Khamis, 7 Julai 2011

Sambal Tumis Ayam Bersama Chili Hijau

Salam sejahtera dan selamat bersiaran kembali.Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan yang sihat dan ceria bersama insan yang kita sayang.



Sambal Tumis Ayam Bersama Cili Hijau
Sumber:Rahel

Bahan:
600g ayam,bersihkan & potong
100g cili hijau*
80g bawang merah*
2 kuntum bunga lawang
1 keping asam keping
1 sudu kecil pati ayam maggi
garam & gula secukup rasa

Cara:
1.Blender bahan bertanda* sehingga halus.
2.Panaskan minyak.Tumis bhn blender hingga garing.
3.Masukkan air & biarkan mendidih.Kemudian masukkan potongan ayam
   dan biarkan merenih hingga masak.Tambahkan bahan perasa.Kacau sebentar.Angkat.

*masak ayam sehingga kuah tinggal sedikit*
*kacau sekali-sekala ayam ketika sedang merenih*

Selamat menjamu selera.

Tiada ulasan: