Selasa, 7 Jun 2011

Badak Berendam

Salam manis kepada semua dan selamat petang.Apa khabar korang hari ni? dah siap buat kuih kegemaran? Petang ni gue buat manisan yang simple-simple aje..badak berendam namanya..hem macam-macam je nama kuih skarang kan..tapi kan gue suka banget dengan dengan manisan ni bab ada kuah lemak-lemak gitu..wangi dari daun pandan pun ada..so tak jemu la menghirup kuahnya sambil makan bebola yang berinti..sedap la..


Badak Berendam
Sumber:Rahel


Bahan:
125g tepung pulut
100ml air
*gaul bahan di atas sehingga menjadi doh,bahagi kepada 2 bahagian,masing2 diberi
  pewarna hijau dan merah jambu.Bentuk bulat kecil.
sedikit garam
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan,disimpul

pewarna hijau
pewarna merah jambu

Cara:
1.Ambil doh yg sudah dibulat2kan tadi dan leperkan.Beri inti.Buat seperti ini sehingga
   habis.
2.Panaskan santan,daun pandan,garam dalam periuk kecil sambil dikacau hingga mendidih.
   Masukkan bebola yg diintikan tadi.Biarkan sehingga masak (bebola akan terapung bila
   sudah masak).


Bahan inti:
120g gula melaka
100g kelapa parut putih
30ml air

Cara:
1.Masak gula merah dengan air sehingga larut.Angkat.Tapis.
2.Satukan gula merah dg kelapa parut.Masak kembali sehingga sebati.
   Siap untuk dijadikan inti.

Selamat menikmati Badak Berendam.

Tiada ulasan: