Jumaat, 29 April 2011

Nasi Pandan

Selamat bertemu kembali,apa khabar semuaaa? Hari ini saya buat nasi pandan jak untuk makan tengah hari punya.Sebenarnya udah berapa hari ni kepingin mo buat tapi selalu jak ndak kesampaian bab sebok melayan blog kawan2,jeling2 jak masakan diorang yang sedap2 dan menggiurkan tu,rasa macam mo try semuanya..dan sudah semestinya akan di try suatu hari nanti...






Bah..oklah..banyak cakap pulak ni.Rahel letak jak resepinya dulu ye....

Nasi Pandan
Resepi:Rahel

Bahan:
250g beras basmati,cuci bersih-rendam 15 minit,kemudian toskan
420ml santan sederhana pekat,
200ml air
 5 helai daun pandan,dipotong pendek
1 helai daun pandan,disimpul
1/2 sudu kecil garam
Cara:
1.Letakkan beras basmati dalam rice cooker.

2.Blender daun pandan bersama 200ml air,kemudian tapis.

3.Satukan jus pandan,santan & garam di dalam periuk kecil.
Panaskan sehingga mendidih.

4.Tuang santan panas-panas ke dalam rice cooker yang berisi
beras basmati tadi.Letakkan juga daun pandan yg disimpul.

5.Masaklah nasi seperti biasa sehingga airnya kering.Setelah
nasi masak,gemburkan nasi.

Acar Mentah

Acar Mentah
Resepi:Rahel

Bahan:
1 batang carrot,disagat
1 batang timun,disagat
3 biji bawang merah,dimayang
1 tangkai cili merah,dimayang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula pasir
5 sudu makan cuka putih

Cara:
1.Satukan bahan-bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati.Hidang.


                                             Ayam Masak Halia & Daun Bawang


Ayam Masak Halia & Daun Bawang
Resepi:Rahel

Bahan:
450g daging ayam,bersihkan-potong kecil
3 inci halia,hiris nipis
1 labu bawang besar,potong ikut selera
5 lembar daun bawang,potong panjang2

Bahan Perap:
1 1/2 sudu makan sos soya cair
1 sudu makan tepung jagung
1 keping fermented red bean cube

Bahan perasa (dicampur):
5 sudu makan air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil gula

Cara:
1.Goreng ayam sehingga keperangan,angkat dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumis bawang besar dan halia
   hingga terbit aroma.Masukkan ayam goreng,perasa dan tumis
   hingga rata.
3.Masukkan daun bawang,kacau sebentar.Angkat.

Tiada ulasan: