Rabu, 22 Jun 2011

Baked Chicken Curry Rice

Selamat pagi kepada sahabat yg masuk ke blog Rahel pagi ini.Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu.Pagi ni saya buat baked chicken curry rice untuk sarapan...selalunya makan macam ni kat kedai je tapi pagi ni hati tergerak ingin mencuba resepi ni...hmmm hasilnya memuaskan..enak..

Baked Chicken Curry Rice
Sumber:Rahel


Bahan:
200g ayam bahagian dada,bersihkan potong kecil
1 batang sosej,potong nipis
1/4 bawang besar
1/2 carrot,potong dadu
1 mangkuk nasi putih
3 biji cili padi,cincang
1/2 cawan parutan keju mozzarella
1 biji telur,pukul sedikit

Perasa:
2 sk serbuk kari daging
1 sdm sos tiram
garam
1/2 sk lada sulah

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.Tumis bawang dan carrot hingga wangi.
2.Masukkan potongan ayam,cili,sosej dan kacau sebentar.Masukkan telur
   dan kacau sebentar. Tambahkan nasi putih dan perasa kacau rata.
   Pindahkan ke mangkuk tahan panas.
3.Bubuh parutan keju di atasnya.
4.Bakar selama 15 minit pd 160c hingga warna keemasan.

Tiada ulasan: