Isnin, 4 Julai 2011

Chocolate Muffin

Selamat bersiaran kembali..ada k yang rindu Rahel? hehe..harap-harap semua sentiasa sihat dan ceria selalu ek...hari  ni saja lepak  skejap kat blog sambil tu nak letak hasil kerja-kerja yang belum dikemaskini...oklah,jom kita tengok kat bawah tu..


Chocolate Muffin
Resepi:Rahel

Bahan:
125g tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar chocolate rice
75g gula kastor
secubit garam
75ml minyak masak/mentega cair
75ml susu segar/susu cair
1 biji telur gred B,pukul ringan selama 1 minit

keju cheddar parut untuk topping

Cara:
1.Satukan susu cair,minyak,telur,gula dan garam di dalam mangkuk,gaul sebati.
2.Ayakkan bahan bertanda* ke dalam adunan no.1,kaup balikkan.
3.Masukkan chocolate rice,kaup balikkan,jangan terlebih gaul nanti muffin keras.
4.Sudukan ke dalam acuan muffin yang dilapik papercup sehingga 3/4 penuh.
   Tabur parutan keju di atasnya.
5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 25 minit.



Selamat mencuba.

Tiada ulasan: