Ahad, 24 April 2011

Kuih Harum Manis

Selamat bersiaran kembali..dan pa khabar semuanya? korang tengah buat apa tu? hehehe...saja tanya  korang  sebab hari ni  buat kuih harum manis yang sememangnya harum dan  manis..kira sesuai dengan namanya la juga,kali ni Rahel  try pulak resepi  dari Kak Rozita Abdul Kader yang famous tu..memang menjadi  sangat resepinya...korang  pernah cuba k resepi kuih yg satu ni?




Kuih Harum Manis
Sumber:Kuih Tradisional Rasa Baru/Rozita Abdul Kader


Bahan:
50g mentega cair
180g gula pasir
320g gula melaka
350g tepung gandum*
350ml air
3 biji telur
5 biji pisang emas/raja-dihiris nipis2 utk hiasan
1/2 st serbuk penaik*
1/4 st garam
1 st serbuk soda bikarbonat*
1 sudu besar esen vanilla




Cara:
1.Masak gula melaka dan air sehingga gula larut.Tapis & sejukkan.

2.Ayak bersama bahan bertanda*,ketepikan.

3.Putar telur dan gula sehingga kembang,masukkan tepung sedikit
   demi sedikit dan gaul guna spatula sehingga rata.

4.Masukkan esen vanilla,garam,mentega cair,sirap gula melaka &
   kacau sebati.

5.Sapukan acuan apam/lompang dg sedikit mentega.
   Tuangkan 3/4 penuh sahaja ke dlm acuan lalu letakkan hirisan
   pisang ke atas adunan.Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.


Enjoiii...

Tiada ulasan: