Selasa, 5 Julai 2011

Fried Chicken in Chili Sauce

Salam ceria selalu.Hari ni masak salah satu lauk kesukaan kita.Rasanya ramai yang suka menu ini.Selalunya kalau pegi restoran makan memang suka pesan ayam masam manis,kadang tukar selera juga kepada udang or ikan  masam manis.Kali ini kita cuba pula resepi Chef Chay Foo dan memang tak rugi mencuba.Sedap sangat.





Fried Chicken In Chili Sauce @ Sweet and Sour Chicken

Sumber:My Secret Recipes Series
Resepi by : Chef Chay Foo Kiong

Bahan:
2 bahagian paha ayam,potong kecil2
Sedikit garam
Sedikit gula
1 sudu besar tepung ubikayu
Mix bahan di atas dan perap 15 minit

3-4 sudu makan tepung ubikayu

Bahan pelengkap:
Sedikit bawang besar dipotong
Sedikit timun dipotong kecil
Sedikit capsicum merah dan kuning dipotong kecil


Sauce:
200ml air
35g sos tomato
30g sos cili
40g gula pasir
35g sos plum
2g garam
20g cuka beras~i guna cuka apel


Cara membuat ayam sos masam manis:

1.Satukan semua bahan sos dalam periuk.Masak sehingga pekat lebih kurang 15 minit.Tutup api dan ketepikan.

2.Panaskan minyak secukupnya.Golekkan satu2 ayam perap tadi ke dalam tepung ubikayu.Goreng hingga masak.Angkat dan toskan.

3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang besar,timun,capsicum hingga layu.Angkat.

4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Masukkan sos asam manis,masukkan bancuhan tepung jagung.Tetuskan masak sehingga benar2 berbuih dan pekat.

5.Masukkan ayam goreng tadi bersama bahan tumis no.3,kacau hingga tercampur.Hidangkn dengan taburan bijan jika suka.


Terima kasih sudi singgah selalu.

1 ulasan:

H O N E Y berkata...

Sedapnya, nanti nak try la