Isnin, 18 April 2011

Red Chicken

Selamat bertemu kembali,semoga semua sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel nak share pulak satu resepi yang mudah disediakan..simple jer bahannya.Ayam panggang merah ni memang ala2 masakan cina tapi sesuai sangat dengan selera Rahel..suka sangat dengan rasa dia.

Kalau berjalan kat kedai/restoran orang cina kita akan sentiasa ternampak ayam atau itik yang dipanggang,kulitnya kemerahan dan menggiurkan sangat-sangat,tapi orang kita segan nak masuk kedai makanan orang cina kan,sendiri fahamlah.


Oklah kawan-kawan..sebagai penutup cerita untuk kali ini..Rahel sertakan resepinya skali kat sini,boleh kawan-kawan semua mencubanya..dan mesti suka sangat..

Red Chicken
Resepi:Rahel

Bahan:
2 bahagian paha ayam
1 1/2 sudu makan kicap manis ABC
1/2 cawan coca cola
1 sk serbuk lada putih
1/2 sk serbuk pati ayam
1 sk garam
1 sdm sos tiram
1 sudu makan sos ikan
5 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 sdm gula perang
sedikit pewarna merah

Cara:
1.paha ayam dibilas bersih,toskan.
2.satukan semua bahan-bahan lain dlm mangkuk,kacau rata,
   kemudian masukkan paha ayam,gaul rata-rata,perap selama
   1 jam.
3.panaskan oven 170'c,     
4.panggang selama 45 minit.Setelah masak,keluarkan dari oven,
   kemudian sapu permukaan ayam panggang dengan madu.Siap.
   Hidang bersama bawang putih cincang dan sos manis.  

2 ulasan:

cheyancorner berkata...

Sedapnye...rasa mcm nak cube laaa nanti..

rahel berkata...

thanks Che Yan kerana sudi tinggalkan jejak..bolehlah jalan2 ke dapur Che Yan nanti...
emm...memang sedap ayam panggang ala cina ni...cuba la..pasti suka...