Rabu, 29 Jun 2011

Pastel Panggang

Selamat pagi kepada semua sahabat yg  singgah ke sini pagi ni.Sudah siap sarapankah atau belum? Kalau belum jom join Rahel bersarapan bersama pastel panggang dan secangkir teh o,kuih untuk  sarapan pagi ni Rahel intai2 kat dapur masakan yg banyak menu yg sedap-sedap..bila Rahel terpandang resepi pastel ni terus tertarik untuk mencuba,syukurlah hasilnya tersangat la sedap..pastry yg lembut walaupun nampak keras..tapi bila  digigit..wallaaa...rapuhnya..dan semestinya  sesuai sangat untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang..


Oklah,sebelum Rahel cau..resepinya diletak dulu di sini untuk jadi rujukan nanti,tapi kali ni Rahel guna inti pisang dan coklat jer..sebab nak cepat-cepat siapkan untuk kami hidang time sarapan tadi..


Pastel Panggang
Sumber:Blog Masakan Halal,Indonesia


Bahan untuk Pastry:
100g marjerin
250g tepung gandum
25g gula halus
1/2 st baking powder
1 biji telur
1/4 st garam

Bahan sapu:
1 kuning telur

Bahan Untuk Inti:
3 biji pisang berangan,potong kecil-kecil
80g coklat masakan,disagat
Cara:
1.Gaul bahan-bahan pastry sehingga menjadi doh,
2.Canai nipis mcm karipap.Potong bulat.
3.Ambil 1 lembar doh yg sudah dipotong bulat tadi,beri sedikit inti pisang,ke
   mudian taburkan coklat masakan dan tutupkan dengan 1 lembar doh,ke-
   mudian tekan tepinya guna garpu.  
4.Sediakan dulang dan alas dg aluminium foil,kemudian sapu rata dengan
   marjerin.Susun pastel di atasnya.Sapu pastel dg kuning telur.
5.Panggang pastel selama 35 minit pada suhu 170c.Siap untuk dihidang.



Selamat mencuba..daaa..

Isnin, 27 Jun 2011

Masak Lemak Betik Muda & Tempe

Selamat tengah hari dan selamat bersiaran kembali..apa khabar korang semua? dah siap masak lauk yang sedap2?..hehehe..hari ni Rahel masak lauk ala-ala kampong je..tapi memang menggamit selera..enak banget betik muda dimasak lemak cili bersama gorengan tempe..memang serasi bersama dalam kuali..pada yang belum siap masak2 tu..bolehlah mencuba menu ni..dijamin enak..dan semestinya korang suka...jom layan dulu resepinya...scroll...




Masak Lemak Betik Muda & Tempe
Sumber:Rahel

 Bahan:
200g tempe,digoreng
200g betik muda yang sudah dipotong kecil
3 sdm ikan bilis kering*
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili padi*
1 inci halia*
2 biji buah keras*
1 batang serai,diketuk
1 sk serbuk kunyit
1 lembar daun salam
600ml santan sederhana pekat
garam secukup rasa

Cara:

1.Satukan bhn bertanda* dan blender sehingga halus.

2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bhn blender,kunyit hingga garing.

3.Masukkan betik,serai,daun salam.Tumis hingga setengah masak.Tuangkan santan,kacau rata.Perasakan.

4.Masukkan pula tempe goreng tadi.Biarkan merenih sebentar,angkat dan hidang.



Ahad, 26 Jun 2011

Tart Coklat Blueberry

Selamat petang semua..apa khabar? dah minum petang k?,kalau ada yang belum lagi minum petang..jemput singgah kat dapur Rahel..kita minum petang sama-sama..tapi kali ni Rahel buat tart coklat blueberry je..ada berapa potong lagi dlm acuan,cepat-cepat siapa cepat dia dapat..hehehe..




Tart Coklat Blueberry
Sumber:Buku resepi


Bahan:
225g tepung gandum
125g mentega
30g gula kastor
1 biji kuning telur
1 st air
1 st esen vanila
secubit garam

Cara:
1.Putar mentega,gula kastor dan esen vanila sehingga kembang.Masukkan-
   telur dan air.Putar lagi hingga berkrim.Kemudian masukkan tepung gandum
   dan kacau rata hingga menjadi doh.
2.Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tart.Cucuk dasarnya gd-
    garpu.Bakar pd suhu 160c selama 25 minit.Keluarkan pastry tart dari
    acuan dan biarkan sejuk.




Bahan inti Coklat dan Blueberry:
6 sudu makan blueberry preserve
50g coklat masakan
1/2 cawan susu segar
1 st esen vanila
2 sudu besar tepung jagung

Hiasan:
60g coklat masakan,sagat

Cara:
1.Satukan bahan inti dan masak sampai pekat.Biarkan suam.
2.Isikan tart dg bahan inti yg sudah suam.Kemudian hias dg coklat yg
   di sagat.





Selamat mencuba...enjoiii.

Khamis, 23 Jun 2011

Cheese Layer Blueberry

Salam manis dan selamat bertemu kembali walau pun hanya di alam maya.Time cuaca tak menentu ni memang sesuai betul pekena cream yang dingin-dingin..boleh jugak kasi legah tekak.Kali ni daku buat cheese layer blueberry..sedap dan lemak manis rasanya..dan sesuai betul dihidang untuk orang dewasa atau pun kanak-kanak..so bolehlah kawan-kawan terai yea..yummy tau...

Cheese Layer Blueberry
Resepi:Rahel


Bahan keju:
1 cawan whipping cream
2 1/2 sb gula kastor
160g krim keju
5 sb gula kastor
2 sb jus lime
1 st esen vanilla

Bahan inti:
200g blueberry
10 sb gula pasir
2 cawan air
1 st esen vanila
4 sb jus lime
10 st tepung jagung

Hiasan:
blueberry secukupnya/hirisan coklat

Cara:
1.Blender bersama blueberry,gula pasir,air sehingga halus.Tuang ke dalam
   periuk & tambahkan esen vanila,jus lime,tepung jagung.Kacau rata.
   Masak hingga mendidih dan pekat.Angkat.Biarkan sejuk.

2.Pukul whipping cream sehingga setengah kembang,tambahkan 2 1/2 sb-
   gula dan pukul lg sehingga kaku.Ketepikan.Simpan dlm pt sejuk.

3.Pukul krim keju,5 sb gula sehingga lembut.Tambahkan esen vanila,-
   jus lime.Kacau rata.Satukan dengan whipping cream dan gaul rata.

4.Isikan adunan krim keju dan blueberry yg dimasak tadi ke dalam gelas
   secara berselang-seli.Hias dg blueberry/hirisan coklat.Sejukkan dlm peti sejuk selama-
   2 jam baru hidang,jika suka yg sejuk.
Selamat menikmati Cheese Layer Blueberry.

Selasa, 21 Jun 2011

Asam Pedas Ikan Bawal

Salam ceria selalu,semoga sentiasa dalam rahmat-NYA...amin.



Asam Pedas Ikan Bawal
Sumber:Rahel


Bahan:
500g ikan bawal,bersihkan
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai daun kesum
1 batang serai,ketuk
1/2 cawan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
800ml air,boleh tambah

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2cm kunyit hidup
2 1/2 sk belacan

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.Tumis bahan kisar
   sehingga garing.
2.Masukkan air asam jawa dan air.Kacau dan biarkan mendidih.
3.Selepas itu perasakan dengan garam secukup rasa.
4.Masukkan kacang bendi,terung panjang,serai,daun kesum.
5.Apabila mendidih,masukkan ikan dan biarkan seketika hingga ikan masak.
   Angkat dan sedia dihidangkan.


Enjoiii

Perkedel Kacang Merah

Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hem..dah siap masak k? Hari ni Rahel buat hidangan yang sangat simple,sangat mudah tuk menyediakannya.Pernah tak korang buat perkedel dari kacang merah? Korang boleh bayangkan macam mana rasanya bila dicampur dengan kentang rebus yang dilecek halus..memang sangat enak..lemak dan lembut...tapi kena la buat dulu kan...



Perkedel Kacang Merah
Resepi:Rahel


Bahan:
250g kacang merah,rebus empuk dan haluskan
300g kentang,buang kulit,kukus,lecek halus
5 ulas bawang putih,tumbuk halus
1 st lada sulah
1/2 st garam
minyak untuk menggoreng

Bahan pencelup:
2 putih telur,pukul sedikit

Cara:
1.Campurkan kcg merah dan kentang.Kacau rata.
2.Tambahkan bawang putih,garam dan lada sulah.Kacau rata.
3.Ambil sedikit adunan kacang merah.Bentukkan bulat2 dan leperkan.
4.Celup ke dalam putih telur.
5.Goreng dalam minyak yg telah dipanaskan di atas api sederhana selama 1 minit.
   Angkat dan toskan.

Banana chiffon Cake

Selamat pagi kepada sahabat yang berkunjung ke sini pagi ini.Untuk pagi ni saya siapkan satu lagi chiffon cake buat sarapan.Dalam gambar ni kek tak nampak tinggi bab saya buat 1/2 adunan je,maklumlah di rumah tak ramai orang nak tolong habiskan jadi buat yang sedang je.Hmmm kek ni tersangatlah lembut dan gebu...makan pun laju je...hehehe...seeedap..



Banana Chiffon Cake
Sumber:Bake with Kevin Chai

Adunan Kuning telur

6 biji kuning telur
1/4 tsp garam
60ml minyak masak
170g pisang yang telah dilecek halus
1/2 tsp esen pisang
50g gula kastor
sedikit pewarna kuning
110g tepung gandum
1/4 tsp soda bikarbonat

Adunan putih telur:

6 biji putih telur
1/2 tsp cream of tartar
100g gula kastor

1.Cara untuk membuat adunan kuning telur;Satukan kuning telur,garam,minyak masak,pisang,esen pisang,gula kastor dan pewarna.Gaul sebati. Tambahkan tepung gandum dan sda bikarbonat yang telah diayak.Kacau hingga sebati.

2.Cara untuk membuat adunan putih telur,pukul putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih.Tambahkan gula sedikit2 dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang dan pekat (stiff peaks form).

3.Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur secara bertahap (3x).Kaup balikkan hingga rata.(jangan terlebih kacau)

4.Tuang adunan ke dalam loyang chiffon cake 9''.Bakar pada suhu 170'C selama 40 minit atau sehingga kek masak.

5.Setelah kek masak,keluarkan dari oven,terbalikkan di atas meja sehingga kek sejuk,kemudian lorekkan tepi kek dengan pisau.Tanggalkan dari loyang.

Selamat mencuba.

Ahad, 19 Jun 2011

Chocolate Chips Cup Cheesecake

Selamat bertemu kembali..apa khabar  semua? dah siap  minum petang k?  Hari ni Rahel menyibukkan diri sekejap buat cup cheesecake untuk minum petang punya,tapi tak  lawa la  nampak  kek ni bab takde  chocolate  chips,kehabisan stok...guna coklat rice je..len kali kalau datang  rajin baru letak chocolate  chips,tapi apa2 pun tetap sedap rasa  cheescake ni dan akan dibuat lagi...



Oklah teman-teman,sebelum undur diri resepi kek cawan keju ni akan Rahel share kat sini dan boleh la anda mencubanya jika ada masa yang terluang...


Chocolate Chips Cup Cheesecake
Resepi:Rahel

Bahan:
350g cream cheese
80g gula kaster
2 biji telur
100g whipping cream
2 st tepung jagung
40g coklat masakan,sagat

Topping:
50g chocolate chips

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180c,siapkan kertas cawan.
2.Pukul cream cheese & gula sehingga lembut dan halus.Tambahkan telur
   satu persatu sambil dipukul rata.
3.Masukkan whipping cream,tepung jagung,coklat sagat.Gaul rata.
4.Sudukan ke dalam kertas cawan dan taburi atasnya dg chocolate chips.
5.Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.Keluarkan dr oven dan biarkan
   sejuk.Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam baru hidang.

Enjoiii..

Blueberry Cheesecake

Salam...

Selamat malam kepada yang berkunjung malam ini.Sebelum masuk berehat kita nak share dulu resepi blueberry cheese cake yang kita buat petang tadi.Kali kita buat dalam bekas kecik2 biar senang hidang gitu..kalau buat dalam Loyang besar kena potong2 lagi kan? Jadi kita rasa lebih elok jika diletak dalam ramekins.Resepi macam biasa dicedok  dari buku resepi,pada yang nak try tu silahkan err..sedap tau...
 


Blueberry Cheesecake
Sumber:Buku Resepi


Base:
160g biskut digestiv,hancurkan
80g mentega,cairkan

Inti keju:
400g krim keju
100g gula kastor
3 biji telur
130g dairy fresh cream
1 st parutan kulit lemon
1 sdb air perahan lemon
50g blueberry segar

Topping:
blueberry filling

Cara:
1.Satukan biskut hancur dg mentega cair.Mampatkan dalam acuan ".

2.Pukul krim keju & gula sehingga lembut.Tambahkan telur satu persatu
   sambil dipukul rata.

3.Masukkan krim masam,parutan kulit lemon,perahan lemon,blueberry.
   Gaul rata.Tuang ke dlm acuan berisi biskut tadi.

4.Bakar dlm oven yg sdh dipanaskan selama 30 minit atau sehingga masak
   pada suhu 180c.Keluarkan dr oven & biarkan sejuk.

5.Simpan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam baru hidang.

6.Hias dengan blueberry filling.


  
Enjoiii..

Sabtu, 18 Jun 2011

Pulut Kuning Inti

Selamat pagi kepada sahabat semua..apa khabarnya hari ini? semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Pagi ni Rahel dapat siapkan satu hidangan untuk sarapan pagi,tapi menunya sangat ringkas dan mudah disediakan "pulut kuning inti" la jawabnya..hehe..oklah kita teruskan dulu scroll ke bawah untuk tengok2 picture and resepinya..dan mesti andan suka banget..jomm..



Sebelum kita masak nasi pulut kuning,kita masak pulak dulu inti kelapa gula merah..jadi senang nanti terus hidang kalau nasi udah dimasak..jom layan dulu.

Inti Kelapa & Gula Merah
Resepi:Rahel

Bahan:
250g gula merah
200g kelapa parut putih
50ml air

Cara:
1.Masak gula merah bersama air hingga larut.Angkat dan tapiskan.
2.Masak kembali air gula merah bersama kelapa parut hingga agak kering.
3.Sedia dihidang bersama nasi pulut kuning.

Pulut Kuning

Bahan:
1 1/2 cawan beras pulut-direndam 1 jam-toskan
3/4 cawan santan sederhana pekat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun pandan,disimpul

Cara:
1.Kukus beras pulut bersama daun pandan hingga setengah masak selama
   15 minit.
2.Satukan santan,garam,serbuk kunyit.Tuang ke dalam pulut kukus tadi,gaul
   rata.Kemudian kukus kembali nasi pulut hingga masak sepenuhnya.
3.Hidang bersama kelapa gula merah.


Enjoiii....


Tempe Salut Daging

Selamat bertemu kembali...apa khabar semuanya? udah siap masak k? masak lauk ape hari ni? klu jeling-jeling kat blog list banyak hidangan yang sedap2,dah bengong skarang ni..nak tengok yang satu dulu,semuanya menggamit selera.Kali ni Rahel nak share pula resepi yang simple dan teramat mudah untuk disediakan..


Kalau nak buat hidangan yang simple-simple Rahel pilih je menu ni bab kite semua suka..boleh cicah ngan sos cili..pun boleh dimakan begitu saja,kalau nak bawak pegi piknik pun sesuai jugak...senang nak kemaskan dalam bekas.


Oklah kawan-kawan..jom kita sama-sama tengok kat bawah tu,ada resepinya menunggu...layan dulu ek...

Tempe Salut Daging
Resepi:Rahel



Bahan:
2 keping daging burger,biarkan pada suhu ruang
100g tempe,dikukus kemudian tumbuk halus
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu makan bawang goreng,ditumbuk halus
2 biji kentang saiz sederhana besar,digoreng kemudian tumbuk halus
1 biji telur saiz L,pisahkan kuning dan putihnya

Cara:
1.Lenyek halus daging burger,kemudian campurkan dengan semua
   bahan,kecuali putih telur.Gaul sebati.Bulat2kan,kemudian leperkan.
2.Panaskan minyak dalam kuali.Celup bebola ke dalam putih telur,
   kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sedang sehingga
   kecoklatan.Angkat dan toskan.


Selamat menjamu selera..

Jumaat, 17 Jun 2011

Lemon Cake



Keenakan Lemon Cake memang tak menjemukan..lagi-lagi kalau dah bagi krim kat atas dia..mmm memang terasa segar je dalam mulut...




Lemon Cake
Sumber:Rahel


 Bahan:
250g mentega tanpa garam
140g gula kastor
4 biji kuning telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh air perahan lemon
100ml susu segar
1 biji lemon,parut kulitnya
6 biji putih telur
50g gula pasir




Bahan krim topping:
1/2 cawan krim putar bukan tenusu
sedikit rice chocolate


Cara:
1.Pukul mentega,gula kastor sehingga lembut.Masukkan kuning telur dan
   pukul rata.
2.Masukkan tepung gandum,tepung jagung,bkg powder berselang-seli dg
   susu segar sambil diayak & dipukul perlahan.
3.Masukkan perahan lemon & parutan kulit lemon.Kacau rata.Ketepikan.
4.Dalam bekas yg lain pukul putih telur sehingga setengah kembang.Masukkan
   gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang.
5.Tuang ke dalam adunan kuning telur sedikit2 sambil digaul perlahan.
6.Tuang ke dlm acuan yg telah digris dan dialas bkg paper.Bakar selama
   50 minit atau sehingga masak pd 170c.
7.Untuk krim:pukul krim putar sehingga kembang dan gebu.Sapukan pada se-
   luruh permukaan kek,kemudian taburkan chocolate rice.Potong & hidangkan.


Enjoiii...

Selasa, 14 Jun 2011

Udang Mentega

Salam manis kepada semua yang singgah kat dapur ni..semoga sihat & ceria.Kali ni nak share pulak satu menu kegemaran ramai..senang dan simple jew bahan-bahannya...kalau nak sediakan pun lagilah mudah banget.


Oklah kawan-kawan..seperti biasa..sebelum rehat..Rahel akan kongsi resepi udang mentega kat sini..boleh jadi rujukan Rahel dan juga kepada kawan2 yang tercari-cari resepi udang mentega...jom kita lihat dulu apa bhn2 yang diperlukan untuk memasak udang mentega ni..

Udang Mentega
Resepi:Rahel


Bahan:
300g udang
150g mentega/marjerin
3 biji kuning telur,dikacau sedikit
2 sudu besar minyak masak
5 biji cili padi,potong2
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cili
1/4 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
1 sdm gula

Cara:
1.Panaskan kuali dan cairkan mentega bersama sedikit minyak masak.
2.Letakkan  telur di dalam mangkuk/cawan yang bermuncung supaya
   senang nak tuang & bentuk juraian kuning telur nanti.
3.Tuangkan telur perlahan-lahan ke dalam kuali sambil dikacau berputar
   guna copstick atau garpu.Biarkan kekuningan baru angkat & toskan
   minyaknya.Ketepikan.
4.Guna minyak bekas telur tadi,goreng udang sehingga masak.Angkat.
5.Akhir sekali,taburkan gula,garam,serbuk cili ke dalam udang goreng
   tadi.Gaul rata.
6.Panaskan sedikit marjerin,tumis daun kari,cili padi sehingga terbit
   aroma,kemudian masukkan susu cair,kacau hingga mendidih.
7.Masukkan udang goreng tadi.Gaul rata.Angkat.Taburkan juraian telur
   tadi ke atas udang.Sedia dihidang.


Selamat mencuba dan selamat menjamu  selera...daaaa

Isnin, 13 Jun 2011

Nasi Kari

Hari ni saya masak nasi kari ikut citarasa saya sendiri...kalau setiap hari asyik hidang nasi putih je tentu ada rasa jemu ...jadi klu nak rasa yg berbeza tu..kena pandai pelbagaikan hidangan...biar berselera gitu.





Nasi Kari
Sumber:Rahel


Bahan:
2 cawan beras (pilihan),dicuci bersih & toskan
santan cair secukupnya utk masak nasi,dipanaskan.
1 sudu makan rempah kari daging
1 sk serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
3 ulas bawang putih,hiris*
3 biji bawang merah,hiris*
1 inci halia muda,hiris*
2 sdm marjerin

Cara:

1.Panaskan kuali,masukkan marjerin.Tumis bahan bertanda* hingga naik bau.

2.Masukkan lagi bg lawang,bg cengkih,kulit ky manis,buah pelaga.Kacau.

3.Masukkan beras,rempah kari,garam,serbuk kunyit.Kacau sebentar.

4.Alihkan ke dalam ricecooker dan masukkan santan hangat.Masak seperti biasa.


Selamat menikmati.

Jumaat, 10 Jun 2011

Salad Ayam

Salam.Semoga ceria selalu.Selamat bertemu kembali.Menu tengah hari yang simple tapi mengenyangkan,salad ayam di campur dengan sedikit sayur,skali-skala tukar selera.



Salad Ayam
Resepi:Rahel Blogspot 

Bahan:
200gram isi ayam 
1 biji kentang dipotong dadu
1 sk lada hitam
1 sudu makan cuka epal
Sedikit garam
1/4 buah lada capsicum kuning,potong dadu
1/4 buah capsicum hijau,potong dadu
1/4 timun,dipotong dadu
50ml mayonis (1 sachet)

Cara membuat:
1.Ayam,kentang,cuka epal dan garam direbus hingga masak.Toskan.

2.Satukan semua bahan dalam mangkuk.Tambahkan 1 sudu teh lada hitam.Gaul rata.aburkan sedikit bijan jika suka.



Selamatvmencuba.

Kek Aiskrim

Selamat pagi semua....
Pagi ni nak n3 lagi resepi kek aiskrim sambil lepak,kali ni saya tak buat kek aiskrim yang besar tapi buat yang kecil2 je dan letak dalam gelas...biar senang nak makan gitu..Susun cantik2 dalam  gelas pas tu simpan dalam peti  sejuk beku,senang kan?



Bahan:
1 biji kek span coklat (saya guna resepi kek span coklat yg ada kat blog saya)
1 liter ais krim (perisa pilihan)
coklat masakan secukupnya,hiris untuk hiasan
1 cawan whipping cream,pukul perlahan hingga gebu/kaku.



Cara:
1.Siapkan gelas/cawan.Potong kek nipis dan buat lagi ikut saiz gelas
2.Masukkan potongan kek ke dalam gelas,isi dengan ais krim.Buat macam ni
   sebanyak 2x dan lapisan paling terakhir di atas adalah whipping cream.
3.Kemudian taburi dengan hirisan coklat.Simpan dalam peti sejuk beku selama
   4-5 jam.Siap



Enjoiiii...

Khamis, 9 Jun 2011

Steamed Pandan Cake

Selamat bersiaran kembali...semoga kawan-kawan sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni lepak sekejap  sambil letak entry yang  tertangguh  dan untuk kali ni Rahel buat kek pandan yang terkukus..memang sedap je rasa dia..ditambahkan pula dengan topping...lagila sedap dimakan sambil minum secangkir coklat panas..wallaaaa....




Steamed Pandan Cake
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
250g mentega
220g gula kaster
5 biji telur B
220g tepung naik sendiri,ayak
1 sudu besar susu tepung
1 st pandan pes
1 st pewarna hijau

Bahan untuk krim:
100g krim well
150g gula aising,ayak 2x
1 st jus lemon
*pukul semua bahan sehingga gebu selama 15-20 minit.
*sapukan pada kek yang sudah masak.

Cara:
1.Panaskan pengukus.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.
   Kemudian masukkan pes pandan dan pewarna.
3.Akhir sekali masukkan susu tepung,tepung naik sendiri.Gaul sebati.
4.Tuang ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
5.setelah kek masak biarkan sejuk kemudian sapukan dengan krim.

Pesan:
*Rahel letak 1 sudu besar coffee emulco dalam bahan untuk krim topping,
  kemudian ayakkan sedikit serbuk koko pada permukaan kek.


Selamat mencuba..

Ayam Masak Kicap

Selamat pagi kepada semua.Mmm..hari ni nda' tau mo masak apa lagi untuk makan tengah hari,memang kekadang tu kan agak bengong jugak di dapur...asyik pilih2 jak apa yang hendak dimasak.Teringat pulak yang satu ni..memang menu kesukaan jugak ni,walaupun simple jak tapi memang sedap jugak kuahnya yang pekat-pekat tu di renjiskan ke dalam nasi putih...duh!


Ayam Masak Kicap

Bahan:
600g ayam,bersihkan dan potong
1 lembar daun salam
1 inci halia,hiris halus
5 ulas bawang putih,diketuk bersama kulitnya
2 biji kentang,dipotong sesuai selera
3 sudu makan kicap manis
3 sudu makan sos soya cair
3 sdm sos soya pekat
1/2 st garam
1sdm gula pasir
2 cawan air
*1 1/2 sdk tepung jagung bancuh dg sedikit air

Cara:

1.Tumis halia dengan bawang putih.Masukkan pula semua bahan kecuali kentang.Tumis hingga separa masak.Masukkan kentang dan teruskan masak hingga empuk.

2.Tambahkan bancuhan tepung jagung.Kacau rata.Biarkan masak seketika.Angkat.


Terima kasih sudi singgah.

Selasa, 7 Jun 2011

Nasi Oren Kunyit





Salam sejahtera kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel nak share lagi satu resepi yang mudah dan sangat senang disediakan..bagi yang gemar makan nasi minyak dan yg sewaktu dengannya..bolehlah mencuba resepi yang sangat simple ni.Nasi oren kunyit ni ngam dihidang bersama aneka lauk2 kesukaan memasing..jadi jom kita layan dulu resepi nasi ni..


Nasi Oren Kunyit
Resepi:Rahel

Bahan:
250g beras basmati,cuci bersih,rendam 10 minit-toskan
1 buah oren,diparut kulitnya & diambil jusnya
2 3/4 cawan air sup ayam yg panas
2 biji bawang merah,dimayang
2 ulas bawang putih,dimayang
1 cm halia,dimayang
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 buah pelaga*
1 batang kulit kayu manis*
1 genggam kismis
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi/marjerin

Cara:
1.Panaskan minyak sapi dalam kuali,tumis bahan bertanda* hingga wangi.Tambahkan halia,dan bawang ,tumis lagi hingga wangi.

2.Masukkan beras basmati,kacau sebentar selama 1 minit.Kemudian alihkan ke dalam rice cooker.Tuangkan sup ayam,kulit oren,jus oren serbuk pati ayam & garam.Biarkan mendidih.

3.Kacau lagi sebentar & masukkan pula kismis,biarkan nasi masak sepenuhnya.




Ahad, 5 Jun 2011

Salad Spageti

Selamat tengah hari kepada semua,semoga sihat dan ceria selalu.Untuk hari ni tak sempat nak masak banyak2,buat salad spageti je..ini antara menu kesukaan saya juga..kalau nak yang senang & ringkas tapi sedap,salad spagetila alamatnya..


K la kawan-kawan..sebelum keluar Rahel letak aje resepinya kat sini sebagai rujukan Rahel dan juga kawan2 yang tercari-cari resepi salad spageti..bolehlah cuba ek..sonang dan sedap...jom layan dulu...


Salad Spageti
Resepi:Rahel

Bahan:
60g spageti,rebus hingga lembut toskan,rendam dalam air batu
5 ekor udang segar,buang kulit dan rebus,rendam dlm air batu
1 batang carrot,sagat,rendam dlm air batu
3 helai daun bawang,potong kecil
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos ikan
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan jus lemon,boleh tambah jika suka masam
1 sk gula pasir,boleh tambah jika suka manis
sedikit garam

Cara:
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.Hidang.

*toskan bahan yg direndam dalam air sejuk terlebih dahulu baru
  gaul dg bahan lain.
*jika ingin salad yg banyak gandakan je bahan2nya.
*kalau tak ada air batu,salad boleh disimpan dalam peti sejuk
  selama 1 jam baru hidang.



Selamat menjamu selera...

Ketayap Dot-dot

Selamat bertemu kembali di pagi yang indah ini,apa khabar semua? Awal pagi lagi dah mengedot lagi ke kuih ketayap ni,semua kerana trend terkini yang sedang hangat mendot-dot,klu bole semuanya mau didot-dotkan,tapi nampak cantik juga kalau kena dot-dot,berseri ja nampak kuih ketayap ni.






Oklah..Rahel berhenti skejap bab nak teruskan sarapan pagi...jika berkenan dengan ketayap dot2 ni..silahkan ambik resepinya..anda pasti suka..layannn.

Ketayap Dot-dot
Sumber resepi :Rasa 2010


Bahan:
110g tepung gandum
1 biji telur saiz B
375ml santan cair
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh pandan paste

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk,gaul rata.

2.Ambil 1/4 cawan adunan dan tambahkan 1/4 sudu teh pandan paste,1 sudu teh tepung gandum,gaul rata.Tapis dan masukkan ke dalam botol yang ada muncung supaya senang nak dot2kan nanti dalam kuali.

3.Panaskan kuali leper (non-stick pan),sapu dengan sedikit minyak.

4.Sediakan adunan yang dalam botol tadi,dot2kan dipermukaan kuali,kemudian tuangkan 1 senduk adunan di atasnya.

5.Layangkan kuali agar adunan rata.Biarkan masak sepenuhnya baru angkat.

6.Buat langkah no. 4 & 5 hingga semua adunan diguna.Kemudian beri inti & gulung dengan kemas.


Untuk inti:
250g gula merah
200g kelapa parut putih
50ml air

*masak gula merah dg air sampai larut,tapis.
*kemudian masak kembali gula merah dg kelapa parut sampai sebati.
*siap untuk diguna.


 
Selamat mencuba....

Jumaat, 3 Jun 2011

Nasi Goreng Carrot

Selamat  tengah  hari pada  kawan-kawan  semua,semoga  tetap sihat  dan ceria.Hari ni rasa boring banget...dari tadi lagi terfikir mo masak apa,rasanya kepingin masak yang goreng2 jak untuk hidangan tengah hari.





Bahan-bahan untuk masak-masak sebetulnya ada semua,tapi tu la klu wabak "M" mula  melanda...semua serba  tak kena..malas  masak ini masak  itu.Oklah kawan-kawan..tengok jak hasilnya dlm gambar ni,masi lagi menggiurkan walaupun menu simple jak,rasa pun sedap jugak & suka sangat...haa klu ada yg mo ikut jejak saya..tengok-tengoklah resepinya di bawah sana tu yee...jom layan sekejap..



Nasi Goreng Carrot
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi putih
1/2 cawan sayur campur,dicelur*
2 batang lobak sederhana besar,disagat,celur ke dalam air mendidih
30g ikan bilis halus,digoreng garing
5 biji cili padi,mayang halus*
1 biji telur
1 st serbuk cili
1/2 st serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1/4 bawang besar,dipotong dadu
sedikit garam

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang hingga layu.

2.Masukkan cili padi,lobak dan bahan bertanda*.Tumis sekejap.

3.Masukkan telur,kacau sedikit.Masukkan lagi nasi,jintan,serbuk cili & garam.Kacau hingga masak.siap.

Steamed Butter Cake

Selamat sejahtera buat semua...pa khabar? harap semua sihat,setiap kali masuk blog mesti ada saja yang nak diceritakan untuk di kongsi bersama & semestinya cerita tentang masakan yang sedap-sedap kan?hmm ni ada lagi satu resepi kek yang kena kukus...pada sesiapa yang belum ada masa nak beli oven bolehlah tengok2 bahan untuk buat kek kukus ni.




 
Oklah kawan-kawan,macam biasa..sebelum keluar jalan-jalan..Rahel dah siapkan resepinya kat bawah tu..bolehlah kawan-kawan cuba nanti.

Steamed Butter Cake
Resepi by:Zubaidah Che Pa


Bahan:
4 biji telur
125g gula kaster
220g mentega
190g tepung superfine
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar ovalet



Cara:
1.Pukul telur,gula dan ovalet sehingga kembang dan pekat.
2.Ayak tepung ke dalam adunan telur dan sebatikan adunan.
3.Di bekas yang lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
4.Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan
   digaul rata.
5.Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam.


**Panaskan air dalam periuk pengukus terlebih dahulu**


Enjoiii...