Rabu, 13 April 2011

Nasi goreng cili

Selamat bertemu kembali..semoga kawan2 semuanya sentiasa sihat and ceria selalu.Rahel hari ini masak yang  simple2 jak...so hari ni  laporannya hanya nasi goreng yang  hot bab ada letak cili  tumbuk...sedap dimakan begitu saja..tapi ada la jugak ikan bilis goreng sedikit sebagai pelengkap gitu...


Oklah kawan-kawan..sebelum Rahel teruskan makan..Rahel letak dulu resepinya kat sini ye...jom layan dulu nasi goreng yang sedap ni...

Nasi Goreng Cili
Resepi:Rahel


Bahan:
3 cawan nasi putih
9 cili padi,cincang
3 ulas bwg putih-cincang
4 biji bwg merah-cincang
5 batang kacang buncis-potong nipis
40g ikan bilis kering halus-cuci-toskan & goreng garing
1 batang bunga kantan-dihiris halus
1 biji telur
1/2 sk serbuk lada putih
1 sk serbuk pati ayam
1 1/2 sdb sos tiram
1 sudu makan sos ikan
garam secukup rasa
sedikit minyak untk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak,tumis bwg hingga wangi & keperangan.
2.Masukkan potongan buncis,bg kantan,cili cincang,bunga kantan,tumis
   sebentar.
3.Kemudian masukkan telur,kacau sebentar,kemudian masukkan nasi putih,
   sos tiram,sos ikan,serbuk lada putih,serbuk pati ayam,garam.
4.Tumis hingga rata selama 5 minit,angkat,taburkan ikan bilis goreng tadi di
   atas nasi goreng.Siap dihidang.



Selamat menjamu selera ...

Tiada ulasan: