Selasa, 24 Mei 2011

Kek Span Vanila



Kek Span Vanila
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan Kek Span:
120g gula kastor*
10g ovalette*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/superfine*
1 sudu teh serbuk penaik*
40ml air
60g minyak masak atau mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170c.Siapkan acuan bulat 9'',griskan dg mentega
   dan alas dasar acuan dg baking paper,tepi acuan ditaburi sedikit tepung.
2.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk sederhana besar.Menggunakan
   pemukul elektrik putar sehingga kembang dan gebu.Masukkan esen vanila
   & air.
   Putar lagi sehingga sebati dan masukkan minyak.Gaulkan hingga sebati.
3.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45minit.Bila dah masak,
   telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula &
   lorekkan tepinya dg pisau & keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.Kek dibahagi 3.

Bahan Krim dan hiasan:
500g krim putar
1 st esen vanila
sedikit blueberry
80g coklat masakan

**pukul krim putar sehingga gebu/kaku bersama esen vanila**
**letakkan 1 lapisan kek  sapu dg krim putar dan beri hirisan blueberry,
    buat cara seperti ini sebanyak 2x dan terakhir di atas diberi hirisan coklat**
**simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam baru potong**
**saya menyimpan kek semalaman baru potong..rasanya pasti lebih enak**


Selamat mencuba.

3 ulasan:

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rahel..

Cantik naik kek span ni. Sis pun ada resepi ni. Pernah try gak tp buat perisa pandan ..gebu jer kek chef noraini ni...

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rahel..

Cantik naik kek span ni. Sis pun ada resepi ni. Pernah try gak tp buat perisa pandan ..gebu jer kek chef noraini ni...

Kak Nita berkata...

nampak gebu sangat...nampak mcm cotton cheese cake..boleh masuk list ni..insyaAllah nnt nak cuba.tq ya!