Jumaat, 29 Julai 2011

Kek Mousse Kopi

Selamat bersiaran kembali..apa khabar  semua? harap sihat  selalu.Kali ni Rahel nak share pulak hasil percubaan buat kek mousse resepi Chef Noraini..memang sedap sangat rasanya..lembut membelai  lidah..nyaman je lalu  kat anak tekak..


Selalunya beli di kedai jak tapi hari ni lain cerita la sebab saya yang buat keknya...boleh la saya makan dg sepuas-puasnya haa..kalau ada yang mau tumpang sekaki..silahkan proses sendiri ye sebab nda' cukup ni hihihi.. sedap2...




Kek Mousse Kopi
Resepi:Chef Noraini


Bahan Kek Span:
120g gula kastor
10g ovalet
4 biji telur gred A
130g tepung kek/tepung superfine
1 st serbuk penaik
40g air
60g minyak masak/mentega cair

Cara:
1.Griskan acuan bulat 9".Lapis dg kertas serap minyak.Panaskan oven
   pada suhu 180,c.
2.Ayak tepung kek bersama serbuk penaik.
3.Satukan gula kastor,ovalet,telur & bahan A ke dlm mangkuk pengadun.
   Pukul dg kelajuan
   perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga
   kembang selama 5 minit.
4.Perlahankan kelajuan & tuangkan air,esen vanila.Pukul lg dg kelajuan
   tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
5.Masukkan minyak/mentega cair.Kacau sebati.Tuang ke dlm acuan,bakar
   selama 45 minit.
6.Setelah masak,telangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit,terba-
   likkan semula dan lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan kek.Biarkan
   ia sejuk.Hiris kek span pd 2 lapisan yg sama tebal.
7.Letakkan 1 keping dlm acuan springform 9".Tuangkan 1/2 adunan mousse
   kopi di atasnya.
   Tutup dg satu lapisan kek & tuangkan lebihan mousse di atasnya.
8.Sejukkan kek selama 5 jam dlm peti sejuk.
9.Setelah keras,keluarkan dr acuan dan hiaskan.

Bahan Mousse Kopi:
250g krim putar (non-dairy whipping cream)
70g susu segar
50g gula kastor
50g air
10g gelatin halal
3 biji kuning telur
1 st serbuk nescafe
1 st emulco kopi

Cara:
1.Gelatin dan air dicairkan secara double-boiler.Ketepikan.
2.Susu segar,telur kuning,gula kastor,serbuk nescafe,emulco kopi disatu-
   kan dlm periuk.
   Kacau atas api yg sederhana hingga cair.Masukkan gelatin tadi &
   kacau sebati hingga hampir mendidih.Angkat dan sejukkan.
3.Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu.Gaulkan ke dlm adunan
   kopi tadi hingga sebati.Siap untuk di tuang ke atas kek span tadi.


 

Tiada ulasan: