Isnin, 9 Mei 2011

Kek Coklat

Salam tengah hari kepada semua...apa khabar hari ini? harap semua sihat dan ceria.Lewat lagi hantar laporan  hari ni,faham2lah tuan tanah sebok  sikit menyiapkan hidangan  untuk lunch...korang  pun macam tu  jugak kan?.Oklah,saja  Rahel lepak kat blog sambil letak entry kek coklat yang gebu dan lembut ni,walaupun keknya kurang moist tapi masih tetap sedap jugak..& lagi kalau letak ganache coklat memang akan terserlah keenakannya.Ok la,kita teruskan pulak letak resepinya..layannn..


Kek Coklat
Sumber:Internet

Bahan:
250g gula kastor
250g mentega
200ml susu segar
4 biji telur
200g tepung superfine*
70g serbuk koko*
1/2 st soda bikarbonat*
1 st esen vanilla



Cara:
1.Paaskan 0ven 170'c.Griskan acuan dan alas dg baking paper.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang,masukkan telur satu persatu
   sambil di pukul perlahan hingga rata.Ketepikan.
3.Ayak bersama bahan bertanda* kemudian campur dg susu segar dan kacau
   rata.
4.Satukan semua bahan2 dan gaul rata.Tuang ke dlm acuan.Bakar selama
   50 minit.

ll
Selamat menikmati keenakan kek coklat...daaa..

Tiada ulasan: