Isnin, 13 Jun 2011

Nasi Kari

Hari ni saya masak nasi kari ikut citarasa saya sendiri...kalau setiap hari asyik hidang nasi putih je tentu ada rasa jemu ...jadi klu nak rasa yg berbeza tu..kena pandai pelbagaikan hidangan...biar berselera gitu..
Nasi Kari
Sumber:Rahel


Bahan:
2 cawan beras (pilihan),dicuci bersih & toskan
santan cair secukupnya utk masak nasi,dipanaskan.
1 sudu makan rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih,hiris*
3 biji bawang merah,hiris*
1 inci halia muda,hiris*
2 sdm marjerin

Cara:
1.Panaskan kuali,masukkan marjerin.Tumis bahan bertanda* hingga naik bau.
2.Masukkan lagi bg lawang,bg cengkih,kulit ky manis,buah pelaga.Kacau.
3.Masukkan beras,rempah kari,garam,serbuk kunyit.Kacau sebentar.
4.Alihkan ke dalam ricecooker dan masukkan santan hangat.Masak seperti biasa.
Selamat menikmati.

Tiada ulasan: