Sabtu, 16 Julai 2011

Mufin Pisang

Selamat pagi kepada semua teman2 yang masuk blog Rahel pagi ni.Pagi ni saya buat sikit mufin pisang utk sarapan.Mufin ni tdk seberapa lembap sebab sy letak sikit minyak ja,jd klu mau mufin yg lembap tambahkan lagi minyak dlm adunan tu.Apa2 pun mufin ni boleh di bakar dan juga boleh dikukus selama 20 minit.Terpulanglah mo pilih cara yang mana satu..


Mufin Pisang
Resepi:Rahel


Bahan:
150g tepung gandum*
150g gula pasir
1 biji telur gred A,pukul sedikit
1 stsoda bikarbonat*
1/4 st baking powder*
60ml susu sejat
2 sdb minyak
180g pisang ranum,lecek halus
1/2 st esen pisang

Cara:
1.Panaskan oven 170'c.Siapkan acuan muffin dan alas dg papercup.
2.Ayakkan bhn bertanda* kemudian satukan semua bahan dlm mangkuk &
   gaul rata hingga sebati.
3.Sudukan ke dlm acuan 3/4 penuh.Hias dg potongan pisang & oats jika suka.
4.Bakar selama 20 minit.

Tiada ulasan: