Ahad, 26 Jun 2011

Ayam Masak Sambal Cili Udang

Salam manis kepada semua pengunjung setia dapur Rahel Blogspot.Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama insan yang di cintai.Hari ni Rahel masak lauk yang spesial sikit...ayam disambal bersama udang kering..coba korang bayangkan...sedap kan?...apa2 pun kena cuba dulu baru tau seperti apa rasa ayam masak sambal cili udang....




Ayam Masak Sambal Cili Udang
Sumber:Rahel


Bahan:
400g daging ayam bahagian paha,potong menjadi berapa bahagian
5 lembar daun bawang,potong

Bahan perap:
1/2 sudu besar sos soya cair
1/2 biji telur
2 sudu besar tepung ubi kayu

Bahan sambal udang:
2 sudu makan penuh udang kering,cuci bersih
2 cili merah,buang biji
5 cili padi
3 ulas bawang putih,hiris
3 biji bawang merah,hiris
1/2 inci halia,hiris
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos soya cair

Cara:
1.Satukan potongan ayam dengan bahan perap.Ketepikan 10 minit.
2.Goreng bahan no.1 dalam minyak panas dg api yg perlahan hingga masak.
   Angkat.Toskan.
3.Blender bahan sambal udang hingga halus.Panaskan sedikit minyak dalam-
   kuali.Tumis bahan blender tadi hingga wangi.
4.Masukkan ayam goreng dan kacau sebentar.Tambahkan potongan daun
   bawang.Kacau rata.Angkat dan hidang.




Selamat mencuba.

2 ulasan:

nuwairani ismail berkata...

wah! org sabah pon pandai simpan cili padi ar..sy paling suka kalau ayam masak sambal..

rahel berkata...

yeah...paling sedap klu ada cili padi..menyelerakan..hehehe..kesukaan saya klu pedas...