Jumaat, 10 Jun 2011

Apam 0ren



Apam Oren
Sumber:Sajian Sedap,Indonesia


Bahan:
125g tepung gandum,ayak*
3/4 st serbuk penaik,ayak*
1/2 st ovalet
90g gula pasir
1 biji telur L
1 buah oren,buang kulit,biji dan urat
1 tin minuman bersoda oren
1 st esen vanilla
sedikit pewarna oren

Cara:
1.Panaskan pengukus dan siapkan acuan apam.Blender isi oren bersama
   minuman bersoda dan ambil 100ml saja untuk digunakan.
2.Pukul telur,gula,ovalet sehingga gebu dan kaku selama 7 minit.
3.Masukkan esen vanila,bahan bertanda*,jus oren sedikit2 secara ber-
   selang-seli sambil digaul rata.
4.Beri sedikit pewarna oren.Gaul rata.Sudukan ke dalam acuan dan kukus
   selama 15 minit dengan api sederhana kuat.

2 ulasan:

izahdaut berkata...

comelnya apam oren...

rahel berkata...

Izah...tq sudi singgah ke sini...memang comel apam oren ni...klu kite mkn wajahpun nampak comel...hehe..