Isnin, 2 Mei 2011

Kek Keju Marble

Selamat bertemu kembali,apa khabar semua? harap kawan-kawan semua sihat & ceria selalu.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi kek keju kegemaran ramai..Rahel kata gemaran ramai sebab memang ramai yg gemarkan kek keju kan?.hehe.


Kek ni sebenarnya Rahel buat awal lagi,tapi malam baru ada senang nak masukkan entry,so tak payah mintak lagi ek..dah abis pun kami kerjakan tadi,itu pun macam tak cukup..hihihi..faham-fahamlah..tuan tanah deman ama cheesecake..& yang sewaktu dengannya..
Oklah,tak nak cite panjang..tapi resepinya kena letak dulu sebelum tuan tanah lebih mengantuk...jom cepat-cepat tulis resepi...

KEK KEJU MARBLE

Bahan Lapis Bawah:
115g biskut marie-dihaluskan
2 1/2 sb marjerin
spring foam 8"

Bahan kek keju:
500g krim keju
125g gula kastor
4 biji kuning telur
250ml krim putar
90g tepung gandum
25g tepung jagung
4 biji putih telur
50g gula kastor
parutan kulit lemon dari 1 buah lemon
2 st emulco coklat

Cara:
1.Satukan biskut marie dan marjerin kemudian tekankan ke dlm acuan yg
   telah di griskan dg marjerin dan dialas dg baking paper.Sejukkan dlm peti-
   sejuk selama 15 minit.
2.Untuk kek keju:Pukul krim keju dg 125g gula hingga sebati,masukkan
   parutan kulit lemon.
3.Masukkan kuning telur satu persatu,kemudian masukkan juga krim putar,
   gaul rata.
4.Masukkan 90g tpg dan 25g tepung jagung,kacau sebati dan ketepikan.
5.Pukul putih telur dg 50g gula kastor sehingga kembang,kemudian masukkan
   ke dlm adunan krim keju tadi,gaul rata.Bahagi kepada 2 bahagian.
   Satu bhgian diberi 2 st emulco coklat & yg satu bhgian dibiarkan pd warna
   asal.
6.Sudukan ke dlm acuan berselang-seli hingga habis.Bakar dlm oven pd
   suhu 160'c selama 90 minit dg cara steam-bake.Bila dah masak,
   biarkan sejuk baru simpan dalam peti sejuk selama 5 jam baru potong.

Pesan:
*jika tidak ingin bentuk marble pada dalaman kek,cukup sekadar buat corak
  marble di permukaan kek seperti pada gambar.
Selamat menjamu selera..enjoii..

2 ulasan:

cik cek berkata...

Salam dari kak cek...

Malam2 dtg sini jenjalan...emmm sedapnya ada kek keju marble...:)

rahel berkata...

Sedaaaap...hehehe...