Sabtu, 23 April 2011

Simple Baked Cheesecake

Selamat malam kepada semua,tengah buat ape tu? k ada yang tengah hanyut dlm mimpi? hehehe..kebetulan petang tadi ada buat cheesecake utk kita orang minum petang punya,so nak ambik kesempatan la letak entry malam ni sambil lepak2 kat blog..sambil2 tu pegi jugak tinjau-tinjau dapur masakan korang semua..oklah..jom..tinjau-tinjau resepi cheesecake yang simple tapi sedap..lembut je membelai lidah..



Simple Baked Cheesecake
Sumber:Internet

 
Bahan Dasar:
80g biskut marie dihancurkan
50g mentega dicairkan


Bahan Inti Keju:
250g krim keju-biarkan lembut pd suhu ruang
1 sb jus lemon
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan susu segar
secubit garam
1 st esen vanilla
2 biji telur L
Cara:
1.Satukan bahan dasar dan mampatkan dalam acuan 7" yg sudah dilapik
   dg aluminium foil.
2.Dalam mangkuk besar,pukul krim keju,gula kastor sehingga lembut dan
   halus,tambahkan jus lemon,susu,garam,esen vanilla secara berperingkat
   sambil digaul rata.
3.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul perlahan hingga rata.
4.Tuang ke dlm acuan yg berisi biskut tadi dan bakar selama 60 minit pd-
   suhu 160'c.
5.Keluarkan dr oven,biarkan sejuk,kemudian simpan semalaman dalam
   peti sejuk baru potong.


Selamat mencuba..

Tiada ulasan: