Selasa, 5 Julai 2011

Donut Sausage

Selamat datang ke blog Rahel...petang ni saya buat donut sausage untuk minum petang...gebu2 semuanya...donut ni akan sentiasa lembut dan gebu walaupun disimpan semalaman di bawah tudung saji.





Donut Sausage
Sumber:Buku Resepi


Bahan:(16pcs)

1 sdb yis
170ml air
*satukan bahan di atas,kacau hingga larut*

Bahan Kulit:
300g tepung gandum
60g gula pasir,kisar halus
2 kuning telur
20g shortening
1 st double-action baking powder

Untuk inti:
8 biji sosej,dipotong dua




Cara:

1.Satukan bahan kulit dalam mangkuk,gaul rata.Masukkan bancuhan yis perlahan-lahan sambil digaul rata,jika masi kering tambah sikit air.

2.Uli doh selama 10 minit.Rehatkan doh selama 20 minit.Kemudian tekan2 doh untuk keluarkan angin.Bahagi doh kpd 34g setiap satu.

3.Ambil doh dan roll memanjang sebesar ibu jari (pilihan),kemudian ambil 1 batang sosej dan lilitkan doh tadi.Susun dalam tray yang sudah ditaburi tepung.Buat sehingga selesai.

4.Biarkan donut mengembang selama 10 minit.
    
5.Goreng donut sosej sehingga keperangan.Angkat dan toskan.







Enjoiiii.

Tiada ulasan: