Isnin, 4 Julai 2011

Apam Ice-cream

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali.Semoga kawan2 semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Lepak dalam blog sambil cerita pasal apam ice-cream yang tengah hot di pasaran ni hehe macam biasa la kan..tengok kat kawan masak2 semuanya mcm dah buat apam ice-cream ni..Rahel je yg ketinggalan kereta...pertama kali buat apam ice-cream terus menjadik,memang puas hati betul..sedap rupanya apam ni...tak muak kita makan..dan sangat sesuai untuk hidangan sarapan dan juga minum petang.


Oklah kawan-kawan..dah banyak cakap ni..sekejap lagi nak keluar...resepi apam letak kat sini je ek...silahkan di tengok2.

Apam Ice-cream
Sumber:Zubaidah Che'pa


Bahan:
250g gula kaster
1 sdb ovalet
3 biji telur B
300g tepung naik sendiri
1 st serbuk penaik
200ml air ice-cream soda
sedikit pewarna (pilihan)

Bahan hiasan:
125g krimwell
75g gula aising,ayak

Cara:
1.Pukul krimwell dan gula aising sehingga berkrim dan kembang
   selama 10-15 minit.
2.Masukkan ke dalam bag piping.Paipkan krim ke atas permukaan
   apam.

Cara:
1.Pukul gula,ovalet,telur sehingga kembang dan pekat.
2.Ayak tepung dan serbuk penaik ke dlm adunan telur
   dan kaup balikkan adunan sehingga rata.
3.Masukkan  air ice-cream soda dan kacau sebati.
4.Masukkan pewarna dan gaul rata.
5.Sudukan ke dlm paper cup hingga 3/4 penuh.
6.Kukus selama 15 minit dengan api sedang.

Tiada ulasan: