Jumaat, 3 Jun 2011

Nasi Goreng Carrot

Selamat  tengah  hari pada  kawan-kawan  semua,semoga  tetap sihat  dan ceria.Hari ni rasa boring banget...dari tadi lagi terfikir mo masak apa,rasanya kepingin masak yang goreng2 jak untuk hidangan tengah hari...


Bahan-bahan untuk masak-masak sebetulnya ada semua,tapi tu la klu wabak "M" mula  melanda...semua serba  tak kena..malas  masak ini masak  itu.Oklah kawan-kawan..tengok jak hasilnya dlm gambar ni,masi lagi menggiurkan walaupun menu simple jak,rasa pun sedap jugak & suka sangat...haa klu ada yg mo ikut jejak saya..tengok-tengoklah resepinya di bawah sana tu yee...jom layan sekejap..


Nasi Goreng Carrot
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi putih
1/2 cawan sayur campur,dicelur*
2 batang lobak sederhana besar,disagat,celur ke dalam air mendidih
30g ikan bilis halus,digoreng garing
5 biji cili padi,mayang halus*
1 biji telur
1 st serbuk cili
1/2 st serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1/4 bawang besar,dipotong dadu
sedikit garam

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang hingga layu.
2.Masukkan cili padi,lobak dan bahan bertanda*.Tumis sekejap.
3.Masukkan telur,kacau sedikit.Masukkan lagi nasi,jintan,serbuk cili &
   garam.Kacau hingga masak.siap.

Tiada ulasan: