Jumaat, 1 Julai 2011

Carrot Tumis bersama Ayam Goreng

Selamat bertemu kembali,apa khabar semua? dah siap masak-masak k tu? hehe.Saja Rahel tanya korang semua..bab awal lagi Rahel dah siapkan semua hidangan untuk lunch  ni,tapi hidangannnya tersangatlah simple & mudah banget disediakan..iye la tu..Rahel tau hidangan yang korang masak tu memang sedap2 belaka...

ayam
Carrot Tumis Bersama Ayam Goreng
Resepi:Rahel

 Bahan:
400g daging ayam bahagian paha,potong
3 inci carrot,dipotong kecil
5 helai daun bawang,potong
1 inci halia,cincang
3 ulas bawang putih,cincang
1/2 biji bawang besar,cincang
1 sdb tepung jagung,bancuh dg sedikit air
300ml air


Bahan perap:
1/2 biji telur
1 sdb tepung jagung
1 sdb sos soya cair
1/2 sk lada sulah

Bahan perasa:
1/2 st minyak bijan
1/2 st lada sulah
1/2 st gula
1/2 st garam
1 sdb sos tiram
1 st sos soya cair
1/2 st sos soya pekat

Cara:
1.Satukan potongan ayam bersama bhn perap.Biarkan 5 minit.
2.Goreng bahan no.1 dlm minyak panas sehingga perang guna api perlahan.
   Angkat dan toskan.
3.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.Tumis bwg putih,halia,
   hingga terbit aroma.
4.Masukkan air dan bahan perasa.Biarkan mendidih.Masukkan carrot,
   bwg besar.
   Kemudian masukkan bancuhan tpg jagung.Kacau sedikit.
5.Masukkan ayam goreng,daun bawang dan kacau sebentar hingga sebati.
   Angkat.Hidang.

Tiada ulasan: