Isnin, 1 Ogos 2011

Bun Kismis

Salam sejahtera kepada sahabat Rahel yang setia bertamu ke blog masakan Rahel semoga semuanya sentiasa sihat dan ceria selalu..hari ni nda'  ada masak lauk-pauk just buat bun kismis untuk isi kampung tengah..hahaha.Mo cerita sikit pasal bun kismis ni...sebenarnya saya mo buat pau kukus tapi nda' sempat buatkan inti so tukar chanel la kepada bun kismis yg dikukus..hehehe...

Kalau mo tau,bun kismis ni sedap,lembut dan gebu,sesuai sangat la jadi hidangan utk berbuka puasa...dann yang paling penting bahan2nya pun tidak banyak buatnya pun mudah sangat tapi kan time menguli doh tu jari2 sangat comot..faham2lah dohnya terlalu melekit pas tu kena uli pulak sampai elastik selama 20 minit...hihihi..lenguhnya lengan dan bahu tapi nda' sia2 berpenat sebab hasilnya enak banget...



Bun Kismis
Sumber:Buku Resepi


Bahan A:
250g tepung pau
60g gula kastor
2 st yis
2 st serbuk penaik
1/2 st bread improver

BahanB:
130g air+1/4 st pewarna hijau
25g lemak sayuran

30g kismis,cincang

Cara:
1.Gaul bahan A sehingga sebati.
2.Masukkan air sedikit2 hingga menjadi doh.
3.Akhir sekali,masukkan lemak sayuran dan uli sehingga elastik selama 20 minit
   (doh tidak melekat pada tangan).
4.Rehatkan doh selama 30 minit (tutup doh).Setelah kembang,tekan2 doh guna
   hujung jari untuk keluarkan udara.
5.Masukkan kismis dan gaul rata.Kemudian bentuk bulat (50g setiap satu) & letak
   di atas kertas cawan yang dileperkan.Buat hingga habis.Biarkan lagi kembang
   selama 30 minit.(tutup bun kismis).
6.Kukus selama 10 minit.Siap untuk dihidang.

*panaskan air dlm pengukus hingga mendidih sebelum kukus bun kismis.
*balut tudung periuk ketika mengukus bun kismis agar bun tidak terkena
  percikan wap.
*bun kismis boleh di simpan dalam peti sejuk,jika suka (kukus 5 minit &
  biarkan sejuk baru simpan dlm peti sejuk.jika hendak digunakan,keluarkan
  dan terus kukus selama 7-8 minit.


Selamat menikmati Bun Kismis..

Tiada ulasan: