Jumaat, 1 Julai 2011

Pucuk Ubi & Terong

Selamat tengah hari semua..dah siap masak-masak k? Rahel jeling kat blog list kan main lagi..banyaknya hidangan yang menggiurkan..letih mata Rahel..bengang dah..nak tengok mana satu..macam nak terjah semua,tapi line tenet tak seberapa oklah kat sini..lembap sangat macam siput..k siput yg lajuu..hehehe..


Hari ni Rahel masak lauk ala2 kampung gitu..kalau selalu masak dan makan benda yang sama setiap hari memang ada rasa jemu jugak,so hari ni menu ala2 masakan orang dulu2 ler..tapi yang ni memang menyelerakan..hingga nasi kat pinggan pun pandai bertambah..hohoho...



Oklah kawan-kawan,menu pucuk ubi & terung yang ala kampong ni didatangkan dengan resepinya..so bolehlah cuba ek...jom kita layan dulu.

Pucuk Ubi & Terong
Resepi:Rahel


Bahan:
1 ikat pucuk ubi (300g),diramas dan bilas.
200 buah terung ungu panjang,potong,goreng
5 biji cili padi*
1/2 inci halia*
3 biji bawang merah,hiris*
3 biji bawang putih,hiris*
2 buah keras*
2 sudu makan ikan bilis kering,cuci bersih*
1/2 sk serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
sedikit garam
1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk gula
600ml air

Cara:
1.Kisar bahan bertanda hingga halus dg sedikit air.
2.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.Tumis bhn kisar,kunyit hingga garing.
3.Masukkan pucuk ubi,serbuk cili dan 600ml air.Biarkan merenih hingga
   lembut (senantiasa dikacau).Perasakan dg garam,gula,serbuk pt ayam.
4.Masukkan terong yg sdh digoreng tadi.Kacau sedikit hingga rata.Angkat.


selamat menjamu selera

Tiada ulasan: