 10g.Buat hingga habis.
3.Celup ke dalam putih telur dan golekkan dalam badam cincang.Susun biskut di
   dalam dulang pembakar.
4.Bakar selama 25 minit pada suhu 150'C.
5.Biarkan sejuk,hiaskan dg coklat strawberi.

Selasa, 2 Ogos 2011

Kari Puff

Selamat petang kepada semua..apa khabarnya hari ni? semoga sihat semua.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi kari puff yang berlapis-lapis pastrynya dan rapuh..sedap sangat dan sesuai dihidang untuk minum petang..



Jom tinjau-tinjau dulu kat bawah tu...pastikan ada bahan-bahannya dlm simpanan sebelum memulakan kerja-kerja kat dapur..

Kari Puff
Sumber:Buku Resepi

Bahan:
pastry pyhllo ,1 resepi adunan puff pastry utk kari puff

Bahan inti:
1 sdm marjerin
1 biji bawang besar,cincang kasar
150g daging lembu cincang
50g rempah kari
3 sdm tepung gandum
200ml santan pekat
1/2 st garam
1/2 st serbuk lada putih
1 st gula pasir
2 biji kentang sederhana,kukus,potong dadu
1 batang lobak merah,potong dadu
100g kacang pea
1 batang seledri,dihiris

Sapuan:
1 biji telur

Cara:
1.Sediakan loyang nipis,sapu dg marjerin.Panaskan ketuhar dg suhu
   180'C.
2.Inti:panaskan marjerin.Tumis bwg besar hingga layu,masukkan daging
   cincang,masak hingga berubah warna.Masukkan rempah kari,gaul rata.
   Masukkan tpg gandum,gaul rata.Masukkan santan,garam,serbuk lada
   putih,dan gula pasir,masak hingga pekat.Masukkan kentang,lobak me-
   rah,kacang peas,dan seledri.Masak hingga sayuran empuk.Angkat.
3.Nipiskan adunan hingga setebal 0.5cm.Potong adunan menjadi segi
   empat dengan ukuran tepi 10cm.Isi dg 1 sdm intinya,lipat dua,lekatkan
   dg telur,diamkan selama 30 minit.Sapu dg telur.
4.Bakar selama 20 minit hingga masak keperangan,angkat.
5.Hidangkan panas-panas.

Isnin, 1 Ogos 2011

Bun Kismis

Salam sejahtera kepada sahabat Rahel yang setia bertamu ke blog masakan Rahel semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu..hari ni nda'  ada masak lauk-pauk just buat bun kismis untuk isi kampung tengah😁 Mo cerita sikit pasal bun kismis ni sebenarnya saya mo buat pau kukus tapi nda' sempat buatkan inti so tukar chanel la kepada bun kismis yg dikukus gitew.


Kalau korang mahu tahu,bun kismis ni sedap,lembut dan gebu,sesuai sangat la jadi hidangan utk berbuka puasa dan yang paling penting bahan-bahannya pun tidak banyak buatnya pun mudah sangat tapi kan time menguli doh tu terasa lenguh sikit di lengan dan bahu tapi tidak sia2 berpenat sebab hasilnya enak banget.


Bun Kismis
Sumber:Buku Resepi


Bahan A:
250g tepung pau
60g gula kastor
2 st yis
2 st serbuk penaik
1/2 st bread improver

BahanB:
130g air+1/4 st pewarna hijau
25g lemak sayuran

30g kismis,cincang

Cara:

1.Gaul bahan A sehingga sebati.

2.Masukkan air sedikit2 hingga menjadi doh.

3.Akhir sekali,masukkan lemak sayuran dan uli sehingga elastik selama 20 minit (doh tidak melekat pada tangan).


4.Rehatkan doh selama 30 minit (tutup doh).Setelah kembang,tekan2 doh guna hujung jari untuk keluarkan udara.

5.Masukkan kismis dan gaul rata.Kemudian bentuk bulat (50g setiap satu) & letak di atas kertas.Buat hingga habis.Biarkan lagi kembang selama 30 minit.(tutup bun kismis).

6.Kukus selama 10 minit.Siap untuk dihidang.

*panaskan air dlm pengukus hingga mendidih sebelum kukus bun kismis.

*balut tudung periuk ketika mengukus bun kismis agar bun tidak terkena percikan wap.

*bun kismis boleh di simpan dalam peti sejuk,jika suka (kukus 5 minit & biarkan sejuk baru simpan dlm peti sejuk.jika hendak digunakan,keluarkan dan terus kukus selama 7-8 minit.


Terima kasih sudi singgah😍