Jumaat, 3 Jun 2011

Steamed Butter Cake

Selamat sejahtera buat semua...pa khabar? harap semua sihat,setiap kali masuk blog mesti ada saja yang nak diceritakan untuk di kongsi bersama & semestinya cerita tentang masakan yang sedap-sedap kan?hmm ni ada lagi satu resepi kek yang kena kukus...pada sesiapa yang belum ada masa nak beli oven bolehlah tengok2 bahan untuk buat kek kukus ni.




 
Oklah kawan-kawan,macam biasa..sebelum keluar jalan-jalan..Rahel dah siapkan resepinya kat bawah tu..bolehlah kawan-kawan cuba nanti.

Steamed Butter Cake
Resepi by:Zubaidah Che Pa


Bahan:
4 biji telur
125g gula kaster
220g mentega
190g tepung superfine
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar ovalet



Cara:
1.Pukul telur,gula dan ovalet sehingga kembang dan pekat.
2.Ayak tepung ke dalam adunan telur dan sebatikan adunan.
3.Di bekas yang lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
4.Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan
   digaul rata.
5.Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam.


**Panaskan air dalam periuk pengukus terlebih dahulu**


Enjoiii...

5 ulasan:

Ummu Amisya berkata...

Bahan2 mudah dpt, caranya pun senang tp hasilnya sungguh menarik...

rahel berkata...

thank Ummu Amisya kerana sudi singgah n tinggalkan jejak,skarang awak kena isi gak blog awak dengan resepi masakan ek...hehehe..Rahel yang no.1 follow blog u..

Shuhaida Kabdy berkata...

simple ja bahan2 nye mudah la kan..yg slice dia tu rahel x ape..coklat?saiz loyang berapa ye..

Shuhaida Kabdy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
rahel berkata...

Shuhaida,guna loyang saiz 7"